Tranung Kite telah melancarakan serangan secara bersiri ke atas saya lantaran dari artikel saya“
” . Hati saya bercampur gembira dan sedih. Gembira kerana tulisan saya di atas adalah mengenai sasaran (atau dalam bahasa org putih “bulls eye”). Sedih sebab tak sangka Songkok Putih sampai ke tahap biadap dan tak tahu etika dan tatasusila.Here is the beginning of my post.
Tranung Kite tidak mahu menafikan artikel ini secara “direct”. Lantaran mereka mengambil langkah menyerang pribadi saya dengan menaikkan tulisan saya yang berumur 2-3 bulan dahulu. Kenapa tak bidas sejak awal dahulu ye? Kenapa ambil email pribadi saya tanpa kebenaran saya, bukankah ini biadap namanya?
Malahan dalam salah satu email pribadi beliau dengan saya beliau telah berjanji seperti berikut:
“1. Isnya-Allah perbincangan antara peribadi enta dengan ana adalah rashia peribadi. Jika ana tak setuju dengan enta ana akan menulis secara umum melihat dan menggunakan nama yang enta menulis.”
Ertinya Tranung Kite/Songkok Putih telah melanggar janji dia sendiri. Dan saya amat yakin beliau melakukan demikian dalam keadaan tidak sengaja lantaran bahaya yang menanti ke atas kumpulan beliau dari artikel saya di atas.
Yakni natijah dari rahsia samada keputusan bermuzakarah dengan UMNO itu benar-benar diluluskan oleh Majlis Syura atau tidak pecah. (Saya ada bukti lain tapi saya malas nak keluarkan).
Lantas mesti dikambus dan dipertahankan rahsia ini. Justeru pribadi saya diserang dan tuduhan seperti tidak menghormati pimpinan dan membuat tuduhan jijik dilontarkan kepada saya. Email pribadi yang sudah dijanji tidak dipecahkan juga dipecahkan juga.
Hairannya artikel dari laman nista dan fitnah Anti Husam sudah beberapa kali menghiasi laman Tranung Kite. Yang itu tidak pula Songkok Putih menjadikan ia isu? Yang laman saya ini yang sudah sememangnya dig am sekian lama menjadi sasaran beliau pula.
Juga soalan saya sejak sekian lama masih belum dijawab oleh Tranung Kite dan juga Songkok Putih, yakni: “Adakah saudara bersetuju PAS menyertai Barisan Nasional”?
Apabila ditanya berbagai alasan digunakan sedangkan jawapannya mudah, samada Ya atau Tidak. Bagi saya jawapannya adalah TIDAK. Bagi saudara Songkok Putih/Tranung Kite, jawapannya masih misteri.
Artikel saya menaikkan fakta yang tidak dapat disangkal, yakni:
a. Tiada minit mesyuarat Majlis Syura membenarkan Muzakarah dengan UMNO, apatah lagi berjumpa dalam gelap
b. Mursyidul Am sendiri tidak mengetahui keputusan Majlis Syura ini sedangkan beliau adalah Pengerusi Majlis Syura
c. AJK PAS Pusat tidak mengetahui adanya muzakarah tersebut sehingga pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah.
Adakah Email Pribadi Saya itu SAtu Hujjah Yang Kuat.
Tranung Kite silap guna email pribadi saya. Ini kerana kandungan dalam email pribadi saya itu tidak semestinya mencerminkan sikap dan pendirian saya.
Ini kerana di dalam mendapat maklumat yang biasanya susah hendak didapati secara ikhlas, maka saya terpaksa menggunakan taktik “provokasi”. Misalnya, email yang disiarkan oleh Tranung Kite adalah salah satu contoh taktik yang biasa saya gunakan.
“Saudara,
Lebih2 lagi saya mendapat maklumat ini dari majoriti AJK PAS Pusat jugak? Saya dapat maklumat dari orang yang menganjurkan pertemuan itu.
Pertemuan Najib-Ustaz Nasa di London. Saya tahu kat mana pertemuan itu berlaku dan saya tahu kenapa ia dilakukan.
Saya juga tahu tawaran yang diberikan oleh Najib Tun Razak. Dan saya dedahkan tawaran UMNO tersebut dengan jelas dan terang. Apa ahli PAS smeua takda hak ke nak tau apa yang pemimpin2 mereka buat dan lakukan?”
Soal kandungan email ini benar atau tidak tak menjadi isu bagi saya kerana ianya bertujuan untuk “provokasi” dan bersifat pribadi dan tidak disiar kepada umum. JAdi ianya tidak sepatutnya menjadi bahan fitnah.
Sememangnya saya tahu orang di belakang Tranung Kite adalah pro Harun Taib. Jadi, secara naturalnya, mereka akan menjadi penentang Ustaz Nasa, kerana Ustaz Nasa telah menumpaskan Ustaz Harun Taib dalam pemilihan Timbalan Presiden.
Sengaja saya hantar email ini untuk melihat apa reaksi Tranung Kite. Dan apa yang saya lihat Tranung Kite senyap sunyi dan tidak mahu membela Ustaz Nasa langsung. Ini bermakna pada waktu itu, perasaan mereka terhadap Ustaz Nasa masih belum baik.
Tetapi sekarang ini, tiba-tiba Tranung Kite berkata:
“Ok Oleh kerana awak ada maklumat daripada orang yang menganjurkannya. Sila dedahkannya. Saya cabar awak. Jangan awak buat Ustaz Nasaruddin teraniya dengan fitnah ini tanpa bukti.”
Bagi saya ini bermakna kumpulan Fraksi UMNO telah meletakkan perbezaan mereka di tepi demi mencapai matlamat bersama mereka, yakni membawa PAS masuk UMNO. Ertinya kesepakatan Fraksi UMNO telah semakin mantap berbanding 3 bulan dahulu masa email ini saya hantar. Ia juga bererti Fraksi UMNO dalam keadaan desperado sehingga sanggup mengenepikan perbezaan mereka yang selama ini wujud dengan tegar sekali.
Semua email saya kepada Tranung Kite sebenarnya majoriti mengandungi elemen provokasi yang penting kepada saya di dalam saya membaca taktik Fraksi UMNO. Dan saya tak nampak email ini sebagai fitnah kerana ianya adalah email pribadi dan bertujuan provokasi kepada Tranung Kite untuk saya mendapat maklumat “between the lines” yang lebih penting bagi saya.
Dan ada juga yang saya sengaja “serang” salah seorang demi untuk mempertahankan orang yang saya serang itu dari menjadi mangsa fitnah dan nista Fraksi UMNO. Tapi saya tak nak bagitau sapa la.
Pokok pangkal, email pribadi tidak seharusnya dijadikan hujjah kerana ianya adalah mengandungi seribu satu tafsiran. Dan dalam isu ini saya menggunakan kapasiti email pribadi untuk mendapat maklumat yang sukar didapati dengan cara biasa.
Tapi nak buat macam mana, kalau dengan Tok Guru Nik Aziz pun puak Fraksi UMNO ni boleh biadap, inikan pula dengan saya.
Tranung Kite juga menyuruh saya menjawab dan memberi bukti beberapa dakwaan yang saya buat. Tapi saya dah jawab dalam “comment section” artikel kedua beliau di sini.
OK lah saya kena berenti di sini. Esok nak bangun awal sebab nak solat Aidil Fitri. Kami kat sini dah raya dah. Di Malaysia kena puasa lagi satu hari. Jangan jealous….:).
Kepada semua rakyat Malaysia saya ucapkan “Eid Mubarak” dan “Kullu Sanna Entu Tayibbin”.
Tulang Besi
29 September 2008