Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, June 4, 2020

UMNO Mahu Hapuskan BERSATU Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai UMNO

Tawaran Muhyiddin Kembali Pada UMNO Hanya Untuk Menghapuskan BERSATU dan Membunuh Karier Muhyiddin Sahaja

Sekiranya Muhyiddin Yaasin bijak, dia tidak akan menerima pelawaan UMNO ini. Jaminan menjadi Perdana Menteri hanyalah jaminan kosong sahaja memandangkan di dalam UMNO, jawatan Presiden UMNO jauh lebih berkuasa berbanding Perdana Menteri.

Apalah sangat jawatan Perdana Menteri kalau tiada jawatan Presiden UMNO sekaligus dengannya.

Sekarang pun Muhyiddin sudah jadi macam boneka kepada UMNO apatah lagi apabila Muhyiddin menyertai UMNO.


Bila-bila masa Muhyiddin boleh dilucutkan keahlian kerana tidak tunduk kepada keputusan MKT UMNO dan Presiden UMNO.

Ditambah dengan keadaan kesihatan beliau yang semakin buruk maka akhirnya Muhyiddin hanya akan menjadi Perdana Menteri boneka kepada MKT dan Presiden UMNO sahaja.

Lagipun, baru semalam Zahid melaungkan panggilan siap sedia untuk Pilihanraya 15 menandakan tawaran dan tindakan ini tidak lebih dari jerangkap untuk Muhyiddin dan juga BERSATU.

Apabila Muhyiddin sertai UMNO maka otomatik BERSATU akan dibatalkan pendaftarannya persis Tengku Razaleigh mentalkinkan Semangat 46 dahulu.

Maka, sejurus selepas Muhyiddin berada dalam UMNO dan BERSATU terbatal pendaftaran maka PRU akan dipanggil.

Di kala itu, Dr Mahathir dan melayu2 Anti Kleptokrat sudah tiada kenderaan untuk menghadapi UMNO.

Yang lebih dikehendaki oleh UMNO adalah kembalinya pengundi-pengundi Melayu di Johor yang telah menyebabkan jatuhnya UMNO di Johor. UMNO perlu menang dengan yakin di Johor sekiranya imej UMNO sebagai parti teras bangsa Melayu mahu dikembalikan.

Itu sahaja penjelasan yang jelas berkenaan tawaran UMNO ini.

Jangkaan ini disahkan dengan kenyataan Ahli Parlimen Sri Gading, 
Datuk Dr. Shahruddin Md Sallehm yg telah berkata:

“Andaikata saya perlu meninggalkan PN dan kembali kepada PH dan disitu ada jaminan bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya sedia lakukan,” katanya. 
Malah kata Shahruddin beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya demi memperkukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
BERSATU mampu menghalang UMNO menguasai Johor dan Melaka secara dominan seperti zaman dahulu.

Yg penting adalah pembatalan BERSATU dan ketiadaan Dr.Mahathir dalam PRU15 yang sudah hampir diadakan dalam masa terdekat

Kemungkinan Parlimen akan dibubarkan sejurus BERSATU dihapuskan dari muka bumi Allah SWT ini.

Itulah jangkaan Tulang Besi

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, June 3, 2020

Signal Kejatuhan Kerajaan PN Dari UMNO Sudah Diberi

Sudah lebih semingguu dua khabar2 bertiup kencang berkenaan kejatuhan Muhyiddin Yaasin dan kerajaannya. 

Pelbagai cerita yang telah disebarkan dalam alam maya. Antaranya: 

1) PAS menghantar rombongan meminang mereka berjumpa Dr. Mahathir dengan menawarkan 18 Ahli Parlimen mereka menyertai PH 
2) Jumlah bilangan Ahli Parlimen yg menghantar SD kepada Dr. Mahathir dan Anwar juga mencecah 129 dan sedang bertambah 
3) Sudah ada perkenan dari Istana untuk menghadap dan mempersembahkan kepada Tuanku untuk mendapat perkenan menubuhkan kerajaan baru 
4) bilangan ahli2 parlimen yang menyokong Muhyiddin sehingga hari ini masih belum mencecah 90 orang dan banyak lagi. 
5) Juga timbul rakaman audio Muhyiddin Yaasin mengaku berniat untuk memberikan rasuah jawatan GLC bagi menarik ahli-ahli parlimen UMNO ke BERSATU dan banyak lagi audio lain.

Namun semua khabar-khabar ini tidak mempunyai kredibiliti sehinggalah timbul posting Zahid Hamidi di bawah ini:



Perhatikan pada bahagian yang digaris merah: "Kami telah siap siaga untuk PRU15"

Soalnya, tarikh luput Parlimen Malaysia sessi ini adalah pada 06 May 2023. Masih berbaki 3 tahun lagi sebelum tamat sessi Parlimen ini. Mengapa Zahid Hamidi tiba-tiba menyebut berkenaan Piliharaya Umum ke 15?


Kalau tarikh tamat tempoh itu ada berbaki 1 tahun lagi mungkin masuk akal untuk Zahid Hamidi berkata sebegini tetapi kenapa sekarang.

Pada hemat Tulang Besi, ini adalah petanda jelas haayat dan nyawa kerajaan Pakatan Harapan sudah hampir menuju ke alam barzakh.

Panggilan Zahid ini juga menunjukkan UMNO sudah sedia untuk membuang rakan-rakan mereka dalam PN seperti BERSATU, Azmin+Geng dan juga PAS.


KERAJAAN MUHYIDDIN LEMAH DAN TERBUKTI LEMAH


Apabila Muhyyidin  menghalang usul undi tidak percaya yang telah diterima oleh Speaker, secara otomatik Muhyiddin telah mengaku beliau tiada majoriti dalam Parlimen. Pengakuan secara diam ini membuatkan semua yang menganggotai kerajaan beliau sedikit demi sedikit hilang kepercayaan kepada beliau.

Ertinya kalau sebelum ini kerajaan Muhyiddin hanya dikatakan lemah dan tidak dapat sokongan yang cukup, selepas 18May 2020 terbukti bahawa kerajaan Muhyiddin adalah kerajaan haram yang tidak menepati syaraat Perlembagaan yakni yg mempunyai sokongan majoriti.

Juga timbul cerita hal rumah tangga dalam Perikatan Nasional yang bergolak sebegitu kuat sekali. Misalnya: 
1) Pergolakan dalaman BERSATU yang berpecah kepada group pro Mahathir dan pro Muhyiddin. Walaupun ditebarkan jawatan dan pangkat kepada ahli2 BERSATU tapi nampaknya pergolakan semakin marak dan api perpecahan semakin besar. Ia bermula dengan hilangnya MB Johor dari BERSATU diikuti tindakan UMNO menghalang ADUN BERSATU menjadi KM Melaka diikuti dengan insiden-insiden lain. 
2) Azmin Ali diserang atas bawah kiri dan kanan oleh PH dan juga oleh UMNO dan BERSATU sendiri. Keadaan Azmin sekarang ini adalah seperti beruk tunggal kerana tiada siapa dalam PN yang mahu mengiktiraf kepimpinan beliau dan hayat politik dia sudah semakin habis. Masa depan pun gelap. 
3) UMNO dan PAS pun bersengketa juga kerana kerusi-kerusi tradisi Melayu majoriti dipegang oleh PAS dan PAS tidak mahu lepaskannya. Kalau UMNO tidak dapt kerusi2 itu bermaksud UMNO akan pupus sebagai parti Melayu 
4) UMNO sendiri pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional. GPS Sarawak pun tidak mengiktiraf Perikatan Nasional. 



Secara mudahnya, lemahnya Perikatan Nasional itu sudah menjadi pengetahuan umum. 

Maka, robohnya Perikatan Nasional ini sudah tidak dapat dielakkan lagi. 

Kenyataan Zahid Hamidi di atas menandakan tidak sampai bulan Julai, Perikatan Nasional akan berkubur. Inshaalah.

Pakatan Harapan akan kembali memerintah Malaysia dalam masa terdekat. Amin!!!!

TULANG BESI









www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Penghina2 Islam dan Bangsa Melayu Diberi Habuan Jawatan dan Pangkat

NOTA: Berikut adalah beberapa komen dari Whatsapp berkenaan identiti beberapa orang penentang Isam tegar dan pembenci bangsa Melayu yang baru2 ini diberikan jawatan yang penting oleh Muhyiddin dan kerajaan PN.


XXXXXXXXXXXXX




[21:25, 02/06/2020]  HINA JAWI, LAWAN HUKUM ISLAM & CACI PERJUANGAN ORANG MELAYU MUSLIM, KINI BERKUASA DALAM KERAJAAN

1. MAH HANG SOON
Pernah mengisytihar Jawi merupakan beban kepada murid & kalah dlm PRU14 (Parlimen Tanjung Malim).
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan, antara Kementerian yg terpenting di Malaysia.

2. CHONG SIN WOON
Pernah menggesa supaya Hudud dimatikan serta merta & kalah dlm PRU14 (Parlimen Seremban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang, pelabuhan yg paling sesak & bernilai di Malaysia.

3. TI LIAN KER
Pernah mengisytihar bahawa MCA akan sentiasa membantah Hudud & digigur dlm PRU14.
Kini dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

4. TAN TEIK CHENG
Pernah gesa Tun M jaga hati orang Cina melalui pengiktirafan UEC & kalah dlm PRU14 (DUN Machang Bubok).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Penang, antara pelabuhan terkaya di Malaysia.

5. KOH CHIN HAN
Pernah tuduh UMNO jahat kerana mempercepatkan pembentangan usul RUU355 & digugur dlm PRU14 (DUN Bemban).
Kini dilantik sebagai Pengerusi Pelabuhan Melaka.

6. CHAI KIM SEN
Pernah mendabik dada melaung MCA parti konsisten menentang Hudud & digugur dlm PRU14.
Kini dilantik Senator Dewan Negara.

_______________

Latar belakang: MCA yg dikuasai dan dianggotai 100% Cina Kafir telah dibungkus oleh PH dalam PRU14. Satu-satunya Ahli Parlimen yg survive adalah Dewa Wee Ka Siong (Ayer Hitam).

Namun, dengan hanya seorang Ahli Parlimen sahaja, MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong telah menambah seorang lagi Cina Kafir, Wee Jeck Seng melalui PRK Tanjung Piai.

Kemudian Dewa Wee Ka Siong mengorak langkah lagi & berjaya melobi tokong-tokong lain menyertai Kerajaan, meskipun mereka semua calon yg digugur atau kalah dlm PRU14. Malah mereka semuanya mempunyai track record cemerlang dalam menghina Jawi, melawan hukum Islam & mencaci perjuangan orang Melayu Muslim.

Kini, MCA mempunyai seorang Menteri iaitu Dewa Wee Ka Siong sendiri dan juga berpuluh-puluh Timbalan Menteri, Senator, Pengerusi Pelabuhan, Pengerusi Lembaga, Pengerusi GLC, Ahli Majlis dan sebagainya yg menjadi sebahagian daripada Kerajaan.

Penghina Jawi, pelawan hukum Islam & pencaci perjuangan orang Melayu Muslim sudah berkuasa dalam Kerajaan.

Itulah kehebatan & kuasa Dewa Wee Ka Siong yg selalu diangkat ke langit oleh Najib, pemimpin2 & macai2 UMNO PAS.

Di manakah telur Melayu Muslim UMNO PAS?

Sudah dipicit ditekan dihempas dipecah oleh dewa-dewa & tokong-tokong MCA?
Tak berani tegur Dewa Wee Ka Siong & tokong-tokong dia?

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[21:42, 02/06/2020] +xx xxx xxx 8965: DIALOG ANTARA SEORANG WARTAWAN DAN AHLI AGAMA DI MALAYSIA..

Soalan : Boleh Ustaz beri komen tentang klip audio yang dikaitkan dgn amalan sogokan dan rasuah oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dilapurkan kepada SPRM baru2 ini? Sehingga hari ini, beliau masih belum menafikan bahawa suara yang dalam rakaman itu adalah suaranya.

Jawapan : Saya ingin menegaskan bahawa rakyat bangsa Melayu yang beragama Islam perlu tahu bahawa ini semua adalah berpunca dari kesalahan dan kejahatan DAP. Adalah haram untuk kita jadi khadam kepada puak kuffar ini yang memusuhi Islam dan benci melihat bangsa kita bersatu.

Soalan : Tapi Ustaz.. Soalan saya ialah mengenai kemungkaran amalan rasuah yang dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku PM kita. Ia tiada kaitan den…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[21:43, 02/06/2020] +60 16-595 8965: 𝗜𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗝𝗘𝗥...

Belum isu lain seperti 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗻𝗼𝗺𝗯𝗼𝗿 𝗲𝗸𝗼𝗿, 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗼𝗻𝗴 𝘇𝗵𝗼𝗻𝗴, 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀 𝗔𝗱𝗶𝗯 & sbgnya 𝗦𝗘𝗛𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗣𝗔𝗦 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗕𝗜𝗦𝗨... yg mereka ini hanya tahu melaung, melolong maki hamun, kapirkan org..

TETAPI HAKIKATNYA tidak mampu buat seperti apa yg mereka cakapkan..

👉🏽👉🏽👉🏽😬😬😬

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[21:44, 02/06/2020] +xx xxx xxx 8965: KEMPEN MCA & BN, BELA ARAK DAN KARAOKE ?

Masih ingat Kempen PRU 13, ini iklan rasmi kempen BN dan MCA..siap ada logo BN..Bagaimana MCA melalui akhbar akhbar Cina dan The Star milik mereka menjalankan Propaganda takutkan bukan Islam kepada Pakatan rakyat....

Apa depa kempen hasut bukan Islam..? Kalau Undi Pakatan Rakyat..Orang Bukan Islam tak boleh minum arak..Tak boleh berhibur, ke kelab malam dan Berkaroke..

Bayangkan..Kempen kempen BN, Umpamanya kempen 1 Muka surat ini menelan kos RM 30 ribu sekali siaran..Difahamkan UMNO berhabis berpuluh juta untuk kempen kempen Ashabiyah dan Perkauman Agama seperti ini..

Jadi Siapa anti Islam ? Siapa yg pertahankan Arak dan Hiburan ni ? bukannya DAP tapi MCA.. Pakatan rakyat.DAP sibuk buat kempen anti rasuah..depa b…

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

[21:51, 02/06/2020] +xx xxx xxx 8965: PAS pernah memberi amaran kepada kerajaan PH jangan budayakan arak dalam masyarakat.

Penyokong PAS juga desak tutup kilang arak.

Keluar dalam harakah pimpinan PAS meminta hentikan insentif kepada pengilang arak dan Malaysia jangan mesra arak.

Ada juga pimpinan menegaskan jangan ada tolak ansur dengan industri arak dan arak bebas cukai PH seperti Belanda dapat tanah.

Pendek kata semasa PAS dalam barisan pembangkang dulu mereka adalah juara dalam isu pengharaman arak.

Namun sekarang setelah berkuasa kita lihat tiada perubahan apa-apa, edaran erak berterusan walaupun semasa PKP, kilang arak masih dibuka, jualan arak masih dibenarkan, pemandu mabuk berleluasa, dan keadaannya lebih buruk dari zaman PH memerintah.


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, June 1, 2020

Kerajaan PH Dijatuhkan krn Dr.M Halang Eksport Pasir?

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi terima:

1) Zaman hari ini, pasir adalah komoditi yang sangat berharga malahan ianya lebih berharga dari emas dan perak. Buktinya, emas dan perak sudah tidak perlu di beli di pasaran gelap dunia tetapi pasir dibeli oleh pembeli seluruh dunia melalui pasaran gelap. Begitulah berharga pasir sekarang ini kerana digunakan di sektor pembinaan seluruh dunia terutama di negara-negara maju.

2) Pasir yg mahal ini adalah dari pantai dan sungai. Adapun pasir dari padang pasir tidak sesuai digunakan utk pembinaan dan ianya tiada nilai. Atas sebab itu pasir dari Malaysia adalah antara termahal di dunia. Negara2 maju seperti Korea dan Jepun antara yang menjadi pengimport pasir terbesar dari Malaysia

3) Pada zaman sebelum PH, pasir dibenarkan dilombong dan dieksport dengan sebegitu bebas sekali. Pemegang-pemegang permit ini kaya raya dan mewah dengan penjualan pasir ini. Revenue beratus-ratus juta sebulan dan kaya raya. MAsuk dalam akaun pribadi kebanyaakkanya dan bukan pergi pada negeri pun.


4) Jadi apabila Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ke 7, antara perkara yang paling besar dia buat adalah mengharam pengeksportan pasir dan pengambila keuntungan yang sebegitu banyak dari perlombongan pasir.


Ini kerana tahap eksploitasi pasir dah sampai ke tahap melampau.

Ia penuh dengan korupsi dan penipuan.



5) Maka, kesannya adalah apa yang kita lihat. Dr. Mahathir telah dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri dan tidak akan dilantik semula sampai bila-bila ke jawatan tersebut.


Namun, tindakan beliau itu harus dipuji oleh rakyat jelata kerana menjaga harta milik rakyat.

Tindakan beliau itu harus dipuji oleh setiap rakyat Malaysia tidak kira umur, ras, bangsa dan agama.

TULANG BESI


SIKAP
1 Jun 2020
1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.
2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.
3. Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.
4. Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.
5. Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.
6. Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin.
7. Okaylah – asal dapat nikmat.
8. Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?
9. Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.
10. Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?
11. Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah.
12. Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita – tak apakah?
13. Itu masa depan.
14. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu.
http://chedet.cc/?p=3076


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

Saya dapat perhatikan dan merasai sendiri wujudnya perbezaan ketara antara era pemerintahan kerajaan PH dan juga kerajaan PN. Perbezaan ini membawa saya kepada timbulnya persoalan dan kehairanan. Apakah perbezaan yang menghairankan saya tersebut?

1. Ketika zaman PH, isu Buy Muslim First (BMF) dimainkan. Kononnya untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Namun ketika zaman PN, isu BMF lenyap. Pejuang-pejuang BMF di media sosial juga hilang entah kemana. Kalau dahulu kita siap melihat logo BMF di serata media sosial tetapi kini sudah lama tidak kelihatan. Adakah ekonomi umat Islam kini sudah kuat sehingga isu BMF ini tidak lagi dibangkitkan?

2. Ketika Zaman PH, isu pemandu mabuk adalah antara isu yang paling hangat. Sebahagian rakan-rakan Facebook saya mengecam kerajaan kerana membiarkan isu ini bermaharaja lela. Namun, ketika zaman PN saya ingatkan pemandu mabuk sudah tiada namun masih ada. Menariknya, rakan-rakan yang sibuk menghentam kerajaan terdahulu dalam isu pemandu mabuk kini diam seribu bahasa. Mengapa ya?

3. Isu kematian Arwah Adib adalah antara isu yang panas ketika zaman PH. Saban hari saya melihat posting-posting yang menggesa pelaku pembunuhan Arwah Adib di bawa ke muka pengadilan. Kini ketika zaman PN, nama Adib pun saya tidak dengar. Saya tinjau juga beberapa akaun Facebook mereka yang tegar mengangkat isu Adib ini mana tahu mereka masih konsisten mengulas isu ini. Namun, saya tidak jumpa pula posting mereka selain posting kuih raya dan update kes Covid-19. Kenapa ya?

4. Isu pendidikan seperti tulisan jawi dan UEC adalah isu yang menjadi tumpuan dalam kerajaan PH. Kerajaan PH didakwa tunduk dengan isu tulisan jawi kepada parti DAP. Selain itu, Kerajaan PH akan melaksanakan UEC atas desakan DAP. Sekarang, isu tulisan jawi sudah tidak kedengaran dan UEC juga sudah senyap.

5. Dahulu isu RUU 355 adalah antara isu yang utama dibangkitkan. Mereka bertanya bilakah RUU 355 akan dilaksanakan oleh kerajaan PH? Kini saya tidak tahu mengapa. Langsung tidak kedengaran isu RUU 355 dibangkitkan oleh mereka yang menjadi ‘pejuang’ sebelum ini. Saya terfikir juga apakah sebab isu ini tidak lagi dibangkitkan.

Persoalan-persoalan ini sudah lama berada di dalam minda saya. Namun hari ini saya baru ingin menulis dan bertanya. Ada sesiapa yang boleh menjawabnya?

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Damansara
30 Mei 2020


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Muhyiddin Hilang Satu Undi Lagi?



Shahbudin Husin1 June 2020Politik Semasa40 Comments

Dalam hantaran melalui media sosialnya malam tadi, Setiausaha Agung Bersatu pro Tun Mahathir Mohamad menulis kata-kata berikut:-

“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk’ Dr. Shahruddin Md Salleh kerana memilih untuk terus kekal dengan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) demi menyelamatkan parti BERSATU yang berpaksi kepada ketelusan serta menolak amalan kleptokrasi dalam kepimpinan.”

Ungkapan penuh makna itu ditujukannnya kepada Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin yang pada petang Jumaat lalu telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.

Berbeza dengan Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof yang turut mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Jumaat di Yayasan Kepimpinan Perdana, tetapi kemudian menafikan perjumpaan itu untuk menzahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu yang sekarang sedang berusaha menumbangkan Muhyiddin Yassin, Dr. Shahruddin sebaliknya masih lagi berdiam diri mengenai pendiriannya sehingga kini.

Apakah dengan kata-kata yang ditulis Marzuki itu menunjukkan Dr. Shahruddin sekarang sudah bersama Tun Mahathir dan telah menanggalkan sokongannya terhadap Muhyiddin?

Sementara itu, dalam temubualnya dengan sebuah akhbar, Dr. Shahruddin menjelaskan, kehadirannya ke pejabat Bersatu pada Jumaat lalu dan berjumpa Tun Mahathir adalah kerana sayangkan parti itu.


“Saya jumpa pengasas parti, pejuang, bapa dan seorang negarawan.

“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan BN dahulu,” tambah beliau juga merupakan Ahli Parlimen Seri Gading, Johor.

Yang paling menarik tentunya ialah pengiktirafan yang masih kekal daripada Dr. Shahruddin terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu.

Walaupun kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu adalah suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan, tetapi itulah yang kini cuba dipadamkan oleh kumpulan pro Muhyiddin, seperti dapatan dalam wikipedia misalnya.

Dengan apa yang terpapar melalui penzahiran Dr. Shahruddin ini, apakah kini sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin berkurangan satu undi lagi daripada 113 kepada 112?

Dalam erti kata lain, majoriti Muhyiddin hanya tinggal satu undi saja lagi.

Adakah mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang hanya ada satu undi majoriti?

Berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan dengan satu undi tersebut? (Shahbudindotcom 01/06/2020)


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.


Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.