Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, May 2, 2020

PKP Bersyarat- Adakah Ianya Membawa Rahmat atau Bala?

PKP BERSYARAT - oleh Liliyana Marzuki

1. Semalam PM kita umumkan mulai 4 Mei 2020, Malaysia akan masuk fasa PKP bersyarat. Maknanya hampir semua sektor ekonomi akan dibuka dan orang akan mula bekerja. Katanya, ekonomi perlu bergerak. Kalau teruskan MCO, Kerajaan rugi banyak.

2. Saya paham, Kerajaan terdesak. Bukan senang nak balance kan ekonomi dan risiko pandemik. Beliau pun cakap, kalau ada gelombang baru, Kerajaan dah bersedia. Banyak katil dan hospital dah dibuka. Ini menunjukkan satu, Kerajaan terpaksa memilih kelangsungan ekonomi daripada impak kesihatan awam. Apa yang dibuat sekarang, ialah persediaan menghadapi gelombang baru.

3. To be honest, saya rasa a bit premature untuk kita ease out PKP ni. Satunya, kes bukan turun secara stabil. Masih ada naik turun. Dulu kelmarin 30 lebih. Semalam dah naik balik ke 50 lebih. Ia bukan single angka lagi. Keduanya, testing rate kita sgt rendah. Kita bukan buat macam Korea dan Singapore. Mereka kejar Rakyat untuk buat testing. Tu sebab nombor case mereka tinggi tapi kadar kematian tak setinggi negara lain.

4. Ketiganya, kita masih ada kluster yang boleh jadi time bomb. Kluster pekerja asing. Kes di pasar2 dah mula ada. Banyak melibatkan warga asing. Berapa yang ada kita tak tahu. Seingat saya dulu, perhimpuan tabligh pun ada libatkan warga Rohingya. Apa cerita diaorg lepas test, kita takde data.

5. Mind you, populasi pekerja asing kita antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Kalau sektor ekonomi dibuka sepenuhnya, mereka inilah yang bekerja. Kita tengok Singapore, kes warga asing la yang paling banyak, sampai mereka tak menang tangan sekarang. Tu pun sebab diaorg buat sendiri testing dan contract tracing atas pekerja asing. Kita ?

5. Bukan tujuan menakut2kan, tapi tak salah kalau kerajaan berwaspada. Banyak negara lain yang kita boleh belajar. Contohnya di Jepun. Salah satu negerinya dah jadi rujukan seluruh dunia. Hokkaido antara yang terawal buat lockdown. Pertengahan Februari. Tak sampai sebulan, kes turun ke single angka. 2-3 kes sehari. Maka dibukanya ekonomi. Lepas 26 hari, ditutup balik. Sebab kes dan kematian makin meningkat. Gabenor nya pun menyesal buka awal.


6. Di New Zealand pula lain cerita. Walaupun kes dah langsung hampir tiada, PM nya masih umum
buka ekonomi secara berperingkat. Ke level 3 dari level 4. Cuma 75% ekonomi dibuka dan orang asing masih lagi susah masuk border. Rakyat pula diberi masa 2 minggu untuk adjust ke new normal. Kes dah hampir takde pun, mereka masih berpada2.

7. Cara lockdown pun berbeza. Kat sana tapau pun tak boleh. Kena masak semua sendiri di rumah. PM nya means business. Menteri langgar lockdown pun kena dan disuruh letak jawatan. Strict daripada awal. Dia buat testing dan contract tracing punya banyak, lagi banyak dari UK. Walaupun populasinya lebih kecil. Maka boleh dicakap NZ dah menang lawan Covid-19.

8. Tapi PM nya masih ambil pusing. Katanya, NZ masih perlu berhati2. Kes baru boleh jadi balik bila2 masa saja nanti. Beliau kata kemungkinan NZ akan kekal lama dengan Level 3 lockdown. Impak ekonomi akan dipikirkan belakang.

https://amp.cnn.com/cnn/2020/04/28/asia/new-zealand-coronavirus-outbreak-elimination-intl-hnk/index.html

9. Makanya, bagi Malaysia, adakah kita belajar? Saya lebih selesa ekonomi dibuka bila mana:

i. kes turun ke single angka;
ii. case testing ditingkatkan terutamanya di kalangan pekerja asing;
iii. Ekonomi dibuka secara berperingkat, jangan hampir semua. Mungkin 3-4 industri seminggu dan kita tengok macam mana.
iv. Bagi masa untuk Rakyat adjust ke new normal. Paling tidak tunggu sampai PKP sekarang habis pada 12 Mei. Kenapa nak tergesa2?

10. Yang pastinya, memang kita kena embrace the new normal. Displin kendiri paling penting. Ini pesanan saya pada diri sendiri. Kerajaan pun kena walk the talk. Jangan la Rakyat saja yang kena, VIP dan anak VIP pulak suka hati depa. Tupun satu hal juga.

11. Makanya, nak taknak kita kena hadap. Bersama2 gerakkan ekonomi dan bantu mana yang boleh. Kalau la kes naik balik, PM dah cakap petugas kesihatan dah sedia katil. Kita rakyat biasa, perlu banyak berdoa. Moga Allah lindungi kita dan keluarga dari gelombang ketiga.

Wallahu a’lam.

Salam hormat,
Liyana Marzuki

Nota Editor: Sebuah artikel yang baik untuk dibaca diambil dari Whatsapp.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Pro dan kontra tetap ada. Yg penting SOP penjagaan kesihatan dipatuhi sepenuhnya.Garis panduan perlu dipatuhi. Yg tak patuh, dakwa.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.