PEMECATAN MAHATHIR DARI BERSATU ADALAH AGENDA UMNO!!!
Pemecatan Tun Mahathir dan beberapa orang lagi dari BERSATU adalah bukti jelas BERSATU sekrang ini bukan lagi di bawah kawalan Tan Sri Muhyiddin ataupun kepimpinan2 BERSATU yang ada sekarang ini/
Dr. Mahathir adalah pengasas kepada BERSATU dan ramai yang menyertai BERSATU adalah kerana Dr Mahathir.. Tapi sekarang ini BERSATU telah memecat Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu bersuhabat dengan UMNO.
Tindakan desperado seperti ini mengingatkan kita kepada pemecatan Muhyiddin, Shafiee Afdhal dan beberapa orang lagi sekitar tahun 2016. Mereka dipecat dengan begitu rakus sekali pada masa itu dari UMNO untuk menjamin survvival Najib Tun Razak.
Sekarang Najib Tun Razak sedang desperate kerana hukuman penjara sedang menunggu beliau. Maka, masuk akal dikatakan Najib sdang menguatkan cengkaman beliau ke atas kerajaan sekaligus keatas Perikatan Nasional.
Hanya dengan kekalnnya PERIKATAN NASIONAL sehingga akhir penggal dapat menjamin Najib Tun Razak terselamat dari penjara.
Masuk akal kalau kita kata Najib lah Perdana Menteri de facto.
Hayat BERSATU sekarang ini pun berada dalam tangan Najib dan UMNO.
Maka, apa sahaja kehendak UMNO terpaksalah BERSATU turuti.
Rasanya MB Perak tu pun dah tak lama.
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Najib najib najib.....move on la
ReplyDelete