"anak tiri" digunakan tetapi telah disanggah oleh Khalid Samad. Tak hairanlah sekarang Khalid Samad pula telah disanggah dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor
Kompleks kontot diri Pas Selangor
Berikut ialah email dari seorang tokoh korporat kepada saya. Dia bubuh tajuk "Inferiority complex". Saya ubah tajuknya kepada "Kompleks kontot diri Pas Selangor". Saya siarkan kandungannya tanpa edit sikit pun:
Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,
1.Saya ada baca blog Pak Bakaq berkenaan pergolakkan dalam PAS Selangor.Saya tertarik dengan komen yang dibuat oleh pegawai PAS Selangor bahawa PAS rasa terpinggir kerana PAS di DUN Selangor adalah parti dalam Pakatan Rakyat yang terkecil sekali bilangan kerusi DUNnya.Sedangkan PAS di Selangor merupakan parti yang terbesar dari jumlah ahlinya,dari jumlah Kawasan dan Cawangannya dan dari jumlah kekuatan 'resources'nya.PKR Selangor dan DAP Selangor tidaklah sekuat PAS.
2.Kalau tidak silap saya, Presiden PAS pun pernah merungut bahawa PAS tidak diberi pengiktirafan sebagai parti yang terkuat didalam Pakatan Rakyat walau pun ahli PAS, jentera organisasi PAS dan kekuatan 'resources' PAS adalah jauh lebih hebat daripada PKR dan DAP.
3.Maafkan saya Pak Bakaq, kerana pada pandangan saya kalau begini pandangan PAS,bahawa PAS perlu diiktirafkan sebagai 'the premier' parti dalam Pakatan Rakyat kerana jumlah ahlinya yang besar, organisasinya (Kawasan dan Cawangan) yang besar, sumber 'resources'nya yang besar, maka ada pemimpin PAS yang menghadapi sindrom 'inferiority complex'.
4.Kalau PAS semuanya besar, mengapa pencapaiannya adalah yang paling kecil ? Di Parliment PAS(23 wakil rakyat) dari bilangan kursi adalah yang terkecil daripada DAP(28 wakil rakyat) dan PKR(31 wakil rakyat).Di DUN Selangor pun bilangan ADUN PAS adalah yang terkecil diantara ADUN-ADUN PR.Mengapa PAS tidak menjadi parti yang paling banyak ahlinya(yakni dikalangan parti-parti didalam PR) didalam Parlimen dan DUN Selangor ? Dimana silapnya, kalau ahli,jentera dan sumber yang paling banyak,tetapi pencapaian yang paling kerdil ? Kalau PAS adalah syarikat yang didaftarkan di Bursa Saham Malaysia, Pengurusan PAS Bhd boleh dibuang kerja kerana membawa 'results' yang paling sikit ! 'PAS Bhd.' cawangan Selangor perlu dirombak langsung pengurusannya, kerana memberi pulangan yang sedikit ! Kalau PAS adalah PAS Bhd, CEOnya perlu mengundur diri kerana prestasi syarikat tidak setanding dengan prestasi DAP Bhd. dan PKR Bhd yang jauh lebih kecil daripada PAS Bhd. !
5.Kepada PAS : Its the results stupid ! Thats how you can get the respect that you want !
Wassalam.Terimakasih.
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca at