Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, June 1, 2020

Kerajaan PH Dijatuhkan krn Dr.M Halang Eksport Pasir?

Berikut adalah maklumat yang Tulang Besi terima:

1) Zaman hari ini, pasir adalah komoditi yang sangat berharga malahan ianya lebih berharga dari emas dan perak. Buktinya, emas dan perak sudah tidak perlu di beli di pasaran gelap dunia tetapi pasir dibeli oleh pembeli seluruh dunia melalui pasaran gelap. Begitulah berharga pasir sekarang ini kerana digunakan di sektor pembinaan seluruh dunia terutama di negara-negara maju.

2) Pasir yg mahal ini adalah dari pantai dan sungai. Adapun pasir dari padang pasir tidak sesuai digunakan utk pembinaan dan ianya tiada nilai. Atas sebab itu pasir dari Malaysia adalah antara termahal di dunia. Negara2 maju seperti Korea dan Jepun antara yang menjadi pengimport pasir terbesar dari Malaysia

3) Pada zaman sebelum PH, pasir dibenarkan dilombong dan dieksport dengan sebegitu bebas sekali. Pemegang-pemegang permit ini kaya raya dan mewah dengan penjualan pasir ini. Revenue beratus-ratus juta sebulan dan kaya raya. MAsuk dalam akaun pribadi kebanyaakkanya dan bukan pergi pada negeri pun.


4) Jadi apabila Dr Mahathir jadi Perdana Menteri ke 7, antara perkara yang paling besar dia buat adalah mengharam pengeksportan pasir dan pengambila keuntungan yang sebegitu banyak dari perlombongan pasir.


Ini kerana tahap eksploitasi pasir dah sampai ke tahap melampau.

Ia penuh dengan korupsi dan penipuan.



5) Maka, kesannya adalah apa yang kita lihat. Dr. Mahathir telah dijatuhkan dari jawatan Perdana Menteri dan tidak akan dilantik semula sampai bila-bila ke jawatan tersebut.


Namun, tindakan beliau itu harus dipuji oleh rakyat jelata kerana menjaga harta milik rakyat.

Tindakan beliau itu harus dipuji oleh setiap rakyat Malaysia tidak kira umur, ras, bangsa dan agama.

TULANG BESI


SIKAP
1 Jun 2020
1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.
2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.
3. Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.
4. Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.
5. Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.
6. Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin.
7. Okaylah – asal dapat nikmat.
8. Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?
9. Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.
10. Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?
11. Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah.
12. Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita – tak apakah?
13. Itu masa depan.
14. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu.
http://chedet.cc/?p=3076


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

5 comments:

  1. Seolah2 Tun sbg PM tak ada kuasa ambil tindakan? Boleh percaya ka? Khairuddin percaya kot.... ha ha ha

    ReplyDelete
  2. Mandat raykat ker mandat peribadi?
    Setakat pasir atok tak mainlah...
    Paling cikai...petron dan wang petronas..
    Ataupun tol proksi dan kroni...

    ReplyDelete
  3. Kalau mahdey jujur dia tak akan letak jwtn tanpa maklumkan majlis presiden.
    Desakan peralihan kuasa dan keinginan dia nak berkuasa 1 penggal punca utama.
    Setakat pasir sesuatu yg amat melucukan. Banyak lagi cara untuk mahdey dan anak2nya memperolehi kekayaan. Dlm tempoh 22bulan projek fiber optik yg diperolehi anaknya dah cukup 7 keturunan habuannya. Belum lagi projek pembekalan minyak oleh syarikat petron yg menggantikan petronas. Setakat berebut pasir adalah sesuatua yg amat melucukan sebagai alasan utk mahdey lepaskan jwtn.

    ReplyDelete
  4. Guan end telah menyalahguna kuasanya mengarah harta taikun yg dibekukan dibatalkan oleh peguam tommy tomato.
    Sprm terpaksa ikut perintah krn kuasa gone end mengatasi segalanya.

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.