Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, July 24, 2008

Apabila Timbalan Presiden PAS Bercakap Laksana Seorang Ahli UMNO

Di dalam interview beliau dgn Karim Raslan, beliau ditanya berkenaan Anwar Ibrahim. Beliau menjawab:

“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”

Hati saya hancur sehancur-hancurnya. Bagaimana seorang Timbalan Presiden PAS boleh mengeluarkan kata-kata yang begitu rendah tarafnya. Di saat tidak lebih dari 6% rakyat Malaysia mempercayai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS mengambil sikap yang benar2 mengecewakan.

Di dalam interview beliau dgn Karim Raslan, beliau ditanya berkenaan Anwar Ibrahim. Beliau menjawab:

“I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

“Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”

Jawapan Timbalan Presiden PAS ini tidak jauh bezanya dengan komen2 yang kita baca dalam blog UMNO. Malahan komen Lim Kit Siang, seorang yang bukan Islam, lebih baik dan berfakta dari jawapan ini.

Seharusnya sebagai seorang TImbalan Presiden sebuah parti Islam, mesti jelas bahawa tuduhan ini harus dibicarakan di mahkamah Syariah di bawah hukum Qazaf. Islam wajib berada di atas segala-gala nya terutamanya permainan politik.

Cerita sebenarnya adalah “fraksi UMNO” di dalam PAS telah diberitahu oleh UMNO bahawa mereka telah menjumpai kesan-kesan air mani di dalam dubur Saiful. Oleh kerana fraksi UMNO yang diketuai oleh Mustafa Ali ini sudah terlampau kemaruk dengan pangkat dan darjat, mereka telah mempercayai cerita Pak Lah dan UMNO ini bulat-bulat.

Saya telah dedahkan taktik UMNO ini dalam artikel saya “More Rumors On Anwar Saga” di mana saya berkata:

“1.0 UMNO people more than convinced that the police have found traces of Anwar’s sperm in Saiful Bukhari’s “anus”. They say, the evidence that the police have on Anwar will put this story to rest for ever. And they also believe, with this evidence, the UMNO people in KeAdilan will come back to UMNO in masses.”

Pemimpin-pemimpin PAS Fraksi UMNO ini termakan dengan penipuan UMNO bulat bulat. Kalau Fraksi UMNO ini tidak jahat pun mereka harus dibuang ke Laut China Selatan oleh perwakilan PAS atas dasar kebodohan mereka.

Saudara semua bayangkan, sehingga hari ini, TIDAK ADA SEBARANG ziarah yang dilakukan oleh Tuan Guru PResiden ke atas Anwar Ibrahim untuk menyatakan sokongan dan simpati terhadap fitnah yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim.

Sekiranya Tuan Guru Presiden benar2 berpegang dengan Islam mengapa Tuan Guru Presiden sanggup menelan fitnah ini bulat-bulat? DI mana akhlak Islami Tuan Guru Presiden PAS?

Tak payah ceritalah pasal calon Timbalan Perdana Menteri kita, Ustaz NAsaruddin Mat Isa. Langsung tiada telefon atau ziarah menyatakan simpati kepada Anwar Ibrahim. Mereka telah sampai ke tahap yang mereka sudah 100% yakin Anwar Ibrahim itu bersalah.

Kemuncak kebongkakan Timbalan Presiden PAS adalah ditunjukkan dalam interview dengan Karim Raslan ini.

Jelas Timbalan Presiden PAS ini telah dijangkiti penyakit “Hubub Dunia” dan beliau sudah tidak dapat membezakan kebenaran dengan kebathilan. Beliau sudah hilang iman beliau.

Saya juga kesal kerana akibat tindakan “fraksi UMNO” ini, mereka telah berjaya membuat Tuan Guru Presiden menipu kepada rakyat. Lihat sahaja kenyataan Tuan Guru Presiden di Harakahdaily yang bertajuk “Isu kerjasama PAS dan Umno” pada 28 Jun 2008..

Saya petik:

“PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.

Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa lima buah negeri di bawah Pakatan Rakyat. “

Kata orang tua-tua, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Fraksi UMNO di dalam PAS begitu jijik dan keji konspirasi mereka sehigga mereka telah berjaya mendorong Tuan Guru Presiden menipu.

Ustaz Nasa juga secara terus terang menolak PAkatan Rakyat apabila beliau berkata:

“Nobody can deny this. There are problems at both state and federal levels. Pakatan must get its house in order and consolidate its position.”

When asked how this can be achieved, he answers: “The level of communication among ourselves isn’t up to standard. This is because everyone is busy. We need to increase the regularity and frequency of communication.

“We are still to a large degree polarised (Malays, Indians and Chinese) and are still finding it difficult to overcome these differences which remain at the core between the different Pakatan members.”

Sekiranya Pakatan Rakyat tidak kemas, ia adalah tanggungjawab Timbalan Presiden PAS untuk mengemaskannya. Bukan komplen dan tdak berbuat apa2.

Kenyataan di atas adalah umpama meludah ke langit oleh Nasa. Tapi hakikatnya sewaktu temuramah ini dibuat, beliau sudah tidak lagi berfikir dalam lingkungan Pakatan Rakyat lagi.

Beliau sudah pun berfikir sebagai seorang UMNO.

Saya menyeru kepada semua ahli PAS untuk membuang semua unsur UMNO dalam PAS bermula dari Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Tulang Besi

More Expose' Can Be Read Here at Muzakarah: Another Perspective

.
Share on whatsapp

49 comments:

  1. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kadang lembu menguak. Ustaz ini belum masuk lagi umno sudah mula menunjukkan keperibadian pemimpin umno. Lupa akan dia kopiah di kepala. Ilmu yg diamal entah kemana. Kalaulah dia benar-benar masuk, mungkin lagi teruk dari Ezam. Mahathir pun respect kat dia ini.

    ReplyDelete
  2. UztazMelayuNazaOoo..tolonglah pertahankan keimanan tanpa perlu mengambil contoh pimpinan yang sudah-sudah....menjadi anai-anai dalam gerakan Islamiah..meruntuhkan tiang-tiang ketaatan kepada PAS....kerana ahli-ahli PAS celik menghidu bayang-bayang UMNO dalam PAS...Kita sudah meluat dengan taktik menjaja nama melayu dalam mengekalkan kuasa dan akhirnya mengenepikan keIslaman..semuga Allah membuka hati-hati pimpinan PAS supaya kekal dengan akidah perjuangan yang membuahkan hasil di akhirat..InsyaAllah

    ReplyDelete
  3. teruk dari wahhabiJuly 24, 2008 at 7:50 PM

    Apabila Ustadz gila pangkat, jawatankereta mewah, kontrak2, projek2 ini lah jadi nya.

    Ulama Tulen tidak cenderung hal hal sperti ini, mereka menghabiskan masa berfikir dna kaji Kitab kita lama tulis Ulama Muktabar yang sebleum mereka.

    Orang2 ini hanya peringkat Ustadz untuk mengajar mengaji di surau2, baca doa2, tahlil2, dan sembhayang jenazah, hajat. Cukup.

    Itu sebab masa lapang mereka asyik berPolitik untuk mencari jawatan, kuasa, kontrak2, projek2 , kereta mewah, rumah bangalow.

    Suruh mereka masuk UMNO sahaja lah. Ada nampak ada gaya sikit untuk UMNO , dengan jubah dan serban mereka.

    Lepas itu laung lah dengan kuat2 Ketuanan Melayu sambil menampakkan kewarakan.

    Superficial Ustadz.

    ReplyDelete
  4. Phordah Ustaz.

    you r no different to Mashitah

    ReplyDelete
  5. Hadi, Mustafa Ali & Nasa penganut baru Islam Hadhari, kalau kemaruk sangat nak jadi PM 2 & tawaran lain dr UMNO kau bertiga je yang masuk UMNO, jgn nak perasan PRU12 kalu x de undi cina & india, no. 1 yg paling aku benci adalah UMNO, no. 2 Yahudi

    ReplyDelete
  6. dont worry apabila RPK "show hand" all bukti di court some around at August date.. i forgot.. sorry..
    Suma orang akan tau yang saiful tu pi rumah Najib untuk berbincang macam mana nak bunuh karier politik Anwar mengunakan tuduhan so-do-mi! Ada PITA RAKAMAN O sebagai bukti oh....! sia tak susah... Cos i trust Anwar and RPK !!

    ReplyDelete
  7. Saya sokong usaha en tulang memfitnah pimpinan pas, dengan ini akan memecahbelahkan pas dan melemahkan semangat pejuang islam. Semoga usaha en tulang dibalas diakhirat kelak.
    Mereka ni dah lama berjuang dalam jemaah islam menentang kebatilan. Masa tu mungkin en tulang kecil lagi. Sekarang inilah masanya en tulang boleh melepaskan geram en tulang yg sedang bersemangat tinggi terutama selepas menang lima negeri dlm pru yg lepas. Sebelum ni tak ada semangat sebab asyik kalah saja. Bila en tulang ikut serta, barulah kalah bn/umno. Terrorla en tulang. Tahniah.

    azman.

    ReplyDelete
  8. saya fikir, ini gejala tiada pencerahan berfikir dalam PAS, dan ia bukan mewakili seluruh pandangan PAS.

    fanatikus PAS sejak dulu 'kurang berfikir' tentang falsafah politik yg mereka pegang. mereka mungkin hanya menggariskan 'al-quran dan as-sunnah' sekadar copy cat untuk keperluan..

    ReplyDelete
  9. masyuk pun baik punya..post besar
    dalam glc lagi..dulu bergetar-geta
    r cakap al fulus fiddunya wal ma
    mpus filakhirah..sekarang ni bil
    a semua dah di hidang depan mata
    kelabu nampak samar-samar..lepas t
    u sibuk pulak nak menyondol panta
    t artis..Haramjadah!Hidup Melayu!
    Sondol!Sondol!Ptui!

    ReplyDelete
  10. muzakarah? muqabalah? to a non-muslim, it all sounds the same to me. lucky 4 pas, i take time to visit pas pusat website. how about others? think got time ah?

    tok guru has made too much of a concession to those umno members in pas. listen tulang besi, as far most of non-muslims are concerned, tok guru should just have said, in case of umno, SOCIAL CHATS ONLY AND IN PUBLIC VIEW.

    i got a card from a pas member, it says PAS UNTUK SEMUA. now the printer must have got it wrong coz now it seems to be more of PAS UNTUK SEMUA (MELAYU SAJA). so, pls tell me, is pas for semua or is pas for malays first and foremost? pls be frank so we non-muslims can vote accordingly come PRU13. no need for pas to explain or apologise. so simple.

    remember, dap is too small to make an impact if they talk cock with mca or gerakan. but not pas. so, if PAS UNTUK SEMUA is true, then just say NO 2 UMNO. otherwise pas pls close shop and all join umno and stop giving us heartburns. thank you.

    ReplyDelete
  11. Apakah issue Agama yang nak dibincangkan antara PAS dan UMNO sedangkan Rakyat jelata tau UMNO tu Syaitan!
    Hentikanlah segala perbincangan dgn Syaitan.
    Siapa yg minat berbincang dgn Syaitan, keluarlah dari PAS dulu.

    ReplyDelete
  12. Sound like Pas Leaders also look for any opportunity to be UMNO dog.....

    I think UMNO make a good offer to them.

    ReplyDelete
  13. UMNO Muhammad Muhd Taib berkata UMNO PAS 'muzakarah' tetapi ia akan dihadkan kepada isu-isu mengenai Islam.
    Islam? Kalau nak cakap pasal Islam, hentikanlah segala fitnah terhadap DSAI!
    Walaupun saya orang cinam, saya pun tahu Islam tidak ajar orang membuat Fitnah!

    ReplyDelete
  14. Pemimpin PAS semuanya Melayu,tetapi Islamnya tidak seperti Islamnya Melayu UMNO.Payah sekali kita menerima bulat-bulat akan cerita yang disaji oleh tulang besi ini.Zaman sekarang ramai yang mudah menabur fitnah.Lebih-lebih lagi dalam senario politik sekarang.Orang PAS tidak semudah itu mencurigai pemimpin sendiri.Sebagai manusia biasa pemimpin PAS tidak mungkin maksum,tetapi akalbudinya tidak segoyah itu.Berwaspadalah dengan cerita-cerita dari tukang-tukang karut ini.Tak mungkin PAS mahu bersama UMNO yang sedang nazak sekarang.Nau'zubillah.Sekadar discourse agama itu,biasalah.

    ReplyDelete
  15. Sudah sampai masanya kepimpinan PAS mesti berpindah dari Trengganu ke negeri lain.Sekarang ni terlalu ramai berada di negeri itu.Presiden,Ketua Ulamak,Pengarah Pilihan raya jawatan yg tertinggi.Namun hasilnya tak ada.
    Gagal mengambil alih negeri. Gagal mempertahankan pemerintahan satu penggal kerana kelemahan dalam mentabdir.PAS memerlukan pembaharuan.

    ReplyDelete
  16. .

    Can you find out if he was involved and collaborated with unmo in the framing of the “sodomy” accusation against AI?

    The sodomy accusation and the talks btw pas and unmo is no coincidence. It was made in such that it was to coincide and that would make it a reasonable reasons for pas to withdraw from PKR and join bn.

    Pas has better come clear on this as the people who supported them have the right to know.

    People should be aware of the “SNAKE” pas has been exhibiting recently unless publicly debunk.

    .

    ReplyDelete
  17. jgn percaya sgt dengan tulisan karim raslan ni, ada keraguan mungkin untuk memecah belahkan PR, pastikan adakah benar ianya keluar dari mulut ustaz naza sendiri? waallahualam bisawab.

    ReplyDelete
  18. Kalau BETUL apa yang ditulis...maka tak lamalah "hayat" Pas dalam hati sanubari majoriti rakyat Malaysia. Tunggu PRU akan datang...

    ReplyDelete
  19. I agree on the facts that Ustaz Nasaruddin shouldn't have said what he said about Anwar's credibility. Cara dia memberi komen tu seolah-olah nak memenangi hati puak2 umno ni saja. Saya juga cukup tak puas hati dengan cara beliau berbohong bila menidakkan pertemuan yang berlaku diantara PAS dan umno lahanat tu. Begitu juga dengan Tuan Guru Hj Hadi... mengapa mesti berbohong. Sekali kamu berbohong, it's going to be difficult for you to gain our trust again. So disappointed with PAS current top brass 'cept for Tuan Guru Nik Aziz yang tetap tahu kemana arah tuju parti yang sebenar.

    Ahli PAS, Shah Alam

    ReplyDelete
  20. Pas, mana kejujuran dan integriti kamu terhadap rakyat yang mengundi kamu? Sungguh mengecewakan. PR mesti BERPADU untuk menumbangkan BN.

    ReplyDelete
  21. Justifications to Answers on Jeyklls and Hydes Question 17.
    Justifikasi kepada Jawapan atas Soalan 17 Jeykll dan Hyde.

    17. The next PM of Malaysia will follow R.A.H.M.A.N theory. (Fact).
    17. Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya akan mengikuti teori R.A.H.M.A.N (Fakta).

    Quatrain 17

    In the month of summer games
    When leaders are chosen and thrown away
    Man starts to think again
    Power, Gold and Glory to gain

    Problems to glory are but hindrances
    To be solve is such a simple game
    Sleeping partner is to be cast away
    Expendable are those as such before

    http://Patek1472.wordpress.com

    ReplyDelete
  22. bayangkan masa depan kita berada di tangan pemimpin yang tidak jujur dan tidak ikhlas ... LAWAN !!!

    TOLAK PEMIMPIN YANG BUTA HATI !!
    nyatakan pada mereka , rakyat berkuasa ..

    kepada pemuda PAS - dari sibuk nak jadi POLIS MORAL - jaga MORAL pemimpin PAS dulu ... dan MORAL rakyat adalah tanggungjawab rakyat itu sendiri ...

    bodoh dan bodoh !!!

    17. Perdana Menteri Malaysia yang berikutnya akan mengikuti teori R.A.H.M.A.N (Fakta).

    ramai yang dah tahu pasal teori ni tapi PM pertama abdul rahman

    A bukan R ?? dan Abdul Razak ?
    kenapa tak pakai Razak ... R bukan A ... dan satu lagi mungkin teori ini hanya satu teori politik -

    kalau N -
    najib
    nik aziz
    nurul izzah
    nasaruddin

    boleh juga anwar jadi nuwar aje

    ReplyDelete
  23. Saya merujuk kepada artikel Tulang Besi di yang secara terang-terang nampaknya memang nak menghapuskan Ust Nasarudin daripada PAS. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Timbalan Presiden PAS ni sangat jijik dan berbaur fitnah, penuh dengan prasangka buruk dan semberono...

    Pernyataan dan ulasan Tulang Besi yang mengatakan bahawa Ust Nasa adalah fraksi UMNO sebenarnya menelanjangkan diri Tulang Besi yang sebenarnya iaitu samada memang Tulang Besi ahli UMNO yang ditugaskan untuk memecahbelahkan PAS, atau seorang rakyat biasa, yang tak pernah kenal PAS, atau ahli PAS yang mungkin dah lama, tapi buta hati dan jiwa tentang perjuangan PAS...mungkin Tulang Besi merupakan ahli PAS yang tergolong diantara orang-orang yang 'terpilih' untuk mempunyai saham memusnahkan kepimpinan Islam PAS dari dalam demi kepentingan diri atau individu lain yang tidak ikhlas dalam perjuangan...

    Fitnah-fitnah yang berleluasa terhadap pimpinan PAS seperti Ust Nasa, Mustafa Ali, Dato Hasan Ali ekoran dari isu muzakarah yang diselewengkan maksudnya nampaknya telah menjadi penanda aras bahawa jentera perang saraf UMNO masih hebat dalam memecah belahkan Pakatan Rakyat khusunya PAS. Tiada siapa baik dari kalangan ahli mahupun pimpinan PAS mahu menyertai UMNO BN. Perkara ini telah diulangkali banyak kali oleh TG Hadi, TG Nik Aziz dan lain-lain pimpinan, tapi nampaknya blogger-blogger seperti Tulang Besi nampaknya terlalu benak untuk menerima kenyataan yang sebenarnya. Kenapa susah sangat nak percaya cakap pimpinan? Adakah Presiden PAS terlalu bodoh sehingga tahap tertipu dengan permainan Ust Nasa? Orang warak macam TG Hadi saya yakin bertindak atas petunjuk Allah....yakin sebab itu janji Allah. Allah akan sentiasa memelihara dan melindungi orang-orang yang ikhlas berjuang di jalan-Nya dari sebarang tipu daya....tapi orang yang tak baca Al-Quran, memang akan mudah percaya pada sumber-sumber yang tak sahih terutamanya dari orang-orang fasik....bukankah sudah diingatkan Allah dalam Al-Quran, berhati-hati dengan berita yang dibawa oleh orang fasik....

    Kita sebenarnya sudah terlalu jemu dengan isu muzakarah ini. Sebabnya, sebagai orang yang terdidik, dan tahu menilai baik buruk, sudah tentu kita dapat menilai bahawa isu muzakarah ini satu tipu daya UMNO untuk menyelamatkan diri...itu sahaja. Tapi, blogger seperti Tulang Besi nampaknya 'makan dalam' dalam isu ini...sampai tahap nak jatuhkan Ust Nasa...kalau tak tahu hujung pangkal, jangan tuduh orang macam UMNO, sedangkan diri sendiri itu lebih UMNO dari Presiden UMNO....

    Kepada Tulang Besi, kalau anda adalah jentera saraf UMNO, tahniah kerana nampaknya anda telah berjaya menerebos ke laman-laman alternatif ini untuk memecahbelahkan PAS...cuba lagi sehingga anda berjaya meruntuhkan sebuah jemaah Islam di Malaysia yang memperjuangkan hak dan keadilan untuk orang Islam dan semua kaum. Kalau anda ahli PAS, eloklah anda hubungi Ust Nasa sendiri, bercakap dengannya, dan tanyalah hal yang sebenarnya....kalau betul Ust Nasa adalah fraksi UMNO, tak perlu susah hati, Allah sudah pasti akan menghukum Ust Nasa dunia dan akhirat, yakinlah. Hidupnya akan terbuang di dunia lagi. Tapi kalau apa yang anda tulis itu adalah fitnah....saya yakin Allah itu maha adil........berhati-hatilah dan bertaubat...

    Kepada Ust Nasa, bersihkan nama anda secepat mungkin kalau anda di pihak yang benar...semoga Allah mrahmati anda...amin.


    Awangkita

    ReplyDelete
  24. DAMAGED ALREADY DONE !! :-(
    TOO BAD !!! PAS JUST ABT TO GET THE PEOPLE TRUST !!! AND WHAT PAS DO ?? NOTHING MORE,SCREWED UP DEEPLY AGAIN !!!

    HOW TO TRUST PAS !! ALSO FLIPFLOP LIKE UMNO !!!

    In next election My area
    Parlimen will be BN vs PRK, Vote for PKR
    DUN will be BN vs PAS, Vote for NONE. No choice at all :-( ... have to let my DUN vote void.

    ReplyDelete
  25. BTW. I WILL NOT DOING LOBBY ANYMORE ON MY FAMILIES AND FRIENDS ANYMORE FOR GIVEN VOTE TO PAS.
    PAS = UMNO .... NO VOTE FOR THEM.

    PAS WAIT FOR ANOTHER 50 YEARS !!

    ReplyDelete
  26. Relax lah..jgn emosi..tunggu dah lihat dulu..komen yg diutarakan adalah bak orang2 yg tak beradab lah...bg peluang pada ustaz2 ni..ni cara cakap org yg buta2 sokong anwar...

    ReplyDelete
  27. UMNO ooIo !! NA NA !!

    I guess when UMno cybertrooper read my above comments ... They might think that they have caused the damaged ..... well ... as long as PAS is committed to PR .... I WILL STILL VOTE for PR regardless of PAS or DAP or PRK ... as long as NO BN or UMNO ... will do. hahahaha !! UMno !!! Umno .... you have nothing else to play with anymore ?

    ReplyDelete
  28. chee xtheman. what kind of twisted tongue are you. first you said BN vs PAS... you will cast no void, then on the next posting you said you will vote for PAS. be consistent man....

    ReplyDelete
  29. Apa lah bodoh sgt setengah pemimpin PAS? Masa dulu Umno kuat, ada tak depa suruh PAS utk musakarah atau muqabalah? Selepas pilihanraya dah rasa diri tergugat baru lah sibuk2 konon nya utk perpaduan kaum Melayu!!!Poodah!

    ReplyDelete
  30. mana ada pemimpin pas defend anwar pasal liwat ni...depa dah tau lama dah pasak peliwat anwar ni...

    ReplyDelete
  31. Anonymous July 25, 2008 12:17 PM

    Don't you get point ? The Umno wants muzakarah with PAS just wanna to push Non-malay not to vote for PAS !! Then I said as long as PAS is fully commited to PR ... i will still vote for PAS. The first 2 comments i posted it is what Umno wants to see :-) It is a political trap setup by Umno indeed !!

    I agreed with Tulang Besi, only some of PAS members are kind of "TAMAK" and "Umno mindset" has completely trap in this whole drama :-) TG Nik Aziz is the only man stand firm like a real leader. I salute TG Nik Aziz as a person and leader !! .... the sad things is :-( even TG Hadi also kind of trap inside, I see Tg Hadi still need to learn a lot from TG Nik Aziz and Lim Kit Siang.

    Why umno muzakarah now ? Why don;t they do it 2 or 3 years ago ? Very obvious like ... because rakyat have hit them hard and lost badly.

    MCA and MIC is totally completely DEAD in the eyes of Umno !! Get lost brader in MCA and MIC.

    ReplyDelete
  32. What is happening now is actually blessing in disguise. Sekarang orang PAS sudah tahu siapa diantara pemimpim-pemimpim PAS yang Tamak Kuasa. Biarkan ahli-ahli PAS putuskan apa yang perlu dilakukan. Rakyat sedang memerhatikan dengan teliti apa yang akan dilakukan oleh PAS pada masa akan datang, ini akan menentukan masa depan PAS dalam pilihanraya yang seterusnya, terutama pengundi bukan Islam. Tak perlu kita namakan nama-nama yang disyaki menjadi dalang yang hampir mengakibatkan PAS pecah-belah kali ini. Yang pasti PAS amat bertuah mempunyai Tok Guru Nik Aziz, kalau tidak sudah lama terkubur. Harap ahli PAS akan bertindak dengan cepat untuk hapuskan kulat-kulat beracun dalm PAS secepat mungkim demi masa depan PAS dan rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  33. Kepada awangkita...tolong fikir2kan..takda siapa yang nak pecahbelahkan PAS ke..PR..ke tapi kalau rujuk balik kepada fakta.. memang Ustaz Nasa telah berbohong.. Tn Guru Hj Hadi juga telah berbohong bila mengatakan tiada pertemuan antara PAS dan umno laknatullah. Hanya bila Dollah Badwi mengatakan ada pertemuan (3X pulak tu!) barulah tiba2 mengaku. YB Khalid Samad sendiri mengakui pertemuan2 tersebut. Persoalannya mengapa mesti berbohong?
    Keduanya, mengapa Ustaz Nasa beriya-iya mengatakan Anwar Ibrahim telah hilang kredibiliti kerana tidak mahu bersumpah tentang kes liwatnya. Cara dan bunyi kenyataannya tak ubah suara puak2 umno laknatullah. Bukankah Sdr Anwar telah menerangkan mengapa beliau tidak mahu bersumpah ..atas nasihat ulamak2 dan diatas sebab2 tertentu.Sebagai rakan dalam PR mengapa Ustaz Nasa mengeluarkan kenyataan yang berbaur 'keumnoan'. Ustaz Nasa has to clear himself up..and fast..!
    Kalau kaji balik apa yang dituliskan Tulan Besi..banyak kebenarannya!

    Osman Jailani

    ReplyDelete
  34. Politik tetap politik..itulah anutan bukan Islam sebagai Ad'din..korban apa sahaja yang dapat bagi mencapai matlamat kekuasaan...biar apa pun prinsip yang dipegang...atau prinsip dan perjuangan Islam itu hanya sebagai sebagai bunga penarik sokongan...topeng dan sandiwara semata-mata...tetapi yang ada sebenarnya adalah nanah ketamakkan kuasa yang membusung dan hanyir...ceramah di mulut, dunia bukan tujuan..tetapi di dalam perut segala serakah kuasa kekayaan dunia ini mahu di telan..ilmu yang ada seperti lilin sebesar pohon kelapa tetapi tidak bercahaya dan menerangi..tiada guna...tiada bedanya...si buta kegelapan membimbing...sesat lagi menyesat...sesat di dalam ketamakkan kuasa..

    ReplyDelete
  35. Ingatlah tulang besi:

    Allah berfirman :

    "Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh.
    (QS. Al-Baqarah: 217)

    "Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mu'min laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab(neraka) yang membakar"
    (QS. Al-Buruj: 10)

    ReplyDelete
  36. Fitnah atau bukan fitnah,betul atau tidak betul cerita-cerita Tulang Besi tadi bukan penting buat kita sekarang.Damage telah pun dikesan dikalangan penyokong-penyokong PAS,lebih lagi penyokong di kalangan kaum India dan Cina kita.Rata-rata marahkan PAS.Untuk meredakan keadaan adalah menjadi kewajiban bagi pemimpin yang terlibat dengan pertemuan umno PAS seperti yang dikatakan itu, memberi penjelasan dengan seberapa segera.Rakyat amat merasa terkilan,walaupun belum betul-betul keciwa.Kalau perlu buat road show untuk memeberi penerangan oleh mereka yang terlibat.

    ReplyDelete
  37. New Cabinet:



    Prime Minister - Anwar

    Deputy Prime Minister - Lim Kit Siang

    Agriculture Minister -

    Community Minister -

    Culture Minister - Farish Noor

    Defence Minister - Azmin Ali

    Education Minister - Nga Kor Ming

    Environment Minister - Teresa Kok

    Finance Minister - Tony Pua

    Foreign Minister - Ramasamy

    Health Minister - Tan Seng Giaw

    Home Minister - Sivarasa

    Information Minister - Jeff Ooi

    Law Minister - Teng Chang Khim

    Manpower Minister -

    Sports Minister -

    Technology Minister -

    Trade Minister - Khalid

    Transport Minister - Liew Chin Tong

    Tourism Minister -

    (Penang Chief Minister - Lim Guan Eng)

    ReplyDelete
  38. i was told that the word Muqabalah is used as face saving line for the UMNO fraction.

    In truth, the entire deal is as good as dead.

    ReplyDelete
  39. Tulisan en tulang telah diulas oleh sdr roslan shahir di roslan sms blog http://n32.blogspot.com. Ahli pas disarankan membaca tulisan ini yang memberi gambaran yang lebih luas, sekiranya mereka istiqamah dalam perjuangan Islam. Kepada yang bukan ahli, elok juga baca dan hayati blog ini. Pimpinan PAS dah lama melawan UMNO semasa tuan-tuan masih taksub dgn BN dan UMNO.
    Anak Tok Guru Nik Aziz juga ada beri ulasan yang menarik di blognya Http://nikabduh.facebook.com.
    Selepas membacanya, baca semula tulisan en tulang, dan fikir masak-masak, agaknya siapa sebenarnya petualang dan siapa pejuang.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  40. Apalah yg korang melalak nih. bukankah Mahfuz sudah menafikan pertemuan PAS-UMNO ini tdk pernah berlaku. Tidak pernah berlaku sama sekali. Sila baca di Blog Mahfuz http://gemasuara.blogspot.com/2008/06/tiada-rundingan-dengan-umno-pas-tidak.html

    Mahfuz memberitahu berita pertemuan PAS-UMNO itu adalah fitnah semata-mata.

    So jelas sekarang pertemuan PAS-UMNO itu berjalan secara rahsia sehinggalah rahsia ini dipecahkan oleh Pak Lah sendiri (Pak Lah memang tak boleh diharap utk simpan rahsia).

    So jelas sekarang the 3 stooges from Terengganu cuba memperbodoh-bodohkan pemimpin2 PAS lain dengan berunding secara senyap2 dibelakang tabir. Bila rahsia dah pecah baru nak buat damage control.

    Kpd 3 stooges from Terengganu, cukup2lah tu PAS kena aniaya dgn UMNO dulu kini dan selamanya. Dah 100x PAS kena patuk dlm lubang yg dipasang oleh UMNO. kenapa masih tak sering sua tengkuk masuk lobang yg sama?

    Oleh- Idham 26 July 2008

    ReplyDelete
  41. Orang kelantan kata Muqabalah PAS UMNO maknanya bila bertemu muka terus berbalah.itulah hakikatnya,apabila Islam bertemu munafik.Tak ada gunanya.Tak yah.

    ReplyDelete
  42. was just flipping thru Bernama TV (Astro 502), and surprise2, who appeared in all his splendor and godlike ampuing by the UMNO mouthpieces in Bernama?

    Hadi in all his arrogance, pomposity and swagger (must be swaggering bcoz he just got screwed in his arse whether he knows it or not, seems to be smiling in delight as far as I can see).

    For those of you who insist on calling a sodomite politician, a PAS sellout like Ezam AND A LIAR, a TUAN "GURU", I congratulate you for allowing your children to learn from a liar with a main belakang mindset but worse, that it is okay to screw others in the arse even as you are being screwed in the arse by UMNO Mugabes and Hadi.

    Dear Cruzeiro;
    I have a good nose for such things (as in Anwar's and RPK's arrest recently) and my nose is telling me that Hadi will split PAS to join UMNO, whether PAS members like it or not. Whether the PAS members will feel heated outrage like the Non Muslims who voted PAS feels, time will tell.

    If Tok Guru Aziz (may the blessings of Allah be upon him) and PAS muslims DO NOT ACT, the UMNO Mugabes and PAS Hadists sodomites will win but what a TRAGEDY it will be for PAS, PR and Malaysians. The good work of Tok Guru Aziz rebuilding since the fall in Kelantan, the sincere PAS muslims martyred and other Malaysians who voted PAS in will be truly buggered in the arse.

    PAS members, stop telling us NON PAS Malaysians what your freaking views are and how pious the words and the rituals of your President are; show Malaysians we are wrong AND ACT NOW. I have had enough of your freaking apologist mantra to 'Trust Tok Guru Aziz and Trust PAS', I trust Tok Guru Aziz but can PAS lead by Hadi be trusted?

    When words and actions differ, trust action. A pious Muslim's beliefs, words and actions should never differ, if you see a snake (berlidah cabang), you are suppose to call it a snake. I see a snake but yet many are telling me it is a TUAN GURU. No wonder Tuan Melayu TDM(ugabe) is still gloating daily how easy it is for him to fool, blame, rape and sodomise the Malays, focus the Malays on the Inuls, the Ellas, Ketuanan Melayu and ignore the corrupt, the stooges, the rapists and the sodomists. Better still, TDM say make them your Tuans.

    May Allah bless the pious who act and may HELL be waiting for the treacherous betrayers (and their apologists) of Rakyat Malaysia's vote of trust in Tok Guru Aziz and PAS!!!

    ReplyDelete
  43. nasharudin mat isa is a bastard son of Umno!

    ReplyDelete
  44. Tahniah Tulang Besi, menimbulkan keraguan terhadap rakyat. Kepada yang percaya membabi buta tu hairan jugak ya. Komen yang semacam gini jgnlah ditelan bulat2. Siasat dulu tp jgn tgk kat media utama yang menokok tambah kekeliruan. BN tgh gelak sekarang ni sebab jerat dah mengena. Ada otak pakailah. Jgn mencarut tak tentu pasal dan kalau betul bagai apa dikata, Tuhan Maha Adil. Brgsiapa yang zalim akan mendapat balasanNya. Jgn terlampau emosi menilai orang lain. Adakah kamu 24jam berada bersama orang2 yang kamu katakan. Beristifarlah banyak2. Lebih baik diam daripada berkata sesuatu yang kamu cuma dengar dari mulut orang. Lainlah kalau kamu lihat sendiri. Salam. Cool dude.

    ReplyDelete
  45. “I am not sure of his popularity when compared to 1998. The latest developments – the Saiful event and the statutory declaration by private investigator P. Balasubramaniam – have affected Anwar’s credibility.

    “Still, his ability to lead is unquestionable. It’s arguable that the Malay community is also starting to believe the accusations against Anwar. His delay in taking an oath to swear on the Quran is also an issue.”

    kalau karim raslan tokok tambah, saman ajelah ustaz nasha ooiii. sampai la tarak komen dok nafi pon!!! kot2 masa interview dah dok terbayang kerusi TPM kot? TGNA kesian dan simpati siap doakan lagi pada rakan seperjuangan DSAI, Ustaz nasha dok kata sinis lagi ada...

    ReplyDelete
  46. salam
    mgkn aku lmbt sgt mmbaca brita ni,maaf
    secara peribadi nye mmg aku mrh dgn nasha ni,dah la bertanding tmpt org pastu pandai2 lk, dah mabuk kuasa sgt ker???yg umno lg 1,xigt ker kata2 korg dulu,wakil2 rkyat jgn mengkhianati amanah rakyat sbb rakyat yg pilih seseorng jd wakil,bkn suka2 jer..
    aku scra peribadi ye mmg mrh sgt dgn org terengganu, sbb aku dulu keje dgn orh trganu gk,pastu di fired g2 jer,no reason at all.sepanjang aku keje dgn diorg aku dpt buat kesimpulan yg org trganu ni ramai yg xleh dibuat kwn sgt (ramai gak yg baik),dpn bkn main baik tp kat blkg mcm2 yg di jaja.bila dah xsuka mcm2 berita yg diceritakan,sampai hal selipar jepun jd besar.tapi bila dah buat u-turn, puji melangit lk.
    ornag kt umah sewa aku dulu pn orng trgnu, bila dah jmpa geng2 dia sggp tglkan kwn,wpn umah tu tinggal 3 org jer,sengri n se bulan dgn aku,dah la masa tu student lg.png woo nak buat budget bulnan tp dia slmba rock jer..
    so pada sapa yg ramai kenalan trganu, check n nilai sdri la,nak berkawan boleh tp berhati-hati la,tgk org dulu,berkawan boleh tp nak percaya 100% aku sangsi lg wpn ramai gak yg baik

    ReplyDelete
  47. HAMNO + PAIH = HAMPAIH

    ReplyDelete
  48. kalau macam inilah pemikiran ahli tertinggi PAs ... memang betullah parti baru UMPAS akan ditubuhkan Aku orang yang pertama akan keluar PAS

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.