Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 5, 2021

Sejak Bila Mufti dan Ulama itu Maksum?

MUFTI WILAYAH DIKECAM HEBAT OLEH NETIZEN MELAYU

Ekoran fatwa Mufti Wilayah yang terbaru mengharamkan rentas negeri berdasarkan hadeeth2 Nabi SAW yg menyatakan tidak boleh keluar dari bandar yg didiami sekiranya berlaku wabak.

Rakyat Melayu Malaysia mengecam Mufti di media sosial kerana fatwa ini. Rata2 kecaman mereka berlegar sekitar perbezaan layanan antara dua darjat. Di satu segi rakyat Marhaen dihalang merentas negeri manakala di segi lain mereka yg dari kelas Elit Melayu bebas merentas dan pulang ke kampung halaman atau kemana sahaja.

Jadinya Mufti Wilayah dikecam kerana kalau hukumnya haram, maka ia terpakai kepada semua kelas orang Islam kerana hukum Islam itu tinggi dan terpakai kepada semua orang tidak kira darjat dan pangkat.

Lebih menjadi isu adalah Netizen mempersoalkan di mana fatwa Mufti Wilayah sewaktu PRN Sabah yang lepas? Mengapa tiada suara Mufti atau mana-mana Mufti mengharamkan rentas negeri sewaktu PRN Sabah dahulu yang menyebabkan "wave" kali kedua seluruh Malaysia

Untuk hujjah ini, Mufti Wilayah tampaknya berdiam diri tidak membalas.  Namun, timbul suara-suara dari parti penyembah ulama yang bangun mempertahankan pak Mufti. Antaranya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ir Khairil Nizam.

Kesanya, posting beliau itu juga dapat kecaman hebat dari warga Netizen Melayu di Malaysia. Hampir tiada respon positif langsung. Kasihan juga dilihat nya




MENGAPA MUFTI DIKECAM?

Tidak lain tidak bukan, Mufti Wilayah mengeluarkan fatwa tanpa berpijak di bumi yang nyata. Beliau tidak nampak ketidak saksamaan yang berlaku sepanjang perlaksanaan SOP yg hanya bertumpu kepada kaum marhaen manakala yang elit terlepas seerba serbi

Barangkali pak Mufti terlupa hadeeth ini dari Sahih Muslim:

"‏ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ وَايْمُ اللَّهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا ‏

Nabi SAW berucap kepada orang ramai:

" Wahai manusia, sesungguhnya telah binasa kaum yang terdahulu dari kamu kerana apabila yg tinggi darjat dari kaum itu melakukan kesalahan maka mereka terlepas manakala apabila yg daeef dan lemah melakukan kesalahan maka mereka dihukum. Demi Allah, sekira Fatimah bt Muhammad mencuri nescaya aku akan potong tangan nya"

TIADA JAMINAN DARI QURAN DAN SUNNAH BAHAWA MUFTI TERSELAMAT DARI KRITIKAN DAN TEGURAN SAMA SEKALI

Malang bagi pak Mufti. 

Nabi SAW tidak pernah mengeluarkan arahan kepada umatnya utk tidak mengkritik atau menegur para ulama mahupun solihin ataupun mufti dan qadhi.

Ini kerana aqidah Ahli Sunnah wal Athar mengajar kita hanya Nabi SAW sahaja yang maksum. Sesiapa sahaja boleh dikritik dan dibetulkan kecuali kata2 dari yang di dalam kubur ini ( spt kata Imam Malik sambil menunjuk kepada kubur Nabi SAW)

Janganlah kita tertipu dengan budaya PAS yang menjadikan ulama-ulama mereka seperti sembahan kerana tidak boleh langsung menegur dan membetulkan ulama-ulama mereka. (Sila rujuk hadeeth Adi bin Hatim dan maksud sembahan)

Maka, pak Mufti harus menerima teguran dan berhati hati lain kali hendak berkata-kata.

Dari peristiwa ini, mungkin perlu kita mengganti Mufti Wilayah yang ini kerana tidak nampak kewibawaan beliau di dalam membuat kenyataan berkaitan maslahat umum.

Syabas kepada rakyat Malaysia yang telah menegur Pak Mufti dan jangan takut melakukan dosa kerana tindakan anda itu benar dan betul mengikut syariat Islam.

TULANG BESI


"www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Share on whatsapp

1 comment:

  1. Bagaimana nak laksanakan hudud jika tak mampu berlaku adil spt yg dibayangkan oleh Rasulullah saw?

    ReplyDelete


ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.