Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, September 21, 2019

FB LIve Tulang Besi 22 September 2019







www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, September 20, 2019

Kesah Di Sebalik Ahli Perniagaan CIna yg Beri Rasuah Pada Tengku Adnan


Akhbar Freemalaysiatoday melaporkan







Kes ini menjadi amat rumit bagi Tengku Adnan kerana pemberi rasuah telah pun mengaku bersalah merasuah Tengku Adnan Tengku Mansor, mantan Menteri Wilayah dan SU UMNO serta Ahli Parliment Putrajaya yg sekarang.



Sebenarnya hubungan taukeh ini dgn Tengku Adnan bukan rahsia di kalangan kontraktor2 DBKL. Taukeh ini mendapat layanan istimewa setiap kali beliau melawat Bangunan DBKL. Diberitakan dari sumber Tulang Besi, Datuk Bandar sendiri akan menyambut beliau sekiranya beliau datang ke Bangunan DBKL.




Bukan sekadar taukeh ini tapi terdapat taukeh2 lain yang perlu didakwa dan dipenjarakan. Layanan  khas ini diberikan krn taukeh2 pemaju ini mampu memberi rasuah yg amat besar berbanding pemaju2 Melayu. Pemaju2 Melayu tak mampu memberi "kickback" yg sebegitu besar.


Hasilnya, projek2 besar DBKL hampir kesemuanya pergi pada taukeh, Orang Melayu hanya dapat angin. Duduk ternganga sambil melaungkan "Hidup Melayu. Mampus DAP"

Inilah dia manusia2 yg hendak dikembalikan kepada jawatan2 Kabinet dan Kepimpinan oleh Penyatuan UMNO-PAS?


 Pemimpin2 yg bakal menguntungkan Taukeh2 Cina dan kapir.  Laungan Melayu dan Islam cuma di bibir sahaja tidak pernah masuk ke dalam hati. Di dalam hati mereka cuma wang, wang dan wang. Agama dan Bangsa cuma alat mencapai wang yg haram tapi banyak.



Kesimpulannya, kes Tengku Adnan ini membuktikan bahawa Melayu tidak untung di bawah UMNO dan Barisan Nasional. Yg untung dan mendapat laba adalah taukeh2 MCA krn mereka mampu bayar rasuah yg besar dan mewah. Melayu2 kekal miskin dan papa kedana dibawah UMNO dan BN serta kepimpinan penyatuan ummah.

Haji Hadi Awang sendiri makan rasuah UMNO.

TULANG BESI






www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, September 19, 2019

HADI AWANG KE SARAWAK UTK PUJUK GPS SERTAI PENYATUAN UMMAH?

Sedar atau tidak, agenda Penyatuan Ummah atau Penyatuan Nasional agak lompong.

Ini kerana, di Sarawak tiada perwakilan Perpaduan Nasional kecuali PAS.

Dan PAS di Sarawak hanyalah parti picisan yg tidak dipandang walaupun dgn sebelah mata oleh rakyat Sarawak.

Maka terpaksa lah Hadi Awang mengadap Abang Johari bagi melamar GPS utk menyertai Penyatuan Ummah yg baru dirasmikan.


Malangnya, masih belum terdengar apa2 respon positif dari Abg Johari.

Lebih2 lagi Haji Hadi secara terbuka menyerang bangsa Cina di Sarawak.

Abang Johari serta parti2 di Sarawak pun takut dgn reputasi PAS yg dilihat ektreme dan radikal. Cara Haji Hadi bertindak amat tidak disukai oleh orang2 Sarawak.

Mereka maka di situlah akan menghalang GPS utk menyambut gayung yg dihantar oleh Penyatuan Nasional itu.

Begitu juga di Sabah di mana UMNO sudah hampir pupus. Rakyat Sabah membenci PAS walaupun PAS sudah ada di sana sekian lama. Maka, tanpa Sabah dan Sarawak, gagasan Penyatuan Ummah ini akan hanya kekal di Semenanjung.

Orang2 Semenanjung juga akan menilai semula sokongan mereka kepada Penyatuan Ummah kerana tanpa Sabah dan Sarawak mustahil Penyatuan Ummah boleh menang Putrajaya. Lebih2 lagi hanya sekitar 5 ke 10% sahaja orang bukan Islam akan mengundi Penyatuan Ummah.

Maka:

1) Tanpa Sabah dan Sarawak
2) Tanpa non Muslims
3) Tanpa Melayu Bandar


Penyatuan Ummah paling banyak boleh menang sekitar 60 kerusi Parlimen. Dalam keadaan mcm ni, penyatuan ummah dah jadi bahan lapuk lama sebelum PRU 15 depan.



Atas sebab itulah perkara pertama yg Hadi Awang buat selepas Penyatuan Ummah dirasmikan ialah pergi ke Sarawak.

Sokongan GPS adalah kritikal utk memastikan kesinambungan gagasan Penyatuan Ummah ini.

TULANG BESI







www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, September 18, 2019

TUDUHAN TUAN IBRAHIM MENAMPAKKAN KEJAHILAN YG BERAT


*TUAN IBRAHIM TAK FAHAM AGAMA KRISTIAN TAPI NAK TUDUH ORANG*

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dilaporkan berkata:




Hakikatnya, Kingdom of God ini adalah sama dgn ajaran Islam. Bukan ianya merujuk.kpd Negara kristian.

Dalam artikel terbaru, Tuan Ibrahim menuduh Steven Sim berkempen utk sebuah kerajaan Krsitian.

Ini kerana dlm satu forum, Steven Sim telah menggunakan perkataan2 "Kingdom of God" serta "Jesus Manifesto"

Malang sungguh Tuan Ibrahim tidak tahu langsung agama Kristian.

Dalam.agama Islam pun Tuan Ibrahim bikanlah seorang ulama memandangkan beliau tidak fasih berbahasa Arab.

Untuk pengetahuan Tuan Ibrahim, jika utk menegakkan negara Kristian, maka namanya adalah Christian Nation atau "Christian State".

Terma "Kingdom of God" atau "Kingdom of Heaven" tu tiada kena mengena dgn politik utk merebut kuasa dan menegakkan kerajaan Kristian.

Christian Nation atau Christian State yg pertama ditubuhkan adalah
kerajaan Armenia.

Adapun "Kingdom of Heaven" merujuk kpd Tuhan itu berkuasa di atas segala makhlukNya dan semua makhlukNya terletak di bawah kekuasaan Tuhan

Ia tiada kena mengena dgn kekuasaan politik atau menjadikan Malaysia Negara Kristian.

Konsep ini sama dgn konsep ULUHIYYAH di dalam Islam bahawa Allah SWT itu TINGGI DI ATAS ARASYNYA dan BERKUASA DI ATAS SEGALA MAKHLUKNYA.

Ini kerana setiap.Nabi2 dan Rasul2 yg diutus pasti akan mengajar umatnya bahawa Allah SWT itu tinggi dan berada di atas segala makhlukNya.

Atas sebab itu lah ulama.besar Tabit tabiin, Said bin Amir ad Dabghi berkata:

وَقَالَ سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ: الْجَهْمِيَّةُ شَرّ قَوْلًا مِنَ الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى، قَدِ اجْتَمَعَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى وَأَهْلُ الأَدْيَانِ أَنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى عَلَى الْعَرْشِ، وَقَالُوا هُمْ: لَيْسَ عَلَى الْعَرْشِ شَيْءٌ.

" Berkara Said bin Amir : Al Jahmiyya akidah mrk lebih buruk dari Yahudi dan Nasrani krn Yahudi, Nasrani dan agama2 lain sepakat baahawa Allah SWT berada di atas ArasyNyam Manakala Jahmiyyah berkata tiada siapa yg berada di atas Arasy"

Dgn kata lain Kingdom of God ini adalah ajaran yg sama di dalam Al Quran dan Sunnah krn ia warisan ajaran Nabi Musa dan Isa.

Nampak sangat.Tuan Ibrahim jahil dlm segala agama.

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, September 16, 2019

Ahli2 PAS Sukar Terima Penyatuan Ummah


*PENYATUAN UMMAH PAS_UMNO TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN YG HANGAT DARI PENYOKONG DAN PENDOKONG PAS*

Dari respon awal nampak gaya ramai juga ahli2 dan penyokong2 PAS yg menolak penyatuan ummah. Ini kerana mereka ini mengundi PAS pada tahun 2018 krn mereka benci UMNO dan mereka tidak percaya dgn Pakatan Harapan.

Kebencian mereka kepada UMNO masih belum hilang malahan mereka2 ini masih terus membenci UMNO.

Mereka2 ini juga tidak mengikuti sistem tarbiyyah PAS menyebabkan mereka tidak dicakup dgn kata2 ulama PAS.

Hasilnya Institut Darul Ehsan mendapati kadar sokongan kpd PAS sudah menurun lebih 50%.

Mengikut laporan Malaysiakini:
Kajian terbaru mendapati sokongan terhadap PAS merosot lapan peratus di Selangor, berbanding 15 peratus menjelang pilihan raya tahun lalu.


Melalui kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), parti Islam itu hanya berjaya mengekalkan sokongan di kalangan ahli-ahli tegar sahaja, namun tidak bermaksud penyokong terdahulu sudah beralih ke parti lain.

Kejatuhan ini menandakan lebih 50% yg dahulu menyokong PAS sudah tidak mahu lagi menyokong PAS.  Ertinya dari 100 orang yg mengundi PAS di Selangor pada tahun 2018, 50 orang sudah tidak mahu mengundi PAS lagi.

Faktor yg paling jelas terhadap penurunan sokongan kpd PAS ini adalah disebabkan pernyatuan PAS dengan UMNO. Ini adalah kerana semenjak PRU yg lepas, PAS tidak berbuat apa2 kecuali menjalankan projek penyatuan Ummah dgn UMNO ini.

Ertinya lama sebelum majlis Penyatuan Ummah semalam, pengundi2 PAS ramai yg telah kecewa dengan tindakan yg diambil oleh ulama2 PAS. Mereka seperti telah tertipu dan dipergunakan hanya utk menjayakan projek penyatuan Ummah yg mereka tidak pernah sokong.

Kesah benar dibawah dari blogger Azhar Ismail adalah salah satu bukti fizikal bahawa memang berlaku penolakan secara senyap di kalangan akar umbi PAS.

Pengundi2 PAS dalam PRU lepas mengundi PAS krn bencikan UMNO. Apabila PAS bekerja dgn UMNO, maka PAS sudah tidak releven bagi mereka lagi.

Ada kemungkinan besar Penyatuan Ummah ini akan merugikan PAS dan UMNO sekaligus,






Sekian

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Sunday, September 15, 2019

Piagam PAS-UMNO takut pada MCA dan MIC bukan dgn Allah SWT?


*PIAGAM PAS-UMNO TAKUT DGN MCA&MIC BUKAN DGN ALLAH?*

Sebuah Piagam telah dihasilkan hasil penyatuan Ummah antara PAS dgn UMNO semalam di PWTC.



Terdapat banyak isi kandungan Piagam tersebut,


Malangnya tidak sedikit pun isi kandungan piagam tersebut menyebut Negara Islam mahupun hudud. Jauh sekali RUU355.

Semua ucapan2 pemimpin dlm perhimpunan tersebut pun tak sebut langsung hudud dan negara Islam.

Tiada langsung sebutan berkenaan perlaksanaan hukum allah SWT di bumi MAlaysia.

Tak sebut pun pasal persembahan semula RUU355. 


Mengapa terjadi sedemikian?



Mungkin banyak spekulasi namun yg paling jelas faktornya adalah tidak lain dan tidak bukan UMNO dan juga PAS masih tunduk dan patuh kepada parti2 MCA dan MIC

Kesimpulannya:

1) Penyatuan PAS_UMNO ini bukan bertujuan utk melindungi Islam mahupun orang Melayu. Hanya sekadar mahu menaikkan pemimpin2 Melayu yg telah terbukti korup dan makan rasuah serta menjual agama



2) Apa2 sahaja perubahan kpada Islam dan hak orang Melayu sekiranya mereka memerintah pasti perlu mendapat restu dari MCA dan MIC sbg rakan komponen.


Orang Melayu dan Islam berhentilah dari tertipu buat kali kedua.

MCA dan MIC lebih perkauman berbanding DAP.

TULANG BESI





www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

KEDATANGAN KE PENYATUAN UMMAH BEGITU SURAM BERBANDING ICERD

Kedatangan terpaksa diangkut dgn bas
KEDATANGAN PERPADUAN UMMAH TAK SEBEGITU MEMBANGGAKAN KALAU DIBANDING DGN ICERD

Terpaksa angkut orang naik Bas. Itu pun tak melimpah keluar sampai ke jalan raya.

Kalau dibanding perhimpunan ICERD, kedatangan kali ni begitu muram.

Tidak ada limpahan manusia. Sekadar memenuhi Dewan Merdeka dan sedikit melimpah ke luar dewan.

Kedatangan ke Perhimpunan Agung UMNO jauh lebih ramai.

Hairan juga dgn perkembangan ini memandangkan mereka begitu yakin sekali

Lihat pula kedatangan ICERD. Kedatangan adalah secara sukarela dan jauh lebih ramai:

FAKTOR2 YG MUNGKIN MEMPENGARUHI KEDATANGAN

Mungkin faktor2 nya adalah:

1) Sekarang ini butiran kes 1MDB sudah pun keluar kpd umum. Berbanding perhimpunan ICERD di waktu itu masih belum keluar apa2 maklumat

2) Ahli2 UMNO sendiri ramai tidak datang. Yg banyak berangkut dgn bas cuma ahli2 PAS. Mungkin UMNO dah banyak hilang ahli kpd PH

3) Agenda perpaduan dgn UMNO tidak disenangi oleh sebahagian ahli2 PAS yg telah lama berjuang menentang UMNO.

4) Begitu juga sbahagian org UMNO memang tidak suka dgn PAS

5) IDE Selangor juga melaporkan sokongan kpd PAS sudah jatuh lebih 50%. Ertinya PAS sudah semakin terpinggir.

6) Juga himpunan membantah ICERD itu dihadiri juga oleh pengundi2 dan penyokong PH. ICERD itu protest yg tidak bersifat kepartian menyebabkan ramai mahu turun.

Sbb tu kedatangan pada perhimpunan kali ni amat rendah berbanding ICERD
kelmarin.


KESIMPULANNYA adalah perhimpunan ini bakal menjadi racun kpd UMNO dan PAS kerana yg diharapkan supaya kaum Melayu menyokong sepenuhnya tidak akan kesampaian. Tak sampai setahun selepas ICERD pun dah nampak kendur sambutan orang Melayu kpd PAS dan UMNO.

Ditambah dgn kajian IDE yg menamppakkan kejatuhan sokongan PAS lebih 50% dari PRU lepas.

Sekian

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Saturday, September 14, 2019

SETELAH 11 TAHUN: TULANG BESI BENAR. ULAMA2 PAS PENIPU

Pada hari Jumaat, Julai 18, 2008 Tulang Besi telah menyiarkan artikel bertajuk "Pendedahan Dalang yg Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional"

Ini adalah artikel pertama mendedahkan usaha BERPELUK DAN BERSATU dgn UMNO yg berlau dalam PAS.

Semenjak itu ulama2 PAS telah berkali2 menafikan maklumat ini.

Malahan, ulama2 PAS begitu takut dengan Tulang Besi sehinggakan mereka memfitnah Tulang Besi di hadapan sekelian ahli dan akitivis seluruh MAlaysia dari Perlis sehingga ke Sabah.

Dimomokkan Tulang Besi adalah pembawa fitnah dan artikel yg TUlang Besi tulis ini dijadikan bukti sikap memfitnah Tulang Besi.

Boleh dikatakan kesemua aktivis2 PAS termakan dgn kata2 nista dan durjana ulama2 PAS ini.

Namun, Allah SWT Maha Berkuasa.

Tulang Besi akhirnya terbukti benar dan tepat.

Segala yg didedahkan oleh TUlang Besi adalah benar dan sebenar benar nya dan tiada yang lebih benar.

Sikap pembohong dan penipu Haji Hadi Awang serta ulama2 mereka akhirnya terdedah juga sifat munafiq mereka.

Selama 11 tahun terus menerus Haji HAdi dan ulama2 PAS berbohong kepada ahli2 dan pengundi2 PAS akhirnya mereka tidak boleh tutup lagi bangkai yg selama ini mereka tutup.

Di Padang MAhsyar nanti TUlang Besi akan dapat menuntut pahala dan memberi dosa kepada ramai ulama2 PAS dan Tulang BEsi tidak akan memaafkan mereka walau sedikit kecuali mrk datang meminta maaf kpd TUlang Besi sebelum Tulang Besi mati.

Mrk patut bersyukur Allah SWT panjang kan nyawa Tulang Besi kelmarin krn pada logik akal, TUlang Besi sepatutnya dah gol.

Syukur kpd Maha Berkuasa Jallala Ismuhu.

Ulama2 PAS penipu. Tulang Besi benar.

DI bawah diturunkan artikel asal dari 11 tahun yg lampau

TULANG BESI


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pendedahan Dalang2 Yang Hendak Membawa PAS Masuk Barisan Nasional

This is an exposition by one of my internal PAS sources. I feel readers will need to know the real picture of the going-ons in PAS. I feel the readers should know that such story of PAS joining with UMNO has it's merits but it is the effort of a small portion of PAS leaders who are already on their way out. And they need to cut this deal to resurrect their dying career.

This is a letter from my source name Ahli PAS Dalaman and i feel it should be shared with everyone. However, the accuracy of this report is solely the responsibility of the writer, and not this blog. TQ

Artikel ini mengandungi pendedahan kepada dalang-dalang yang sekarang ini berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan masuk ke dalam BArisan Nasional.

UMNO telah membuat tawaran yang sangat menarik kepada PAS.

Tawaran tersebut adalah:
a. Jawatan Menteri Besar kepada PAS di Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
b. Jawatan exco kepada PAS di Terengganu, Pahang, Perlis dan Johor.
c. PAS akan mendapat kesemua kerusi yang dimenangi oleh PKR dan DAP untuk ditandingi dalam PRU ke 12 kelak.
d. PAS akan mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri ke 2
e. PAS akan diberikan 5 jawatan Menteri Kabinet penuh
f. Sejumlah jawatan Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen
g. Sejumlah jawatan Senator dan Ahli Majlis dalam GLC
h. Dan berbagai2 lagi tawaran yang dibuat.

Usaha untuk membawa PAS masuk Barisan Nasional adalah didalangi oleh dua jenis pimpinan dalam PAS:

a. Mereka yang sudah menghampiri zaman akhir hayat politik mereka dalam PAS
b. Mereka yang terlampau kepingin jawatan dalam PAS

Mereka yang sudah hamper jangkahayat politik mereka adalah:

1. Cikgu Mustafa Ali: Beliau adalah dalang no wahid dalam usaha ini. Oleh kerena jangkahayat politiknya sudah menghampiri noktah akhir, maka beliau perlu untuk melakukan sesuatu yang drastik
a. Beliau telah dijanjikan jawatan Senator seterusnya duduk semula dalam Kabinet sekiranya PAS bersetuju untuk masuk Barisan Nasional
b. Beliaulah yang menjadi “contact point” utama antara UMNO dan PAS dan beliau bertanggungjawab.
c. Malahan, Mustafa Ali adalah orang yang memulakan usaha berjumpa dengan UMNO bagi membincangkan kerjasama UMNO-PAS dan kemasukan PAS ke BN.
d. Beliau sekarang ini mengasak Presiden parti, Tuan Guru Haji Abdul Hadi bagi membolehkan Presiden parti menggerakkan PAS menyertai BN
e. Lihatlah betapa sukanya UMNO kepada Mustafa Ali sehingga UMNO sedia memberikan hak penerbitan Harakah dua kali seminggu hanya kerana Mustafa Ali dilihat sebagai “kawan” kepada UMNO
f. Hanya Mustafa Ali sahaja yang telah membawa Perhubungan Negeri pimpinan beliau berjumpa dengan Menteri Besar UMNO. Sedangkan Menteri Besar UMNO di Terengganu lebih zalim kepada PAS berbanding dengan DAP dan PKR. Jelas betapa rendahnya taraf Mustafa Ali sanggup menjual maruah beliau demi kepentingan politik pribadi beliau.

NOTA: Sewaktu artikel ini ditulis masih tidak diketahui kewujudan video yg melibatkan beliau itu.

2. Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman: Beliau juga sudah menghampiri zaman gelap beliau dan memerlukan satu kejutan usaha yang begitu kuat bagi menyelamatkan karier politik beliau.
a. Beliau sudah tidak ada apa2 lagi dalam PAS Kelantan dan dalam kerajaan Kelantan
b. Jawatan Ahli Parlimen ini hanya sekadar jawatan terakhir sebelum beliau bersara secara terus dari politik
c. Ini adalah peluang beliau untuk membuat “comeback” dlm politik kerana ada jawatan tertentu yang dijanjikan kepada beliau

3. Ustaz Harun Taib: Semenjak kekalahan beliau di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, beliau sudah semakin dilupakan. Beliau antara penyokong kuat idea ini berdasakan kepada hujjah "Akhafu Darurain".


Dan, antara mereka yang terlibat kerana kepingin jawatan adalah:

1. Dato Dr. Hasan Ali: Beliau sememangnya terlampau kepingin jawatan Menteri Besar Selangor.
a. Malahan semenjak malam pengisytiharan keputusan PRU ke 11 lagi, beliau sudahpun menghubungi Khir Toyo bagi tujuan untuk membina sebuah kerajaan campuran PAS-UMNO di peringkat Selangor.
b. Malangnya, usaha beliau gagal kerana Tuan Guru Presiden tidak bersetuju sama sekali
c. Selepas usaha pertama gagal, beliau secara berterusan meracuni pemikiran Presiden dengan membawa khabar-khabar yang tidak benar berkenaan kerajaan negeri Selangor.
d. Beliau cuba memberi gambaran kepada Tuan Guru Presiden kononnya kerajaan Negeri Selangor sedang dalam usaha untuk mengkhianati Melayu dan Islam. Sedangkan cerita2 beliau tidak lebih dari penipuan dan separuh benar.
e. Dato’ Hasan Ali masih menaruh harapan untuk menjadi Menteri Besar dan beliau tidak kesah kalau kerajaan Pakatan Rakyat jatuh.
f. Sedangkan kebanyakan polisi kerajaan Selangor ini adalah mirip kepada polisi kerajaan Kelantan dan polisi PAS.
g. Tuan Guru Presiden baru sahaja memberi temuramah dengan majalah Siasah yang mana Tuan Guru telah mengkritik kerajaan Selangor dengan begitu hebat berdasarkan maklumat salah yang diberikan oleh Dato Hasan Ali kepada beliau.

2. Ustaz Nasaruddin Mat Isa: Beliau semenjak dahulu senang diperngaruhi oleh Mustafa Ali. Kali ini, bukan sahaja Mustafa Ali mempengaruhi beliau, tetapi beliau juga telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri ke Dua.
a. Beliau adalah antara yang terlibat berjumpa dengan Najib Tun Razak di London padahal beliau telah dinasihatkan jangan berbuat demikian. (Tetapi perjumpaan ini dinafikan oleh Ustaz Nasa dan khabarnya beliau telah bersumpah.)
b. Ustaz Nasaruddin juga dilihat sentiasa bersama-sama dengan Ahli Parlimen UMNO semasa di Parlimen berbanding menghabiskan masa beliau bersama MP PAS atau PR.
c. Sewaktu Anwar dituduh meliwat dan ditangkap pun beliau masih diliat begitu mesra bersama-sama MP UMNO/BN berbanding dengan MP PR.
d. Ustaz Nasaruddin seharusnya faham bahawa beliau sedang dipergunakan oleh Mustafa Ali yang mana Mustafa Ali tidak pernah menghormati beliau sebagai pemimpin.

Nasib baiklah pimpinan Ikhwan telah menyatakan rasa tidak senang hati mereka terhadap cadangan puak2 ini untuk menyertai UMNO dan Barisan Nasional.

Juga, antara yang menentang cadangan ini adalah Mursyidul Am sendiri, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru amat tidak bersetuju dengan usaha ini kerana:

a. UMNO akan belot kepada PAS seperti yang mereka pernah lakukan dahulu. PAS adalah saingan kepada UMNO. Sekiranya UMNO sudah kembali gagah dan perkasa, apa perlu lagi UMNO kepada PAS. Dan, PAS kelak terpaksa dibersihkan oleh UMNO kerana PAS adalah saingan semula jadi UMNO

b. PAS juga akan mungkir janji kepada mereka yang memberi mandat kepada PAS, terutamanya orang bukan Islam yang telah mula berjinak dengan PAS. Sifat mungkir janji bukan sifat yang diajar oleh Islam

Saya amat yakin majoriti ahli PAS tidak bersetuju dengan tindakan drastik ini. Tindakan ini adalah satu tindakan yang tidak matang, begitu bersifat khianat dan juga bersifat mungkir janji kepada mereka yang mengundi kita.

Juga, UMNO itu sendiri tidak boleh dipercayai dan kekalahan mereka baru-baru ini adalah disebabkan sifat korup dan zalim mereka. Tiada apa yang PAS dapat capai sekiranya PAS mengikut kehendak UMNO selain dari mengekalkan sebuah rejim yang korup dan tidak berguna seperti UMNO.

PAS juga akan kehilangan kepercayaan orang bukan Islam buat selamanya sekiranya PAS mengkhianati kepercaayan mereka. Dan apabila PAS dikhianati oleh UMNO nanti, dimanakah PAS akan bergantung harap?

Hujjah Ustaz Nik Aziz itu amat benar. PAS telah pun dikhianati sekali, tiada jaminan yang PAS tidak akan dikhianati sekali lagi.

Marilah kita semua ahli PAS mengambil tindakan yang drastik bagi memastikan pimpinan kita tidak mengkhianati kepercayaan yang kelak akan merugikan PAS di masa hadapan.

PAS harus disedarkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang berpegang teguh dengan janji dan PAS tidak seharusnya memungkiri janji mereka.

Ahli PAS Dalaman
18/07/2008



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, July 22, 2019

MUSTAHIL ANWAR IBRAHIM YG HASILKAN VIDEO SEKS LUAR TABIIE


Penyokong2 Azmin Ali di alam maya hampir semuanya menunding jari kepada Anwar Ibrahim dgn menuduh bahawa Anwar Ibrahim adalah di belakang penghasilan video seks luar tabiie itu.



Sebagai contohnya akan Twitter @pecatfaekah yg sejak tahun 2010 lagi sudah menjadi suara tidak rasmi Azmin Ali membuat posting seperti di bawah:






Namun, sejak hari pertama video tersebut keluar, Tulang Besi telah tahu bahawa ianya bukan hasil kerja mana2 orang dalam PKR mahupun partai2 lain.


Mengapa?



Ini adalah kerana video tersebut dirakam dari dalam peti televisyen yg ada bilik hotel dimana kejadian berlaku. Peti2 television dlm Hotel di Sandakan tersebut adalah jenis LED. Ertinya ia nipis dan tidak mudah utk meletak kamera digital di dalamnya. Pendek kata, perlu ada orang yg berkepakaran tinggi serta terlatih utk melakukan rakaman tersebut.



Itu belum lagi dgn faktor perlunya kerjasama utk memastikan org yg dirakam itu masuk ke bilik yg dipasang kamera krn memandangkan kos utk kamera itu sahaja memakan ribuan ringgit maka ianya tidak boleh dipasang di semua bilik.


Juga, perlu kerjasama pihak hotel utk membenarkan pengintip masuk ke bilik2 utk dipasang dan diuji kamera2 tersebut.

Juga, perlu badan yg berkuasa utk mendapatkan rakaman CCTV dari pihak hotel yg bertaraf international dan 5 bintang itu. Bukan sebarangan orang boleh mendapat rakaman CCTV tersebut dan mesti ia seorang yg berkuasa. 



Ini kerana setiap hotel terutama yg bertaraf antarabangsa wajib memastikan privasi pelanggan mreka. Hotel mereka boleh bangkrap kalau didapati mrk menjual atau mendedahkan maklumat pribadi pelanggan mereka. Maka, dalam kes ini hampir pasti yg merakam ini adalah dari pihak yg mempunyai kuasa.



Juga, siasatan yg berjalan sekarang ini adalah atas tuduhan menyebar video dan bukannya menghasilkan video. Itu juga satu kepelikan memandangkan tiada siapa yg kesah bagaimana video tersebut disebarkan. Rakyat mahu tahu adakah video tersebut tulin dan kalau tulin adakah Menteri yg dituduh itu terlibat.

Kesimpulannya, mustahil video ini hasil kerja tangan Anwar Ibrahim atau pengikut2nya. Video ini terlalu sofistikated utk dihasilkan dan proses utk merakam juga amat komplek.

ADAKAH VIDEO INI DIPALSUKAN

Merujuk kpd Paul Walker yg mati mengejut sebelum tamat pengambaran F&F7. Pihak Columbia Pictures terpaksa berbelanja lebih USD 100juta semata2 utk menghasilkan rakaman palsu menggunakan teknologi CGI. Itupun, mereka telah menggunakan dua adik lelaki beliau sebagai "dummy" krn bentuk badan serta muka mrk menghampiri Paul Walker.

Tiada teknologi yg wujud zaman ini yg boleh menghasilkan video yg boleh menyerupai seseorang terutamanya video yg banyak bergerak dan beraksi.  





TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Friday, July 19, 2019

KENYATAAN IGP TU SEDIKIT PUN TIDAK MENGEJUTKAN

Tulang Besi dah duga pihak Polis Diraja Malaysia akan membersihkan Azmin Ali dari semua tuduhan.

Atas sebab itulah Azmin Ali tidak mengambil cuti sepanjang penyiasatan.

SUdah dijangka pihak Polis terpaksa menyebelahi Azmin Ali kerana Azmin adalah kerajaan. Dan yg membayar gaji Polis dan MCMC adalah kerajaan.

Di negara2 lain, Menteri2 yg disiasat akan mengambil cuti sepanjang penyiasatan utk memastikan penyiasatan tidak dipengaruhi oleh pihak yg memegang jawatan.

Tapi ini tidak berlaku di Malaysia dan lebih2 lagi dlm kerajaan Pakatan Harapan.

Sepatutnya Pakatan Harapan harus lebih baik dari UMNO dan Barisan Nasional.

Apa pun tidak terkejut keputusan dari IGP. Sedari awal lagi sudah nampak tiada kebebasan dan "independence" dalam penyiasatan kes ini.

PENGHINAAN KPD RAKYAT MALAYSIA

Rakyat cuma hendak tau video itu tulin atau tidak. Majoriti rakyat Malaysia sudah pun membuat keputusan siapa yg menjadi pelakon dlm video tersebut.

Maka ketulinan video telah pun diakui oleh IGP sendiri.


Tiada lagi keraguan berkenaan kesahihan video ini.

Mengatakan pihak kerajaan tidak dpt memastikan identiti pelakon video itu ertinya merendah2kan taraf pemikiran rakyat Malaysia keseluruhannya.

NAMA BAIK PAKATAN HARAPAN HANCUR

Perkara seperti ini hanya berlaku pada Kerajaan BArisan Nasional bukan Pakatan HArapan.

Tapi ia berlaku demi mempertahankan seorang yg tidak pernah mengiktiraf Pakatan Harapan pun selama ini.

Bila sudah susah begini nama baik Pakatan Harapan hendak dikotorkan demi seroang seperti ini.

Ini perkara yg sangat buruk sama sekali.


Sekian


TULANG BESI














www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Thursday, July 18, 2019

ANWAR WAJAR MINTA AZMIN ALI BERCUTI ATAU LETAK JAWATAN

Tiba2 Azmin Ali melenting. Tiba-tiba Azmin suruh Anwar melihat dirinya dalam cermin. Azmin Ali beranggapan Anwar sedang menyerang dia.

Isunya adalah Anwar Ibrahim menjawab soalan wartawan apakah nasib Azmin Ali sekiranya benar Azmin adalah Azmin Ali. Lantas Anwar menjawab kalau benar Azmin di dalam video itu maka dia harus letak jawatan. Kenyataan Anwar ini sekadar MENYATAKAN polisi parti yg tidak menyokong kepimpinan yg mengamalkan hidup di luar tabii. Kalau Anwar Ibrahim menyatakan sokongan nescaya PKR akan dilihat sebagai parti yg pro kpd agenda LGBT. Sudah tentu PKR akan hilang banyak undi terutama dari pengundi2 Melayu.

Anwar Ibrahim tidak perlu pun menjatuhkan Azmin Ali kerana Anwar sudah pun hampir pasti menjadi Perdana Menteri ke lapan. Lihatlah gambarajah di bawah berkaitan dgn kajian IDE yg menyatakan Anwar Ibrahim adalah calon yang terbaik.



Makanya kenyataan Anwar Ibrahim tidak lebih dari pernyataan polisi PKR semata mata


Sekian

TULANG BESI


www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Wednesday, July 10, 2019

AZMIN ALI NI MENTERI PAS KE ATAU MENTERI PH?

Begitu galak sungguh Azmin Ali turun naik ke Kelantan dan Terengganu dan mengisytiharkan projek2 mega di Kelatan.


Kelmarin disiytiharkan projek di Terengganu berjumlah berjuta2.


Azmin Ali dilaporkan berkata:

Selepas itu Azmin boleh pula dgn bangganya isytihar projek:


Sebelum ini perkara yg sama dilakukan di Terengganu.


Soalnya sekarang, Azmin ni Menteri PH atau Menteri PAS? Hasilnya, ramai dah nampak Azmin Ali ni lebih PAS berbanding PKR atau PH. Di bawah ni salah satu komen yg Tulang Besi ambil dari FB.







BILA KALI TERAKHIR AZMIN ISYITHAR PROJEK DI NEGERi2 PH?


Adakah negeri2 lain yg diperintah Pakatan Harapan tidak mmerlukan projek Kerajaan Pusat? Bila kali terakhir Azmin Ali turun ke N9 dan isytihar projek mega spt di Kelantan?


Adakah Azmin ini Mneteri PH atau Menteri PAS?

Sebegitu berbangga menyerahkan royalti kpd Kelantan dan Terengganu.

Konon alasan memenuhi janji digunakan padahalnya banyak lagi janji lain yg jauh lebih penting yg masih belum dipenuhi.

Janji beri royalti ini tidak dituntut oleh rakyat Malaysia pun. HAnya lebai2 sahaja yg tuntut. Tapi yg ini yg Azmin begitu bersemangat sekali utk penuhi.

Harap pemimpin2 PH lain mengambil perhatian serius dalam hal ini.

Azmin Ali tidak pernah mengiktiraf Pakatan HArapan. Beliau antara yg paling kuat menentang penubuhan PAkatan HArapan. Beliau hampir tiada jasa kpd kemenangan PH

Skrg ini dia pula hendak berlagak lebih kuah dari sudu.

Sepatutnya dia ambil cuti kerana kes video homoseks beliau masih berjalan dan masih dalam siasatan.

Bukannya dia pergi ke Kelantan dan berbangga memberi projek pada Kelantan sementara kerajaan2 Ngeri PH yg lain dianak tirikan.

Sekian

TULANG BESI




www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp

Monday, July 8, 2019

MAJORITI RAKYAT PERCAYA VIDEO SEKS SEJENIS ADALAH ASLI!!!


Kalau dibaca komen2 dlm semua portal2 berita di bawah tajuk video seks sejenis ini, hampir.keseluruhan komen mengiyekan Azmin Ali adalah watak dlm video tersebut.

Kesan dari teknologi komunikasi zaman moden, masing2 rakyat sudah ada video tetsebut dlm tangan mereka sendiri dan boleh membuat keputusan sendiri.

Apa pun keputusan penyiasatan polis, rasanya rakyat Malaysia sudah pun jatuh hukum.ke atas Azmin Ali lebih2 lagi keluar laporan bahawa video ini adalah tulin dah tidak diubah.

Ini bererti kalau PH terus mempertahankan Azmin ali dan tidak merehatkan beliau, persepsi rakyat dan pengundi kpd PH itu sendiri akan menjadi lebih buruk.

PH akan dilihat sebagai parti yg menyokong amalan seks sejenis.

Lebih2 lagi Azmin Ali sendiri telah berbohong kononnya beliau tidak kenal Haziq tapi rupanya sering men"tag" Haziq dlm Tiwtter.

Ditambah dgn Azmin mewakilkan Hilman utk membuat laporan polis sedangkan sepatutnya Azmin sendiri yg melakukannya.

Ditambah lagi dgn Azmin tidak.mahu mengambil apa tindakan undang2 terhadap Haziq yg terang2 nengaku melakukan hubungan sejenis dgn Azmin.

Tulang Besi menyokong tindakan demonstran2 baru ini yg meminta Azmin Ali dipecat dari Kabinet.

Tidak akan berlaku demonstrasi kalau rakyat secara umumnya tidak yakin dgn apa yg mereka saksikan dlm video ini.

Manusia lebih percaya apa.yg mereka lihat dan dengar sendiri berbanding apa yg mereka dengar dari mulut orang.

Atas sebab ini, Azmin mustahil dpt memadamkan persepsi.negatif ini dari beliau dan akan terus terpalit dgn imej sbg seorang homoseks tegar.

Azmin Ali tidak pernah menyokong dan mendokong idea kewujudan Pakatan Harapan. Amat tidak adil kalau Pakatan Harapan terpaksa mengorbankan maruah, sokongan dan harga diri utk membela Azmin Ali.

TULANG BESI



www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Read more!(Selanjutnya)
Share on whatsapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.