Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Saturday, May 8, 2021

Kerajaan Melayu PN Jual Harta Rakyat Pada Desmond Lim-Subang Airport


YB Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangan dia dengan cadangan pemberian konsesi kepada Desmond Lim untuk mengambil alih Lapangan Terbang Skypark Subang.

YB Salahuddin mendesak jangan gunakan darurat untuk menyerah aset2 milik rakyat kepada pihak swasta.

Yang hairannya, dahulu UMNO melalui Dato Najib, menuduh PH menjual aset rakyat kepada swasta. Nampak gayanya kerajaan PN, yg disokong oleh UMNO, juga melakukan perkara yang sama.



Subang airport schematics. – File pic, May 6, 2021


Laporan The Vibes menyatakan tindakan itu akan merugikan pihak kerajaan sebanyak RM11.9 billion dan juga akan melemahkan KLIA kerana konsensi baru ini akan mengambil banyak traffic dari KLIA ke Subang.

Apa pendirian UMNO yg sebelum ini mengutuk dan menista PH kerana dikatakan menjual aset rakyat kepada swasta.

Perkara sebegini tidak boleh dilakukan disebalik tabir. Ia mesti terdedah kepada rakyat dan rakyat Malaysia ada hak untuk tahu setiap butir cadangan konsessi ini.

PH jatuh kerana fitnah dan khianat. Pada hakikatnya kerajaan PH lah yang paling kuat mempertahankan hak rakyat Malaysia.

Kononnya kerajaan Melayu Islam ini tidak ada bezanya dengan tindakan kerajaan PH dahulu.















www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog ini
Jangan guna darurat untuk jual Lapangan Terbang Subang’ Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menggesa kerajaan agar tidak mengambil kesempatan atas darurat yang sedang dikuatkuasakan kini untuk menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah - atau lebih dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang. Memetik laporan daripada The Vibes, Salahuddin berkata terdapat usaha untuk “merampas” (hijack) lapangan terbang itu yang dikatakan akan menyebabkan kerugian kepada Khanazah Nasional Bhd (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Tolak runding terus. Buka Parlimen. Kita debat. Ini harta rakyat dan negara,” ciapnya di Twitter. Lapangan terbang itu, yang mula beroperasi pada 1965, kini menjadi pangkalan buat perkhidmatan pesawat turboprop Firefly dan Malindo Airlines. Ia kini dimiliki Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) dengan konsesi yang akan berakhir sehingga 2069. Setakat hujung 2020, Khazanah, KWSP dan Kumpulan Wang Persaraan (Kwap) mempunyai pegangan kolektif sebanyak 53 peratus dalam syarikat itu. Berdasarkan laporan The Vibes, Subang Skypark Sdn Bhd (Subang Skypark) yang dimiliki sepenuhnya oleh WCT Holdings Bhd (WCT Holdings), menghantar cadangan konsesi baru yang akan berakhir pada 2092. Pengerusi eksekutif Kumpulan WCT Holdings ialah Desmond Lim, yang dikenali sebagai pemaju gedung beli-belah Pavillion di Kuala Lumpur. Subang Skypark dilaporkan turut menghantar cadangan kepada Kementerian Pengangkutan untuk mengambil alih keseluruhan lapangan terbang itu dan memajukan tanah di sekitarnya. Laporan itu mendakwa Subang Skypark membayangkan lapangan terbang itu nanti akan memberikan fokus terhadap “penumpang perniagaan premium, menarik pasaran berbeza daripada penumpang KLIA”. Laporan itu mendakwa MAHB, bersama Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) - yang memiliki Firefly - menentang cadangan tersebut dan menghantar bantahan mereka kepada Kementerian Pengangkutan. Antara lain, kedua-dua syarikat itu berkata langkah tersebut akan mengancam pulangan pelaburan buat pemilik MAHB, dan hal itu, kata mereka, “pasti (akan) melibatkan wang awam” kerana syarikat harus membayar pampasan kepada pemegang bon. Kerugian itu, kata mereka bakal mencecah sehingga RM11.9 bilion berdasarkan konsesi lapangan terbang yang masih berbaki. Daripada meneruskan dengan cadangan Subang Skypark itu, MAHB dan MAG sebaliknya mencadangkan agar MAHB dibenarkan untuk meneruskan rancangan “pembangunan semula lapangan terbang Subang” atau "Subang airport regeneration plan". Rancangan itu yang dijangka siap akhir 2025, akan melihatkan pembinaan hangar, kilang-kilang, serta kemudahan penyelenggaraan, baik pulih dan operasi (MRO).
Share on whatsapp

No comments:

Post a Comment


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.