Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 27, 2020

Nyawa BERSATU Sekarang Dalam Gengaman UMNO


BERSATU AKAN TINGGAL SEBATANG KARA DALAM PRU15 YANG AKAN 
DATANG. SELAMAT TINGGAL BERSATU!!!



Sedar atau tidak nasib BERSATU sekarang bergantung sepenuhnya kepada UMNO/ Dengan kata lain, UMNO pegang nyawa BERSATU di dalam gengaman mereka.

Ini kerana sekiranya UMNO menarik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yaasin maka seluruh kerajaan tebuk atap Muhyiddin Yaasin akan ranap akibat ketiadaan sokongan dalam Parlimen.


Apa yang akan berlaku seterusnya Muhyiddin tiada pilihan melainkan membubar Parlimen. Jikalau ini berlaku, mengikut ramai penganalisa, parti BERSATU akan ranap sama sekali.


Seperti yang dinyatakan oleh MP Shah Alam, YB Khalid Samad:

Khalid mengulas desas desus yang mengatakan Muhyiddin akan mencadangkan kepada Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan selepas wabak Covid-19 reda ekoran kegagalan beliau untuk mengekalkan kerajaan yang ada. 
“Bubar parlimen, Bersatu akan hancur. Yang nak bubar Parlimen adalah Umno dan Pas, bukan Muhyiddin,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu 
Ini kerana, kata beliau, kerusi yang ditandingi oleh Bersatu akan bertindih dengan kerusi yang hendak ditandingi oleh Pas dan Umno 
“Selama ini, Umno dan Pas berebut kerusi yang sama. Kalau tambah Bersatu satu lagi, bermakna tiga parti berebut kerusi sama,” katanya.


Hakikatnya, sekiranya dibubarkan Parlimen, pertandingan hanya berlaku antara Pakatan Harapan melawan UMNO-PAS. Parti-parti lain hilang sudah tidak dihiraukan lagi termasuk BERSATU dan kumpulan Azmin. 

Ini juga termasuk wakil-wakil rakyat UMNO yang telah berpaling tadah kepada BERSATU seperti Hamzah Zainuddin ataupun Mas Ardiyati. Kesemua wakil-wakil rakyat UMNO yang menang atas tiket UMNO tapi berpaling tadah pada BERSATU akan dibuang dari senarai calon sama sekali.


Pemimpin-pemimpin utama BERSATU termasuk Tan Sri Muhyiddin Yaasin sendiri akan kehilangan kerusi mereka kerana tidak mungkin PAS mahupun UMNO akan memberi mana-mana kerusi kepada BERSATU

PAS-UMNO-BERSATU akan berebut kerusi yang sama yakni kerusi-kerusi yang mempunyai 70% Melayu ke atas dan kerusi-kerusi kampung. Ini kerana kerusi2 yang sedemikian cuma berjumlah sekitar 50 ke 55 kerusi seluruh Semenanjung Malaysia.

Kalau dibahagi kepada ketiga-tiga parti maka jumlahnya satu parti akan mendapat sekitar 18 kerusi kurang lebih. Maka, apa yang berlaku adalah seperti apa yang berlaku di Melaka dimana BERSATU akan awal-awal ditendang dan kerusi-kerusi Melayu ini hanya dibahagikan antara UMNO dan PAS.



Selain dari 55 kerusi ini adalah kerusi campuran di mana pengundi-pengundi Cina dan India dijangka akan memberikan sokongan yang amat padu kepada Pakatan Harapan akibat ideologi PAS-UMNO yang membenci dan memusuhi bangsa selain Melayu.

Maka, akhirnya BERSATU akan jadi parti kera sumbang dan akan dibuang seperti sampah. Azmin Ali dan kumpulannya juga akan dibiarkan mereput seperti sampah sehingga ke tahap tiada siapa yang kesah berkenaan keberadaan mereka lagi. Azmin dan kumpulannya menjadi seperti pesakit-pesakit kusta sekarang ini.


Adakah Annuar Musa akan mengizinkan Radzi Mat Jidin bertanding di kerusi Ketereh lagi? Adakah UMNO Johor akan mengizinkan Tan Sri Muhyiddin bertanding di Parlimen Pagoh lagi? Adakah UMNO Selangor akan membenarkan Azmin Ali bertanding di Gombak lagi?

BERSATU akan tinggal sebatang kara tiada siapa yang akan pandang pun kepada mereka dalam PRU15 yang akan datang

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Cepatlah bubar perlimen... aku hendak benar tengok team azmin di mana dia org masa tu. Aku ingat langkah KHIANAT bincang secara mulut je.. bukan bincang atas kertas. Lepas rampas mandat rakyat.. agih2 jawatan GLC.. habis.. mahyudiin mati langkah..azmin mati langkah.. tamat..

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.