Ia bererti perpaduan di kalangan orang Melayu hanyalah mitos. Malahan, selama ini tindakan UMNO menzalimi PAS dan membunuh pimpinan PAS bukan satu tindakan yang mengarah kepada membina perpaduan dan persefahaman sesama Melayu/Islam. Bukankah Ustaz Ibrahim Libya yang dibunuh secara kejam di Memali itu orang Melayu juga?
Hakikatnya, perpecahan di antara PAS dengan UMNO menguntungkan orang Melayu dan menguntungkan Islam. Saya cuma membanddingkan dengan Indonesia yang hidup di bawah orde baru/diktator Suharto selama 32 tahun. Selama itu, Suharto tidak mempunyai pembangkang dan tidak pernah gusar bahawa kerajaan dan kepimpinan beliau akan jatuh.
Apa yang berlaku selama Suharto memerintah adalah perompakan kekayaan Indonesia oleh Suharto, keluarganya dan kroninya selama 32 tahun. Perompakan yang berlaku secara berterusan tanpa henti.
Suharto berani melakukan demikian kerana beliau tiada saingan. Beliau berkuasa penuh sehingga Islam telah dibuang dari administrasi negara Indonesia. Suharto mengedepankan ideologi Pancasila yang meletakkan Islam sebagai anak tiri. Pemerintah Indonesia tidak diizin mengeluarkan wang untuk membina masjid ataupun apa-apa aktiviti keislaman. Malahan nama "Allah" pun tidak diizinkan untuk digunakan dalam masjlis2 atau koresponden rasmi.
Berbeza dengan Malaysia. Walaupun UMNO sekular seperti juga Suharto, tetapi kerana wujud PAS yang mampu menggugat UMNO di kawasan Melayu, maka UMNO tidak berani menghapuskan institusi agama serta amalan keagaaman di dalam pentadbiran negara.
Jika UMNO berani bertindak seperti Suharto, nescaya UMNO akan terhapus di semua kawasan Melayu dan kesemua kerusi Melayu akan pergi kepada PAS. Ertinya, wujud PAS telah melindungi Islam dan institusi Islam di Malaysia. Walaupun PAS tidak pernah memerintah negara, tetapi jasa PAS kepada Islam di Malaysia adalah tidak terhingga.
DEngan kata lain, wjudnya perpecahan antara PAS dengan UMNO adalah satu rahmat kepada Islam dan umat Melayu di Malaysia. UMNO terpaksa berbelanja dengan cukup besar bagi menambat hati rakyat Melayu kerana takut mereka mengundi PAS di waktu pilihanraya. Hasilnya, Melayu di Malaysia tidak semiskin serta sehina miskin di Indonesia. Semiskin-miskin melayu di Malaysia, tiada yang terpaksa makan sampah untuk hidup. Di Indonesia ada.
Berenti lah buat propaganda bodoh, kononnya PAS dengan UMNO mesti bersatu. Kita hanya bersatu dari segi beberapa agenda bersama bukan dari segi tubuh parti dan organisasi.
Berentilah sebar cerita bohong kamu, wahai UMNO
Tulang Besi
Perpaduan orang melayu yang dikatakan oleh UMNO hanya melihat kepada kepentingan politik iaitu jumlah bilangan kerusi ADUN dan MP.
ReplyDeleteItu sahaja.
Jika serius hendak perpaduan, biarkan perpaduan untuk semua orang Malaysia untuk menjayakan matlamat sifar kemiskinan tegar, menrendahkan kadar jenayah, menentang virus pandemik H1N1, dan lain-lain.
buka kedai online dengan RM100
Jangan buang masa cakap kosong tentang perpaduan melayu.Hapuskan rasuah besar diUmno dulu sebelum buka mulut.Dah semua orang tahu siapa mereka ni dan mereka harus dibuang keluar dari Umno seperti MCA buang timbalannya supaya Umno dapat dipercayai lagi.Manusia2 tamak ini tidak harus dibiarkan mengotorkan nama baik Umno lagi jika Umno ingin sokongan dari semua kaum.Keputusan ditangan sekelian.
ReplyDeleteDalam konteks semasa, orang Melayu barangkali perlu bersatu supaya kuasa politik yang dikatakan masih ada pada orang Melayu tidak dirampas oleh kaum lain, dan orang Melayu tidak lagi menjadi "tuan" di tanah airnya sendiri.
ReplyDeleteWalaupun pandangan ini berdasarkan perspektif perkauman, akan tetapi pandangan ini mungkin tidak boleh diketepikan begitu saja, kerana faham perkauman masih merupakan satu realiti di negara ini
Dalam konteks semasa, orang Melayu barangkali perlu bersatu supaya kuasa politik yang dikatakan masih ada pada orang Melayu tidak dirampas oleh kaum lain, dan orang Melayu tidak lagi menjadi "tuan" di tanah airnya sendiri.
ReplyDeleteSaya ni orang Malaysia.
Saya lahir di Malaysia.
Saya belajar di Malaysia.
Isteri saya orang Malaysia.
Saya kahwin di Malaysia.
Anak saya dilahirkan di Malaysia.
Saya berniaga di Malaysia.
Pekerja saya orang Malaysia.
Bila mati, saya juga akan dikebumikan di Malaysia.
Malaysia tanahair saya.
Saya percaya saya ialah tuan di Malaysia.
Saya juga percaya kawan-kawan Melayu, India, Punjabi, Dayak dan lain-lain juga tuan di Malaysia.
Bila terdapat perang di Malaysia, saya rela berkorban demi menpertahankan tanahairku Malaysia. Seperti juga kawan-kawan Melayu, India, Punjabi, Dayak dan lain-lain.
Kita rela berkorban demi Malaysia.
Itu orang-orang UMNO yang tak faham.
Wahai Tulang Besi. Namakan lah nama mu sebenar. Tunjukkan identiti kamu yg sebenarnya. Supaya kita boleh kantuk kau jadi PM Malaysia. Barulah kita tahu nanti, siapakah sebenarnya penghancur dan penjahanam kaum Melayu Islam di Tanah Melayu pada PRU13 nanti.
ReplyDeleteAmir Hamzah
Petaling
Dalam PR x ada rasuah ke???
ReplyDeleteUmno tak perlu berbangga dengan bangsa melayu, kerana bangsa melayu itu adalah kaum pedatang.
ReplyDeletePerkataan Melayu itu sendiri bermakna "Lari" dalam bahasa dialek orang Indonesia.
Ini bermula takkala Parameswara seorang putera Raja dari Sumatra melarikan diri dari penindasan ketika empayar Majapahit.
Orang Melayu yang sebenar telah wujud lebih awal dari kerajaan Melaka, iaitu di zaman kerajaan Kedah Purba. Wilayahnya meliputi hinggalah ke sempadan Myanmar.
Kesannya boleh di dapati hingga sekarang seperti di Lembah Bujang, Merbok, Kedah.
Bangsa Melayu sebenar adalah berdarah kacukan semua bangsa yang ada di kawasan Asia termasuklah Arab, Tamil, Cina Yunnan, Thai,Sri Lanka, Orang Asli dan berbagai bangsa lain.
Jadi eloklah di panggil Malaysia ni Bangsa Malaysia dari bangsa melayu, kerana perkataan melayu itu sendiri bermakna Lari atau pengecut, sifat yang banyak terdapat pada orang umno.
Bintara Muda....
ReplyDeleteAku cukup tidak setuju dengan apa yang kau tulis. Sebenar nya kalau orang melayu ini bersatu padu lagilah bagus daripada berpecahbelah macam yang ada sekarang. perpatah telah mengatakan bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Tapi sekarang yang paling banyak nak meruntuhkan perpaduan melayu islam ini adalah PAS dan PKR lihatlah fatwa yang dikeluarkan oleh parti PAS yang terlalu banyak mengeliru dan memecahkan perpaduan ummah melayu islam di malaysia. sebenarnya orang yang paling layak untuk mengeluarkan fatwa adalah ulamak yang telah dilantik oleh pemerintah bukannaya ulamak politik daripada parti pas.sebabnya ada ulamak politik daripada pas yang tidak bertauliahlah mengeluarkan fatwa mengikut selera politiklah maka pepaduan ini tidak tercapai.
Ilham DSAI:--
ReplyDelete1. I did not do it
2. I did it, but in different manner
3. I did it, but not as per the allegation
4. I did it, but not as per charge
5. I did it, but not on the date in the allegations
6. I did not do it with the boy
7. I did not do it forcefully
8. I did not do it, it's a conspiracy to lie
9 I did not do it, because I got black eye before
10 I did not do it, because all these are fixed by my enemies
11. i did it, but it's not an offence known to law
12. I did it, but why are you busy body
13. I did not do it, but the police is prejudiced
14. I never deny that
15. I never said that
16. Who says I said that?
17. Who says I didn't say that
18. Ask him, dont ask me
19. I'm too close to victory, that's why
20. Sumpah