Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Sunday, May 10, 2020

"Mazlan Bohong, Kaki Penipu" kata Mantan MB Johor

NOTA EDITOR: Kalau mantan MB Johor sudah boleh mengeluarkan kenyataan terbuka begini, kita boleh buat beberapa kesimpulan:

1) Muhyiddin sudah hilang kawalan terhadap BERSATU Johor. Jelas sedang berlaku pemberontakan yang serius di dalam BERSATU Johor. Had kesabaran BERSATU Johor sudah sampai kemuncak. 

2) Kerajaan UMNO Johor kemungkinan akan jatuh kecuali ada kejadian ajaib yang akan berlaku dalam seminggu dua ini 

3) Muhyiddin sudah goyang di peringkat Pusat juga kerana pecahnya di Johor akan membawa pecahnya di Pusat. 

4) Perak juga akan mengikut jejak langkah Johor kalau Johor pecah kerana orang2 UMNO di Perak sudah tidak tahan lagi dengan PEJA. 

5) Azmin dan kumpulan semburit beliau baiklah siap-siap keluar dari Malaysia kerana tiada parti akan beri mereka kerusi untuk bertanding. Kalau mereka bertanding sendirian sebagai Parti Negara, maka inshaalah mereka akan mengikut jejak langkah Parti Negara yang asal yakni kubur tanpa nesan. 

6) Mungkin benar khabar bahawa PRU15 akan di adakan selepas Hari Raya Haji kelak. 

7) Kita kena ramai-ramai keluar mengundi seperti tahun 2018 dan mengambil semula kerajaan kita dari dirampas semburit dan perompak.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


'Mazlan bohong, kaki penipu'Yasmin Ramlan

Bekas menteri besar Johor, Osman Sapian menolak kenyataan Pengerusi Bersatu negeri itu, Mazlan Bujang bahawa pertikaian antara parti itu dengan Umno telah selesai selepas pertemuan bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam.

Osman yang turut hadir dalam pertemuan itu sebaliknya menyifatkan Mazlan berbohong.

"Tak selesai. Mazlan bohong. Dia kaki penipu," katanya menerusi pesanan WhatsApp kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Mazlan bagi mendapatkan respons.

Osman yang juga Adun Kempas dari Bersatu berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Mazlan yang mengatakan masalah yang wujud antara parti itu dan Umno telah berjaya diselesaikan.

"Dah selesai," kata Mazlan seperti dilapor Malaysiakini semalam.

BH Online hari ini melaporkan Osman memberitahu kemelut antara Bersatu dan Umno masih belum selesai dengan pertemuan bersama Muhyiddin.

"Semalam dicadangkan supaya jawatankuasa pemimpin antara parti ditubuhkan bagi membincang dan menyelesaikan masalah yang tertunggak.

"Perdana Menteri juga mahu kerjasama antara dua parti dieratkan lagi dengan keputusan dibuat perlulah menghormati semua parti di dalam PN, sekali gus tidak mengetepikan mana-mana pihak," katanya.

Ketegangan antara Bersatu dan Umno di Johor menggugat kestabilan politik di negeri itu sehingga timbul cakap-cakap akan berlakunya pilihan raya negeri.

Perikatan Nasional (PN) memiliki hanya 29 kerusi DUN di Johor berbanding 27 daripada Pakatan Harapan (PH). Sekiranya ada Adun PH melompat parti, ini akan menyebabkan DUN tergantung.

Bersatu Johor sendiri sebelum ini dilaporkan bergolak apabila pelantikan Mazlan sebagai pengerusi Bersatu Johor mendapat bantahan daripada kalangan pemimpin Bersatu Johor sendiri.

Pertemuan antara majoriti ketua bahagian Bersatu Johor pada 5 Mei lalu dilaporkan mencapai kata sepakat agar bekas menteri besarnya, Sahruddin Jamal dilantik sebagai pengerusi negeri.

Pertemuan bersama Muhyiddin di Putrajaya semalam pula diadakan selepas Bersatu mendakwa Umno meminggirkan mereka dalam soal pelantikan jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan tempatan.

Mazlan yang juga Adun Puteri Wangsa berkata, beberapa perkara seperti isu pelantikan ahli majlis hanyalah merupakan salah faham memandangkan mereka tetap dikekalkan jawatan apabila PN mengambil alih kerajaan negeri.

Difahamkan selain Mazlan, Osman dan Sahruddin, pemimpin yang hadir dalam pertemuan itu termasuklah Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad dan Exco Johor, Samsol Bari Jamali.

Bagaimanapun, salah seorang sumber dari Bersatu yang turut hadir dalam pertemuan itu tidak menafikan kenyataan Mazlan bahawa kemelut politik antara parti itu dan Umno telah selesai.

Ditanya sama ada tiada sebarang kata sepakat dicapai, beliau berkata:

"Saya tak kata tiada (kata sepakat). Kami setuju dengan beberapa cadangan PM dan akan dilaksanakan serta yakin ia akan dapat dicapai bagi memperkukuhkan hubungan politik dan program kerajaan negeri," katanya kepada Malaysiakini.

Malaysiakini telah cuba mendapatkan respons daripada pemimpin lain yang hadir dalam pertemuan itu, seperti Hasni dan Sahruddin.




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Share on whatsapp

No comments:

Post a Comment


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.