Inilah kriteria yang perlu diambil kira oleh perwakilan seluruh Malaysia. Kita tidak boleh terkongkong dengan retorik. Isu seperti ulamak vs professional adalah retorik semata-mata. Retorik ini menguntungkan UMNO dan menguntungkan sekularisma.
Pemecahan tembok sekularisma adalah hasil dari penggabungan antara aliran agama dan aliran duniawi. Pemecahan di antara ulama dan professional adalah manifestasi sekularisma dalam PAS.
Dengan kata lain, sesiapa yang menaikkan isu "ulama lwn professional", dia itu adalah agen sekular dalam PAS.
Yang penting adalah PAS mampu membariskan kepimpinan yang mampu menarik golongan atas pagar Melayu untuk menyokong PAS. PAS mesti mampu mengganti UMNO dan bukannya bekerjasama dengan UMNO. PAS mesti menjadi tunjang orang2 melayu/Islam di Malaysia tanpa menghambat kaum-kaum lain.
Perlu diingat bahawa PAS adalah parti Islam dan bukan Parti Melayu. PAS harus mampu memperlihatkan keadilan dan kesaksamaan Islam di dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan islam di samping menjaga kebajikan serta kemakmuran bangsa2 lain di Malaysia.
PAS juga mesti mampu membawa gagasan ekonomi yang bukan neo-liberal dan bebas korupsi untuk memastikan ekonomi Malaysia senantiasa membangun dan mencapai ke puncak.
Bagi saya, PAS akan mampu mengharumkan imej Islam di MAlaysia sekiranya barisan kepimpinan PAS yang baru ini dapat menarik perhatian golongan Melayu atas Pagar selepas bulan Jun 2009 nanti.
Wallahualam
TUlang Besi
Well then TB, i hope PAS members knows how to choose the right candidates then.
ReplyDeleteAnd deeds ultimately are more important than words.
Walk the talk!
selamat mencuba !!!!!!!!!!
ReplyDeleteSudah tentu, yg penting kita jangan tafsir dahulu selepas Jun nanti. Berikan tempoh masa. Bukti di Kelantan, kepimpinan ulamaklah yg paling berkat. Sekian.
ReplyDeleteKalau Nasha ngan Tantawi menang, jangan harap ler TB.
ReplyDeleteMemanjang duk mengikut kata jer la.
Boring-boring jumpa UMNO nak muqabalah. Malang btol nasib.
Baik juga cadangan tu tapi JANGAN lari dari tujuan asal perjuangan
ReplyDeletesudahlah. Lagi satu yang perlu dititik beratkan ialah 'attitude' ahli-ahli. Masih ramai yang tidak menunjukkan contoh-contoh yang baik sebagaimana yang dibanggakan dalam Islam.
taik insaf2 org pas ni.
ReplyDeletecelik mata .. cakap nak bunoh UMNO saja.
dimana iman & taqwa?
Sungguh kelakar! Saya ketawa terguling-guling... :))
ReplyDeleteYang Pasti silap pilih undur belakang 30 tahun balik........ dirgahayu PAS kami buka Parti baru, Parti Perjuangan Islam... Insyallah.
ReplyDeleteMay 22, 2009 12:41 PM
ReplyDeleteAnonymous Anonymous said...
taik insaf2 org pas ni.
celik mata .. cakap nak bunoh UMNO saja.
dimana iman & taqwa?
May 22, 2009 12:55 PM.
Nampak betapa takutnya UMNO dengan tulisan saya ini.
Memang mereka tak tidur malam. Mereka tahu PAS dapat menggantikan UMNO tanpa mengorbankan prinsip Islam di Malaysia.
Iman dan taqwa adalah apabila kita membunuh sekularisma anutan UMNO
kenapa tak bunuh sekularisme anutan PKR dan DAP sama?
ReplyDeleteAnonymous Anonymous said...
ReplyDeletekenapa tak bunuh sekularisme anutan PKR dan DAP sama?.
Kerana sekularisma anutan DAP tidak berjangkit pada orang Melayu/Islam di Malaysia.
Org bukan islam, lantak lah diorang nak berakidah apa pun. Itu hak diorang.
KeAdilan bukan parti sekular.
hahahahahaha....kelako la ko Tulang Babi.
ReplyDeleteari tu bukan main lagi ko hentam kepimpinan ulama.
sekarang bila takleh makan baru nak kata jgn main retorik plak!!
piiirah...ko yg start main isu ni...skr nak tunjuk baik plak.
memang dasar munafik!
WOW! hebatnya ko Tulang Babi.
ReplyDeleteSekarang ko kata KeAdilan bukan parti sekular???
habis parti apa???
parti ISLAM!???
hahahahahaha...
Anonymous Anonymous said...
ReplyDeleteWOW! hebatnya ko Tulang Babi.
Sekarang ko kata KeAdilan bukan parti sekular???
habis parti apa???
parti ISLAM!???
hahahahahaha...
May 22, 2009 4:29 PM.
Parti tengah2
PR hanya perlu tarik kira2 5% sahaja lagi daripada pengundi2 melayu untuk memerintah malaysia.
ReplyDeleteInilah peranan kepimpinan PAS untuk menumpukan dimana kawasan2 yang PAS telah tandingi terutama di kawasan melayu. Manakala di kawasan2 yang PKR dan DAP tanding, biar parti2 tersebut tumpu. Jangan ganggu kacau daun nak letak calun. PAS hanya membantu menyumbang tenaga dan menggerakkan jentera PAS bagi memenangkan PKR dan DAP di sana.
Barisan kepimpinan PAS baru perlu yang mantap, berkredibiliti dan diyakini ummah.
ReplyDeleteKalau tidak, secara adatnya/urufnya, PAS tak mampu nak berdepan dengan UMNO/ BN dan penyokong2nya. Kecuali apa-apapun dengan kehendak Allah jua.
Kita saksikan sejarah runtuhnya "Institusi Khalifah Islam", ... Ummayyah, Abasiyyah, Fatimiyyah, ....Andalus (Spain), Seljuk, Moghul India, Othmaniyyah kerana terlantik kepimpinan yang lemah, tiada keahlian mentadbir dan dibenci rakyat.
Mereka jadikan Institusi Khalifah terlalu eksklusif (exclusive) untuk satu-satu dinasti/ kelumpuk / bangsa / keturunan tertentu saja! Walaupun tiada daya dan ciri2 pimpinan muttaqin yang berkeliber, tetapi mereka dilantik atas sifat assobiyyah keturunan atau kelumpuk. Akhirnya Institusi Khalifah yang mulia itu ranap dan lenyap kerana ketamakan dan kesombongan dari mereka ingin berkuasa. Tangan-tangan mereka yang berwatak seperti inilah yang meruntuhkan Aqidah, Intitusi Islam dan Kesatuan Ummah! Sehingga hari ini umat Islam merempat dan tertindas.
Umat Islam dan ahli2 PAS perlu menghayati sejarah, bukan sekadar baca sejarah. Menghayati ilmu, bukan sekadar hafal ilmu.
Ramai juga yang hafal ilmu tapi
tak kaji ilmu,
tak fahami ilmu,
tak hayati ilmu dan
tak amal ilmu.
Sekadar bangga dengan gelaran ilmuan @ ustazzzzz......saja!!
Pimpinan baru PAS perlu "kepimpinan muttaqin yang berkeliber" mengikut syarie yang mampu menegakkan agama Allah dan mentadbir bumi.
Soalan:
1) Apakah kepimpinan muttaqin yang berkeliber hanya berada didalam kelumpuk tertentu saja?
2) Apakah syarat iman, ilmu, amal dan taqwa seseorang mukmin bergantung kepada SIJIL atau IJAZAH saja?
AAYYUHAI MUSLIMIN ........ MARILAH KITA MENILAI & MEMILIH PEMIMPIN UMMAH BERDASARKAN IMAN & GERAK HATI YANG KUDUS KEPADA ILLAHI...
Wallahu alam. Istaghfirullaha azim..jika hamba terkhilaf bicara.