Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, May 10, 2020

Kesian Orang Melayu Dipermain Dengan BPN

*Kesian Orang Melayu Dipermain Dengan BPN*

1.0 Pada awal MCO di warwarkan pelbagai janji. Ramai sungguh orang Melayu yang melahirkan rasa gembira tidak terkata. Ramai yang memuja memuji Muhyiddin Yaasin sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa itu.

2.0 Tiba-tiba apabila pembayaran BPN yang kedua baru-baru ini keluar, orang-orang Melayu yang sama ini juga sedang menista dan mengutuk kerajaan. Rupanya ramai yang tertipu dan terpedaya dengan janji-janji manis BPN.

3.0 Melihat laman FB  LHDN yang tidak berhenti-henti dihujani kutukan dan nista kita dapat merasakan kekecewaan rakyat yang amat mendalam. Majoriti yang mengeluh itu adalah dari Bangsa Melayu Islam.

4.0 Sebelum ini bangsa Melayu yang sama merasa terpedaya dengan janji Morotorium yang dibuat oleh kerajaan yang sama.

5.0 Ini petanda bahawa majoriti yang menderita akibat kesan ekonomi PKP adalah dari Bangsa Melayu. Jarang orang Melayu melahirkan ketidak puasan hati mereka di khalayak ramai seperti yang berlaku hari ini sekiranya ia bukan serius.

6.0 Majoriti orang Melayu memang mengharap bantuan BPN dari kerajaan bukan kerana apa tapi semata-mata mereka memerlukan bantuan itu. Mereka amat merasa keperitan kesan ekonomi dari PKP dan serangan Covid 19 ini

7.0 Rata-rata orang Melayu setelah hidup di bawah UMNO selama 60 tahun rupanya masih tertekan dari sudut ekonomi dan iktisad. Ini salah satu petanda jelas. UMNO benar-benar gagal membangun ekonomi orang Melayu dan menaikkan taraf mereka walaupun sudah 60 tahun memerintah. Yang kaya dari segi UMNO hanyalah kroni-kroni, anak beranak dan piminan UMNO. Contohnya Tengku Adnan kata RM2 juta hanya utk wang saku sahaja.

8.0 Orang Melayu juga harus dipersalahkan kerana terlampau mempercayai UMNO sehingga memberi mereka kuasa mutlak. Hasilnya UMNO sebuk mengkayakan anak beranak dan kroni mereka sahaja manakala majoriti orang Melayu kekal merempat di bumi sendiri.

9.0 Selepas ini cabaran lebih getir memandangkan ekonomi akan menghadapi kemelesetan yang teruk dan biasanya bangsa Melayu yang akan merasa kesannya dengan paling besar.


Di bawah ini adalah komen2 yang diambil dari blog Malaysiawaves sendiri. Begitulah kecewa orang Melayu dengan tindakan yang telah diambil ataupun tidak diambil:











*TULANG BESI*

www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

7 comments:

  1. Kena kencing 22bulan lagi dashyat. Syukur bukan 60bulan.Kalau tidak entah mcm mana bau hancengnya.

    Bpn...sila ke pejabat lhdn utk berunding..yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai manusia di lhdn hari nie..
      Harap jangan bersesak2 dan jagalah jarak dan pakai penutup muka.
      31 mei tarikh akhir memohon rayuan. Pilihlah tarikh dan masa yang sesuai saudara dan saudari sekalian jika ingin ke lhdn.

      Delete
  2. Disini pun kena kencing disana pun kena kencing, orang ini tak betul orang itu tak betul siapa yang betul pun tak tahu,aku rasa duduk atas pagar lagi selamat,inilah corak politik negara serba serbi tak kena

    ReplyDelete
  3. baru 2 bulan dah kencing merata.klu 10 bulan,berak sampai taik bole buat baja..buka pintu belakang terus gi jamban .hahaha

    ReplyDelete
  4. Apa susah-susah sangat penilaian paling mudah, orang tu jujur,boleh buat kerja,bersih rasuah,amanah dan cakap mesti serupa bikin

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Salah org melayu jugak bila mereka dipermainkan, dibodohkan, dibuli, ditipu, dikulikan. Walau tk semua melayu tp kebanyakan ye.
    Cukup dgn beras 5 kilo Dan sehelai kain mereka sudah boleh dibeli. Sebab itu mereka jadi kuli pd bangsa pendatang walau diperintah oleh melayu sendiri lebih 60 tahun ditanah air sendiri..
    Melayu yg kaya cuma pemimpin politik dn suku sakat mereka.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.