Tujuan saya menulis artikel ini adalah kerana saya tidak mahu melihat pisang berbuah dua kali. Semoga artikel ini dapat merungkai beberapa misteri yang menyelubungi cadangan PAS masuk BN sebelum Muktamar yang lepas.
Here is the beginning of my post.
Hanya PAS Terengganu Secara Terang-Terang Cuba Menyebarkan Keraguan Terhadap Anwar Ibrahim
Saya dapat satu komen dlm blog saya berbunyi begini:
bat8 said...
BAgi aku........PAS pi la join UMNO dan 13 lagi komponen BN dari parti bukan melayu. Bila dah join hangpa tunjuklah sikap angkuh hang demand itu demand ini.
Dengan 20+ kerusi lebih PAS demandlah jawatan PM,TPM dan menteri-menteri kanan bagi kat PAS. CEO bagi kesemua GLC bagi kat ustaz-ustaz PAS.
Hujah banyak-banyak pun tak guna dengan puak PAS ni. One thing yang tak pernah berubah tentang PAS - mereka buta politik dan mudah hilang punca/perspektif.
Aku sejak mula layak mengundi dalam tahun 1986, aku tak undi lain kecuali PAS. Tapi melihat gelagat segelintir pemimpin PAS yang pro UMNO ( Pemimpin PAS dari Terengganu), aku dah naik muak.
Baru menang sikit dah datang balik penyakit lama. Dah hilang matlamat perjuangan yang lebih besar. Mula besar kepala. Mula angkuh. Lupa apa UMNO dok buat kat PAS selama 50 tahun.
Pendirian aku senang je - PAS runtuhkan Pakatan rakyat, PRU12 adalah kali terakhir aku undi PAS. Aku pangkah apa saja selain PAS. Kalau pangkah PAS pun aku akan pangkah TGNA je....pemimpin PAS yg lain sorry le.
Aku dah mula naik malu kerana semasa PRU12 dulu aku agak aktif berkempen dengan kenalan bukan melayu agar memangkah PAS.
bat8
Dan melihat kepada ucapan perwakilan Terengganu baik Pemuda dan Pusat, saya nampak ada kebenaran di dalam komen saudara ini. Misalnya perwakilan Terengganu semasa membahas Ucapan Dasar Presiden telah menaikkan isu kononnya Anwar Ibrahim telah mencalonkan diri beliau sebagai calon Perdana Menteri. Padahal Anwar tidak pernah membuat kenyataan umum hendak menjadi Perdana Menteri.
Perwakilan pemuda Terengganu dengan terus terang dilaporkan berkata:
““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”
Malahan Perwakilan Dewan Ulama, Ustaz Nik Zawawi Salleh yang berasal dari Besut dilaporkan berkata:
“"Saya hendak tanya PKR jumpa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak adakah telah dibincangkan dalam Pakatan."
"Adakah kemasukan 30 ahli Parlimen itu akan menguntungkan orang Melayu dan agama Islam?"
Jelas hanya perwakilan dari Terengganu yang bersungguh-sunguh menyebarkan keraguan tentang Anwar Ibrahim sewaktu Muktamar yang lepas. Jelas kepada kita PAS Terengganu terpencil di dalam keraguan mereka terhadap Anwar Ibrahim walaupun mereka seiya dan sekata meragui Anwar Ibrahim.
Walaubagaimanapun, tiada seorang pun dari mereka yang membawa apa-apa bukti konkrit serta penjelasan yang terang bagi kita menolak Anwar Ibrahim.
Saya tak tahulah, tapi yang saya tahu, kalau tidak disebabkan oleh isu Anwar 1998 dahulu, inshaalah, PAS Terengganu tidak dapat merasa duduk di Wisma Darul Iman
Malahan, apabila isu itu kendur, PAS Terengganu kalah kembali. Tapi tak sepatutnya hairan kerana sepanjang pemerintahan PAS Terengganu, isu Anwar seolah-olah tidak dipandang sebagai faktor kemenangan. Hasilnya, persediaan tidak dibuat bagi menghadapi kemunduran isu Anwar Ibrahim dan akhirnya PAS tersungkur di Terengganu 2008. Mereka ini golongan yang tidak berpijak di bumi yang nyata.
Mungkin Tuan Guru Presiden Dipengaruhi PAS Terengganu?
Dan ini sudah cukup bukti menunjukkan bagaimana PAS Terengganu memain peranan yang penting mengubah pemikiran Presiden di dalam “menolak” Anwar Ibrahim. Di campur dengan beberapa individu di luar Terengganu seperti UStaz Nasaruddin, maka Tuan Guru Presiden telah terkesan dan hasilnya suasana menjadi agak kelam kabut sebelum Muktamar baru-baru ini.
Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali dalam sejarah PAS Terengganu Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali berganding bahu melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.
- Mereka telah “feed” maklumat kepada Presiden yang kesemuanya samada palsu atau separuh benar
- Misalnya, isu perlantikan ahli PBT di Selangor telah diberitahu kepada Tuan Guru PResiden kononnya 70% ahli PBT adalah dari kalangan Bukan Melayu. Hakikatnya, bilangan ahli PBT dari kalangan Melayu dan Cina berkurang dari dahulu semasa zaman Barisan Nasional. Apa yang berlaku dibawah kerajaan PR adalah ahli PBT dari kaum India telah dinaikkan. Tetapi pada keseluruhannya, ahli PBT dari kaum Melayu adalah 55% dari jumlah keseluruhan ahli PBT.
- Mcm-macam lagi cerita yang tidak benar dan spekulasi menyebabkan Tuan Guru Presiden terpengaruh kerana ianya datang dari orang-orang kepercayaan beliau.\
Kenapa Nak Jumpa MB Terengganu?
Bayangkan, PAS Terengganu ialah satu-satunya PAS Negeri yang telah berjumpa dengan MB UMNO. Negeri lain tak pergi jumpa pun MB UMNO negeri mereka. PAS Melaka tak jumpa Ali Rustam, PAS Pahang tak jumpa MB Pahang, PAS Johor tak jumpa Ghani Othman. Apa rasionalnya pergi berjumpa dengan MB Terengganu? Kalau alasan untuk bertanya pasal royalti, mengapa tak tanya dlm Dewan Undangan Negeri, setiap jawapan kerajaan akan menjadi “public record”
Sepatutnya strategi yang paling berkesan ialah supaya royalti tidak dikembalikan kepada UMNO Terengganu. Ia akan melemahkan BN Negeri dan seterusnya UMNO. PAS kelak boleh meneruskan kes mahkamah dan inshaalah boleh menang sekiranya berjaya merampas Terengganu. Mungkin PAS Terengganu tidak terfikir bahawa sekiranya Royalti dikembalikan, Mat Said akan menjadi lebih kuat dan nanti beliau akan menindas PAS dengan lebih teruk. PAS Kemaman ada pengalaman yang cukup panjang ditindas Mat Said dan PAS Kemaman kenal dan maklum “track record” Mat Said menindas orang-orang PAS.
Mungkin Mereka Iri Hati Dengan Negeri-Negeri Yang Menang?
Saya nampak PAS Terengganu seolah-olah seperti iri hati kerana negeri lain banyak yang menang tapi mereka kalah teruk
- Dan mereka iri hati dgn Anwar, seperti yang dikiaskan oleh Tok Guru Nik Aziz.
- Dan, negeri lain menang dan ada harapan untuk mempertahankan kemengangan mereka. Tidak seperti Terengganu yang menang dan lepas tu kalah kembali
- Lihat Laman Tranung Kite pun cuba memfitnah saya dengan mengatakan saya adalah agen UMNO.
- Saya yakin ahli biasa PAS Terengganu pun tak setuju PAS masuk BN. Tetapi beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah ditolak oleh rakyat Terengganu masih mahu terus menyebarkan fitnah.
- Usul Dewan Pemuda Kuala Nerus juga saya anggap lucu. Ini kerana kita tidak perlu usul bagi memastikan PAS berada di atas landasan Islam. Kita sudah ada Perlembagaan PAS Pusat yang cukup jelas dalam bab ini. Apa perlu usul lagi? Baik kita dalam Pakatan Rakyat atau di luar Pakatan Rakyat, PAS mesti mengikut landasan Islam dan tidak melanggar syariah. Itu bukan sahaja dalam Perlembagaan PAS, itu adalah kewajiban setiap Muslim yang mengucap dua kalimah syahadah. Jadi, saya lihat usul tersebut agak lucu.
PAS Terengganu Merasakan Mereka Istimewa Dari Negeri Lain?
PAS Terengganu seperti merasakan mereka mempunyai hak menentukan hala tuju PAS Malaysia kerana Presiden PAS adalah dari Terengganu. Mereka tidak mahu berfikir bagaimana hendak menawan kembali Terengganu dgn serius. Mereka mahu mendapat kuasa kembali dengan kerajaan campuran PAS-UMNO di Terengganu
Selain Tuan Guru Haji Hadi Awang, kita tidak nampak apa-apa kelebihan PAS Terengganu berbanding dengan negeri lain
a. Dari segi jentera dan kaedah pilihanraya, Kelantan dan Kedah lebih terkehadapan. Negeri2 lain dlm Malaysia tidak akan pergi ke Terengganu untuk mendapat tunjuk ajar ilmu Pilihanraya
b. Dari segi keahlian dan Cawangan PAS Kedah lebih terkehadapan berbanding PAS Terengganu. Kalau tidak silap saya keahlian di Terengganu, dari segi nisbah ahli dgn pengundi, adalah rendah.
c. Bilangan PASTI juga Kedah lebih terkehadapan.
d. Dari segi ekonomi dan aktiviti sosial, PAS Terengganu juga amat terkebelakang. PAS Perlis dapat melaksanakan Takaful Kifaalah secara bersendirian berbanding dengan PAS Terengganu.
e. Dari segi mempertahankan kemenangan, PAS Terengganu juga terbukti hilang kerajaan dalam tangan sebanyak dua kali.
Jauh berbeza dengan PAS Kelantan. Walaupun ada masaalah, tetapi PAS seluruh Malaysia dapat menumpang teduh di atas usaha-usaha dan kaedah-kaedah mereka. Misalnya:
a. Dari sudut pilihanraya dan ilmu pilihanraya i.e. cula, latihan dsbnya PAS seluruh Malaysia lebih mendapat manfaat dari PAS Kelantan (dan juga Kedah)
b. Dari sudut ekonomi, PAS Kelantan telah membuahkan idea dan program “Ar Rahn” yang telah ditiru oleh Bank Rakyat.
c. Dari sudut tarbiyyah juga, antara tokoh tarbiyyah dalaman ialah Ustaz Yahya Othman. Kalau tak silap saya, Ustaz Yahya adalah penyusun skima tarbiyyah PAS yang pertama.
Kelebihan PAS Terengganu yang saya nampak terbatas kepada:
a. Ilmu dan kewarakan serta kelebihan Tuan Guru Presiden. Malangnya, nampaknya PAS Terengganu tiada calon pengganti kepada beliau.
b. Walaupun ahli tak ramai, tapi ahli PAS yang komited ini amat fanatic dgn parti. Miskin macamana pun tetap komited dengan PAS walaupun ditindas.
c. LAman Tranung Kite adalah dari Terengganu, walaupun laman ini cuba untuk mencalarkan imej saya, tapi saya dah jawab dah
d. Markaz yang cukup banyak seluruh Terengganu
Jadi, terdapat banyak indikator yang menunjukkan PAS Terengganu tidak berada di atas jalan yang tepat. Oleh kerana itulah, analisa politik mereka dan strategi politik mereka sering tempang. Mereka terpaksa menunggu lebih 40 tahun sebelum berkuasa semula dan kuasa mereka terungkai hanya selepas satu penggal.
Dengan skill bacaan politik mereka yang sering tersasar jauh.mereka cuba untuk memaksa strategi politik mereka yang tempang ke atas Tuan Guru Presiden. Nasib baiklah perwakilan negeri-negeri lain lebih realistik dan lebih jelas pandangan politik mereka. Kalau tidak tak tahu lah apa nak jadi dengan PAS.
PAS Terengganu Memerlukan Reformasi
PAS Terenggau wajib muhasabah dan bergerak dengan cara yang lebih realitik dan sesuai dengan waqi’ masyarakat sekarang ini. Dengan kata lain, mereka wajib keluar dari tempurung mereka dan melihat akan realiti yang sedang dihadapi sekarang ini.
Mereka juga wajib ingat bahawa seluruh MAlaysia adalah berlainan dari keadaan di Terengganu, Di Terengganu, rakyat Melayu adalah di dalam peratusan 80%, tetapi di luar Terengganu, keadaan tersebut tidak wujud. Ertinya, teori politik di Terengganu tidak boleh dipakai di peringkat Nasional.
KAlau tidak jadilah seperti selepas tahun 1999 dimana PAS Terengganu telah meluluskan Undang Undang Jenayah Syariah, tapi tiada pelan komunikasi yang mantap dan jelas. Ustaz Harun Taib sendiri tidak dapat menepis hujjah-hujjah dari puak2-puak Sisters In ISlam dengan jayanya. Hasilnya, pada 2008, undi dari orang perempuan Melayu dan orang Bukan Islam telah lari dari PAS seluruh negara. Malahan undi bukan Islam kepada KeAdilan juga telah lari dengan banyaknya.
Sepatutnya perlaksaaan hukum Islam mesti dilakukan dengan cermat dan tidak mengundang fitnah. Tetapi apa yang telah dilakukan oleh PAS Terengganu adalah sebaliknya. Walaupun niat mereka baik, tetapi cara mereka tidak sesuai dengan realiti masyarakat Melayu dan Malaysia pada waktu itu.
Masyarakat telah berubah, justeru kaedah dakwah juga harus berubah, dan tidak boleh terikat dengan kaedah zaman awal 80’an dahulu. Pada PRU yang akan datang, pengundi muda akan melebihi pengundi tua dan sekiranya tiada perubahan dari segi kaedah, dan “approach” nescaya PAS Terengganu akan kecundang lagi.
Mereka perlu membuat pertukaran kepimpinan yang drastic serta mengubah minda mereka dengan kadar segera. Kalau tidak harapan untuk mereka kembali berkuasa di Wisma Darul Iman hanyalah dengan mengharap belas ihsan UMNO dan kelemahan UMNO.
Namun, saya yakin PAS Terengganu akan berjaya berubah. Ini kerana terdapat ramai ahli dan penggerak di peringkat bawahan yang ikhlas. Hanya beberapa pemimpin peringkat pertengahan dan atas yang perlu ditukar.
Tulang Besi
.