Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, May 9, 2020

Kesah Sebenar Mengapa Muhyiddin Lawan Dr. Mahathir

*Kesah Sebenar Mengapa Muhyiddin Lawan Dr. Mahathir*


Ramai terpengaruh dengan jalan cerita kononnya Dr. Mahathir hendak menghalang Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri. Tidak kurang yang terpengaruh dengan cerita kononnya Muhyiddin dan ramai dalam BERSATU merasakan DAP adalah liabiliti yang menyebabkan BERSATU akan kalah dalam PRU depan. Hakikatnya, ada cerita lain di sebalik cerita-cerita ini.


Hakikatnya, Dr. Mahathir bercadang mahu menyerah jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim tetapi Dr Mahathir mahukan anaknya Mukhriz menjadi Timbalan Perdana Menteri. Adapun Muhyiddin Yaasin akan kekal di dalam jawatan beliau ataupun dicadangkan untuk menjadi Gabenor mana-mana negeri.

Niat Dr. Mahathir ini menyebabkan kemarahan kepada Muhyiddin Yaasin. Sudahlah Muhyiddin kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana mengikut unjuran Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Najib tempohari. Sekarang ini Dr Mahathir mahu membelankangkan Muhyiddin Yaasin sekali lagi.

Jangan dilupakan Muhyiddin Yaasin mahukan jawatan Menteri Kewangan pada mulanya tetapi diberikan kepada Lim Guan Eng yang telah mengundang kemarahan Muhyiddin. Sekarang ini Muhyiddin akan diketepikan sekali lagi.

Dr. Mahathir kerap kali menangguhkan pemberian jawatan kepada Anwar Ibrahim kerana beliau tidak dapat memastikan anaknya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Dr. Mahathir mempunyai alasan yang kuat untuk berbuat ini. Alasan yang paling besar adalah kesihatan Muhyiddin Yaasin sendiri yang tidak menjamin beliau boleh menjadi pemimpin yang efektif. Yang lebih penting adalah Mukhriz akan memastikan legasi Dr Mahathir diteruskan.

Inilah motif sebenar Muhyiddin merampas kuasa dan khianat kepada Dr. Mahathir.

Adapun Azmin Ali pula khianat kerana kalau Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka karier politik beliau akan tamat.


Azmin Ali bukan pemimpin yang berkemampuan memimpin mahupun berkemampuan membangun negara.


Beliau hanya pandai membodek dan membeli sokongan semata. 

Beliau akan menghancurkan negara kalau beliau menjadi Perdana Menteri.

*TULANG BESI*



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

10 comments:

  1. Kalau atok ikhlas dia boleh bagi jawatan tpm kpd anwar. Sumber sahih mengatakan isteri anwar dah bersedia melepaskan jwtnnya dan mencadangkan anwar sebagai pengganti tetapi atok tolak mentah2.
    Anwar presiden parti dgn majoriti terbesar tetapi tiada portfolio langsung.

    Sebaik atok tumbangkan kerajaannya dlm sesi wawancara dgn para wartawan sebaik tsmy mengangkat sumpah sebagai pm sekali lagi atok menidakkan keupayaan anwar sebagai pentadbir.Atok kata anwar hanya pandai berpolitik tetapi tidak pandai mentadbir. Sesi yg tidak sengaja ter'live' dlm media sosial.
    Satu lagi...selepas atok bentang pakej ransangan covid rm20b, atok sekali lagi mencalonkan tsmy dan bukan anwar.
    Kenapa?
    Sebab atok dah kenal peribadi dan keupayaan sebenar anwar. Jadi kalau hanya hebat berkata2 tetapi lebih kpd pembohongan murah utk meraih populariti...memang tak layak langsung.
    Atok lebih mengenali siapa anwar berbanding kita raykat biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Kahkahkah, inilah kata-kata manusia paling bangsat dalam kalangan penyokong PN. Pergi mampuslah kamu bangsat!

      Delete
    3. paling logik tapi babi hanya jawab maki je mampu

      Delete
    4. Ya, tetapi meletak mukhriz sbg tpm akan menjadi batu penhalang kepada reform institusi kerana "meneruskan legasi" itu perlukan ruang ketidak telusan kjaan. Ini ditentang bukan shj Anwar tapi majoriti PH.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Nak backup perampas, hakikathak muhyidin, teringin nak jadi pmpdan mahathir tidak berani serah pm kpd Anwar takut kerana byk kezaliman dan dendam mahathir pada Anwar, lihatlah apa yg mahathir buat naya pada tenkut, musa hitam, tengku ghazali, ghafar, Anwar, pak lah, najib patut di kenakan tok dir, Mahafiraun kuat dendam pada org yg pernah menentang nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selama 22tahun atok dah ada legasi yg cukup berkuasa. Dpd anak, proksi dan kroni yg kaya raya dan berkuasa di negara kita.
      Sesiapa yg ingin jadi pm perlu tunduk akan legasi yg telah dicipta oleh atok. Ko langgar kemahuan legasinya maka akan menerima akibatnya.
      Dpd pm selepas atok sehingga kpd menteri spt dr mazslee turut terkena tempias jika melanggar legasi atok.
      Usaha atok ingin menjadi azmin sebagai proksi baru buat legasinya terbantut kerana video semburit yg mencemar prinsip atok. Nak harapkan boboi anaknya mgkin karisma jauh ketinggalan berbanding pemimpin2 yg lain. Nak harapkan syed saddick terlalu menampakkan sikap penjilat tegarnya.
      Sebab itulah atok berusaha utk naik dan jadi pm sepenggal penuh bagi memenuhi kehendak legasinya. Mrklah yg banyak melabur dan berkongsi kekayaan bersama.
      Sebab itulah ada pihak yg mengatakan jika atok betul2 bersara dari politik...barulah negara tidak kucar kacir dan ekonomi dpt diurus tanpa gangguan legasi yg umpama saka dlm badan yg dah tua serta uzur. Sukar utk dibuang.

      Delete
  4. Atok bukan reformis, jauh sekali. Dia bukan tergolong ahli PH, lebih tergolong kpd geng ketuanan Melayu. Klu atok kekal dlm PH, majoriti bukan melayu terutama cina tak akan undi PH spt yg berlaku di tanjong piai. Mungkin itu perancangan rahsia atok terbaru utk pastikan PH berantakan bila menjelang pru15. Dia tetap mahu kekalkan kerajaan ketuanan Melayu. Aku tak percaya atok lagi. Cukup tertipu sekali. Pkr pun belum dibersihkan drp pengkhianat. Amanah pun belum tentu tiada trojan horse. Aku tak bimbang dgn pengasas Amanah, tapi ahli2 baru yg tak kenal perjuangan asal. Dap pun belum tentu tiada pengkhianat juga. Anwar pun dah tak mampu nak berdepan dgn pengkhianat lagi. Amat berat misi PH utk bangunkan semula perjuangan reformasi tulen.

    Setelah mengenali peribadi azmin skrg, aku heran mcm mana dia boleh kekal begitu lama dlm pkr. Dia langsung tiada peribadi reformis, apatah lagi sbg pemimpin tertinggi reformasi. Dia lebih sesuai bergaul dan berkawan dgn pemimpin umno berdasarkan gaya hidup mewah dan materialistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itulah atok ingin jadikan azmin sebagai proksi bagi legasinya dan bukan anwar. Dlm rasa bersalah atok menumbangkan ph tak mgkin atok mencalonkan azmin. Itu kerja bangang.

      Semua tahu atok tertekan bila dap, pkr dan pan menekan atok agar melepaskan jwtn kpd anwar. Dan sumber dalaman bersatu pernah mengatakan jika tekanan itu berterusan atok mencdgkan bersatu keluar ph. Dan dipersetujui oleh semua ahli tertinggi. Cuma atok ingin mengubah pendiriannya pada saat akhir agar tidak dikecam sebagai pengkhianat.

      Sbenarnya atok dah plan lama dgn konco2nya di dlm pkr. Jika tekanan itu tidak berlaku sebelum 22 mei ia akan berlaku slps apec.
      Atok dah kumpul cukup undian menyokong undi tidak percaya kpd anwar jika anwar dicalon sebagai pm8. Di sini peranan dia sebagai mengkhianati janji dah tak terpakai krn dia akan berdalih bahwa dia dpt bnyk pencalonan dpd ahli parlimen. Lagipun atok sendiri pernah berkias hanya ahli parlimen akan menentukan siapa yg layak/dipilih sebagai pm. Adakah anwar atau konco2nya masih gagal membaca kenyataan atok tersebut sblm ini?

      Skrg anwar dah declare dirinya sebagai ketua pembangkang. Atok pula dah menulis agar undi tidak percaya diadakan.Jadi perebutan ketua pembangkang aka bakal pm9 dah jadi perebutan.

      Dlm keadaan wabak dan kerajaan skrg lebih cekap dpd kerajaan ph menanganinya adalah kurang sesuai kalau ph ingin menyalak hal mandat raykat yg mrk telah khianati. Baik terus menjadi pembangkang yg profesional utk menonjolkan kredibiliti di dwn raykat.

      Delete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.