Tetapi dalam kes Malaysia, perkara mustahil ini telah berlaku seterusnya mencemar proses demokrasi di kalangan negara-negara Komenwel. Mengapa? Kerana SPR Malaysia ini tidak lebih dari sebuah biro di bawah UMNO. Mereka menggunakan wang rakyat untuk memastikan kemenangan dan kesejahteraan UMNO dan BN.
Dengan kata lain, mereka adalah barua UMNO.
Sikap SPR Adalah Amat Mengecewakan
Pada 23 Mac 2009, Pengerusi SPR telah dilaporkan berkata:
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kesal dengan tindakan pakatan pembangkang yang didakwa sudah ghairah berkempen sedangkan majlis penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang belum lagi diadakan.”
'Gantung bendera pun sebenarnya tidak boleh lagi, kalau sudah penamaan calon barulah boleh berkempen. Pada masa itu kempenlah sepuas-puasnya sehingga tengah malam 6 April ini.”
Saya sudah ke Bukit Gantang sejak sebelum Penamaan Calon lagi dan saya dapati bahawa bendera BN dan UMNO juga sudah banyak dinaikkan. Mengapa Pengerusi SPR tidak menyalahkan BN juga dalam hal ini?
Pengerusi SPR jelas menampakkan sikap beliau yang pro kepada UMNO dan BN. Bagaimanakah kita hendak mempercayai SPR akan bertindak adil dan tidak berat sebelah seperti yang SPR sepatutnya bertindak?
Di samping itu, Pengerusi SPR ini telah membuat berbagai-bagai peraturan baru yang pelik-pelik. Misalnya, hanya bendera dan poster parti bertanding sahaja yang dibenarkan untuk dipamirkan. Manakala, parti dalam komponen BN dibenarkan kerana BN adalah parti yang berdaftar.
Semua ini adalah usaha SPR untuk mensabotaj kempen Pakatan Rakyat bagi tujuan memenangkan Barisan Nasional.
Pengundi Hantu Mampu Memenangkan Barisan Nasional
Sebenarnya inilah yang saya paling takut. Melihat keputusan 2008 bagi Parlimen Bukit Gantang, peratus keluar mengundi hanyalah 72%, yakni pada kadar purata seluruh Malaysia.
Mempelajari dari pengalaman Terengganu 2004, apa yang saya takuti akan berlaku adalah kadar keluar mengundi ini akan melonjak kepada 80%. Ini bererti undi tambahan kepada BN sebanyak 4438 (dari sumber yang tidak diketahui).
Oleh kerana majority PR dahulu hanyalah 1566 undi, maka ia bererti BN akan dapat merampas kembali kerusi ini dengan majoriti 2,872 undi.
Kenaikan peratus keluar mengundi ini adalah berpunca dari sumber yang tidak asing lagi yang dipanggil “Undi Hantu”.
Oleh kerana SPR telah menampakkan sikap tidak professional mereka, mampukah kita berharap bahawa SPR akan menghalang apa-apa usaha ke arah membawa pengundi hantu di Bukit Gantang dan kawasan lain?
Apakah Pengerusi SPR yang pro BN seperti ini dapat memastikan perjalanan pilihanraya kecil yang bersih dan adil?
Jawapan adalah di tangan saudara/ri pembaca.
Tulang Besi