Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, June 1, 2020

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

BERBEZANYA KETIKA ZAMAN PH DAN ZAMAN PN

Saya dapat perhatikan dan merasai sendiri wujudnya perbezaan ketara antara era pemerintahan kerajaan PH dan juga kerajaan PN. Perbezaan ini membawa saya kepada timbulnya persoalan dan kehairanan. Apakah perbezaan yang menghairankan saya tersebut?

1. Ketika zaman PH, isu Buy Muslim First (BMF) dimainkan. Kononnya untuk meningkatkan ekonomi umat Islam. Namun ketika zaman PN, isu BMF lenyap. Pejuang-pejuang BMF di media sosial juga hilang entah kemana. Kalau dahulu kita siap melihat logo BMF di serata media sosial tetapi kini sudah lama tidak kelihatan. Adakah ekonomi umat Islam kini sudah kuat sehingga isu BMF ini tidak lagi dibangkitkan?

2. Ketika Zaman PH, isu pemandu mabuk adalah antara isu yang paling hangat. Sebahagian rakan-rakan Facebook saya mengecam kerajaan kerana membiarkan isu ini bermaharaja lela. Namun, ketika zaman PN saya ingatkan pemandu mabuk sudah tiada namun masih ada. Menariknya, rakan-rakan yang sibuk menghentam kerajaan terdahulu dalam isu pemandu mabuk kini diam seribu bahasa. Mengapa ya?

3. Isu kematian Arwah Adib adalah antara isu yang panas ketika zaman PH. Saban hari saya melihat posting-posting yang menggesa pelaku pembunuhan Arwah Adib di bawa ke muka pengadilan. Kini ketika zaman PN, nama Adib pun saya tidak dengar. Saya tinjau juga beberapa akaun Facebook mereka yang tegar mengangkat isu Adib ini mana tahu mereka masih konsisten mengulas isu ini. Namun, saya tidak jumpa pula posting mereka selain posting kuih raya dan update kes Covid-19. Kenapa ya?

4. Isu pendidikan seperti tulisan jawi dan UEC adalah isu yang menjadi tumpuan dalam kerajaan PH. Kerajaan PH didakwa tunduk dengan isu tulisan jawi kepada parti DAP. Selain itu, Kerajaan PH akan melaksanakan UEC atas desakan DAP. Sekarang, isu tulisan jawi sudah tidak kedengaran dan UEC juga sudah senyap.

5. Dahulu isu RUU 355 adalah antara isu yang utama dibangkitkan. Mereka bertanya bilakah RUU 355 akan dilaksanakan oleh kerajaan PH? Kini saya tidak tahu mengapa. Langsung tidak kedengaran isu RUU 355 dibangkitkan oleh mereka yang menjadi ‘pejuang’ sebelum ini. Saya terfikir juga apakah sebab isu ini tidak lagi dibangkitkan.

Persoalan-persoalan ini sudah lama berada di dalam minda saya. Namun hari ini saya baru ingin menulis dan bertanya. Ada sesiapa yang boleh menjawabnya?

Mohd Izzuddin Bin Nazaruddin
Damansara
30 Mei 2020


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Mrk cuma PERGUNAKAN isu melibatkan race and religion(melayu dan islam) utk menakut2kan orang melayu supaya sokong mrk utk mendapatkan kuasa. Bila dah dapat kuasa, apa nak diperjuangkan lagi.

    Kan muhyiddin dah kata dlm satu rakaman audio Bersatu.TV : "Kalau ada orang tanya kita jawab demi melayu islam dan semuanya salah DAP"
    Mudah betul nak tipu melayu kan?

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.