Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Friday, May 29, 2020

LAPORAN: Syarikat Israel Bantu Najib Intip Pembangkang pada 2018


NOTA EDITOR: Najib Tun Razak tidak menafikan laporan ini malahan mengesahkannya. Ini bererti Najib telah membenarkan pembelian alat alat pengawasan ciptaan Israel untuk diguna di Malaysia oleh sebuah syarikat bernama Senpai Technology.

Laporan: Syarikat Israel bantu Najib intip pembangkang pada 2018
Diterbitkan Hari ini 11:06 amDikemaskini Hari ini 1:30 pm 
Dokumen-dokumen mahkamah di Israel mendedahkan syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.
Ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu Najib Abdul Razak memantau pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.
Laman berita teknologi Israel CTech melaporkan, kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.
Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.
Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.
Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.
Rundingan itu menggunakan kod nama “Project Magnum.”

Menurut dokumen tersebut, rancangan pentadbiran BN pimpinan Najib untuk sistem Senpai tidak dirahsiakan daripada syarikat itu dan penggunaan sistem itu untuk “penyiasatan politik" disebut secara khusus dalam surat-menyurat e-mel dalaman. 
Senpai, yang ditubuhkan pada tahun 2015, telah membekukan aktivitinya di tengah-tengah pemfailan kebankrapan dan tuntutan saman antara para pengasas firma itu.

Pada pertengahan tahun lalu, syarikat tersebut dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan kontrak baru dengan polis Cawangan Khas Malaysia, yang mempunyai implikasi baru selepas kekalahan Najib pada PRU14.
Objektif pengawasan dibayangkan akan berubah selepas pilihan raya daripada penyiasatan politik kepada penyiasatan terhadap jenayah-keganasan.
“Pelanggan mendapat dokumen dan kami sedang menunggu responsnya,” kata pengasas dan ketua jualan Senpai, Roy Shloman merujuk "Magnum" dalam e-mel yang dikirimkan kepada pengasas bersama Guy David, Omri Raiter, dan Eric Banoun (gambar, bawah) pada 10 Jun 2019.
"Seperti yang kamu tahu, selepas pilihan raya banyak perkara berubah dan menjadi sedikit rumit," tulis Shloman.
"Mengenai proses pengurusan pelanggan dan berdasarkan beberapa perbincangan atas talian (conference call) yang lalu dengan mereka, saya fikir kami patut mengadakan kunjungan ke KL.
"Tujuan utama perjalanan ke itu untuk bertemu klien (secara bersemuka), mengadakan sesi soal jawan dan menyediakan mereka beberapa panduan (tip) dan helah (trick)," tambahnya.
Katanya, tujuan utama lawatan ke Kuala Lumpur itu bertujuan bertemu dengan klien secara bersemuka sambil mengadakan beberapa sesi soal jawab, serta memberikan beberapa tips kepada klien mereka dalam memaksimumkan sistem tersebut.
Dalam cadangan fasa dua perjanjian selepas Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Banoun menghitung rundingan itu dianggarkan bernilai antara AS$300,000-AS$ 400,000 daripada SB, antara AS$2 juta dan AS$2.5 juta daripada Pejabat Perdana Menteri, antara AS$800,000 dan AS$2.2 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan jumlah yang serupa daripada pasukan polis.
CTech adalah laman berita teknologi yang dikendalikan oleh Calcalist. Ia merupakan sebahagian daripada Yedioth Ahronoth Group, yang juga menerbitkan Yedioth Ahronoth, surat khabar dengan edaran paling luas di Israel.
Malaysiakini sedang menghubungi Najib, Cawangan Khas, SPRM dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan penjelasan.
[Baca berita penuh]



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

5 comments:

  1. Tuduhan dah dijawab oleh najib dgn logik dan fakta.
    Cuma nak tak tahu kenapa pm7 perlu upgrade dpd syarikat yg sama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak sembang bab fakta, curi Dan pulang separuh pun bleh. Ape nak heran...

      Delete
    2. Dpd tuduhan mencuri kpd pengubahan wang haram. Sampai atok bakar kerajaannya sendiri masih gagal temukan bukti.
      Malang...

      Delete
    3. Kerajaan pm7 upgrade sistem dpd syarikat yg sama dgn kos ratusan juta ringgit...ada yg nak bongkar ker??!

      Cuma bertanya...hmmm

      Delete
  2. Wahai orang yg mengaku islam. Apa hukum mencuri beratus juta? Rujuk kitab tafsir ibn kathir jilid 3 surah al-maidah. Riza aziz secara sukarela pulangkan kembali duit curian. Bermakna dia mengaku salah mencuri. Berdasarkan hukum hudud, dia patut dipotong tangan kanan. Begitu juga dgn najib dan rosmah. Potong tangan kanan masing2. Pas, bila nak laksana?

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.