Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Friday, September 11, 2020

PERPADUAN MELAYU UNTUK TERUSKAN AMALAN MEROMPAK PEMIMPIN-PEMIMPIN MELAYU

APA UNTUNGNYA MELAYU DUDUK BAWAH KERAJAAN MELAYU SELAMA INI PUN?

Dikhabarkan penubuhan Muafakat Nasional serta Perikatan Nasional adalah bertujuan untuk menyatukan orang Melayu dalam satu Barisan yang kukuh utk mengukuhkan penguasaan orang Melyu dalam politik Malaysia.

Tiga parti utama yang terlibat adalah parti2 Melayu UMNO, PAS dan BERSATU. Tujuannya adalah supaya orang Melayu dapat penguasaan dua pertiga di Parlimen dan menguasai kerajaan.

Soalnya sekarang adalah pernahkah sebelum ini orang Melayu berpecah?
Sedari pilihanraya pertama tahun 1955, UMNO dan Barisan Nasional (Atau Perikatan) telah menguasai 2/3 kerusi di Parlimen. 

Sepanjang masa itu, kalua ada pun pembangkang MElayu maka ia adalah PAS dan itupun PAS secara bersendirian tidak pernah mendapat lebih dari 30 kerusi Parlimen secara bersendirian. Negeri yang jatuh kepada PAS pun paling tinggi dua negeri yakni Kelantan dan Terengganu.

Semenjak 1955 orang-orang Melayu kukuh padu menguasai 2/3 Parlimen di bawah wadah UMNO di bawah kepimpinan Presiden2 dan Timbalan2 Presiden UMNO.

Soalnya sekarang apa yang untungnya orang Melayu sepanjanag masa ini?

Bukankah rompakan demi rompakan hasil mashul negara dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sewaktu mereka memerintah dengan sokongan padu orang Melayu ke atas mereka? 

Apa guna perpaduan kalua korupsi dan rompakan hasil mashul orang Melayu dilakukan dengan mudah oleh pemimpin-pemimpin orang Melayu?

Orang-orang Melayu berduyun duyun bekerja di Singapura setiap hari kerana upah gaji lebih banyak di sana berbanding di tanah pimpinan Melayu sendiri? 

Orang-orang Melayu sanggup berkelana ke Australia, Korea, New Zealand, Jepun dan sebagainya untuk menjadi pemetik buah dan pembersih longkang serta tandas kerana di negara sendiri pemimpin-pemimpin Melayu tidak hirau kadar upah gaji mereka yang rendah dan tidak cukup itu.

Apakah yang penting pada orang-orang Melayu sebenarnya? Negara dipimpin bangsa sendiri tapi kekayaan dinikmati oleh pemimpin-pemimpin mereka manakala hidup orang-orang Melayu terus merempat sampai terpaksa pergi ke Singapura, Jepun, Korea, Australia untuk mencari wang?

Itukah nilai Ketuanan Melayu yang ada sekarang ini?

Mantan Presiden UMNO telah didapati bersalah menyonglap wang rakyat berbillion-billion jumlahnya. Wang Tabung Haji ranap, ada yang mati harta mereka berjumlah berbillion-billion.

Pada waktu yang sama majoriti orang Melayu hanya cukup-cukup makan ataupun hidup dalam lautan hutang yang tidak pernah surut.

Pemimpin-pemimpin Melayu kekal memerintah dengan menakutkan orang Melayu kononnya Cina nak ambik pemerintahan tapi pada waktu yang sama mereka buat "deal" dengan tauke mengkayakan diri mereka sendiri serta anak beranak.  (Baca Jho Low)

Orang Melayu bawah bawah ni setakat makan dedak je la. 

Melayu kena pilih: Kerajaan yang sedikit kurang Melayu tapi bersih atau kerajaan Melayu tapi kotor dan merompak serta menjual agama?

*TULANG BESI*

https://www.facebook.com/TulangBesi2/posts/10158920062849388  

  www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

4 comments:

  1. Amat bersetuju dengan tulisan anda, golongan Melayu yang sanggup diperbodohkan ini tidak diketahui akan wujud sampai bila... sampai bila nak jadi warga subsidi, warga yang melopong mulut bila disajikan dengan bab2 hiburan, bab mat rempit, bab penagih dadah, dan lain2 lagi... sampai bila ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan taksub sangat sehingga kapir nak dijadikan kalifah. Di sebalik gelaran kalifah...dia bina terowong ghaib yg hanya dpt digunakan oleh pentaksub menyelosori lautan....HEBAT!!!

      Delete
  2. Bagi peluang bangsa dapigs memerintah...habis harta negara dijual. Disokong pula oleh peeM7 yg pernah mrk kata sebagai penyamun besar yg ingin dipenjarakan jika phanceng memerintah. Hakikatnya penyamun besar itu dijadikan ketua mrk....ptuuihhhh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spt dikatakan dlm fb najib...sebuah syarikat glc dah jadi milik penuh syarikat dari penang. Adakah mrk kroni dapigs?

      Begitu juga syarikat cina yg menguasai semua ladang TH di sarawak. Kenapa dijual tanpa tender terbuka?

      Adakah situasinya...1 utk kau, 2 utk aku!!!!

      Jadi perompak sebenarnya adalah org yg suka menuduh org lain perompak....

      Delete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.