Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Tulang Besi Facebook

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 30, 2009

Bapa Ronnie Liu Penyokong dan Pengundi PAS di Pahang

Hasil dari kempen beberapa kepimpinan PAS di Sleangor, maka nama Ronnie Liu telah diburukkan imejnya dikalangan majoriti ahli2 PAS Selangor.
Tetapi sempena rasminya Kelab Penyokong PAS dinaikkan pangkat menjadi sebuah Dewan dalam PAS, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang saya dapat terus dari Ronnie Liu sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan PAS Kawasan PJ Utara.

Di waktu itu, kami rajin juga bermesyuarat dan mengadakan program bersama DAP dan KeAdilan Kawasan PJ Utara. Dan di situlah saya mengenali Ronnie Liu secara pribadi. Dan saya anggap beliau adalah antara pemimpin DAP yang paling memahami PAS kerana latar belakang beliau yang sudah rapat dengan PAS sejak kecil lagi.

Ini adalah lantaran bapa kepada Ronnie Liu adalah seorang penyokong dan pengundi tegar PAS di Pahang. Oleh kerana Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang, maka di situ pada masa dahulu tiada DAP. Parti pembangkang yang wujud di situ hanyalah PAS. Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi.

Dengan kata lain, pendedahan kepada parti pembangkang yang Ronnie Liu dapat bukan dari DAP tetapi dari PAS. Dan keluarga Ronnie Liu adalah keluarga penyokong PAS.
Perkara ini diberitahu sendiri oleh Ronnie Liu kepada saya sewaktu saya menjawat jawatan Ketua Penerangan Kawasan PJ Utara. Hubungan kami cukup rapat pada waktu itu sehingga kami boleh mengadakan program PAS Kawasan di markaz DAP di University Garden. Program Tahun baru CIna anjuran DAP juga kerap kami hadziri.

Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat.

Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

Semua cerita ini berasal dari BTN dan al maklumlah PJ Selangor yang ada sekarang ni pun bekas fasilitator BTN. Jadi tak heranlah cerita dongeng begini begitu kuat berlegar di kalangan orang PAS Selangor. Benda ni baru sebenarnya bukan benda yang menjadi turun temurun dalam PAS Selangor.

Juga, dalam isu arak di Selangor yang dipopularkan oleh “orang itu”, Ronnie berada di pihak yang benar. Ini kerana undang-undang kecil MBSA yang melarang arak dijual di kawasan majoriti Islam BELUM DIWARTAKAN dalam Mesyuarat Exco. Maka, ianya belum lagi sebuah undang-undang yang sah untuk dilaksanakan. Maka, arahan Ronnie Liu adalah untuk menghalang syarikat-syarikat ini menyaman Kerajaan Negeri.

Namun, kita lihat, apabila YB Menteri Besar mengeluarkan polisi “self regulation”, tiada bantahan sedikit pun dari Ronnie Liu dan juga DAP seleruhnya. Dan mengikut teman saya yang menjadi Ahli Majlis Shah Alam, bilangan 7-11 dan “convenient store” yang menjual arak di Shah Alam semakin berkurangan. Beliau berkata polisi “self regulation” ini baik kerana ia mampu mengurangkan insiden minum arak di bawah umur tanpa mengakibatkan orang bukan Islam menolak PAS dan Pakatan Rakyat.

Apa masaalahnya Hasan Ali membuat inisiatif yang sama. Memanggil kesemua syarikat “convenient store” dan berbincang kaedah ini secara baik dan tertutup. Hasilnya nanti sama juga, yakni pengurangan penjualan arak di kalangan umat Islam.

Dan alasan Enakmen Syariah Selangor adalah alasan dangkal kerana Enakmen Syariah Selangor tidak mengharamkan penjualan arak oleh syarikat2 yang tidak dimiliki orang Islam. Jadi, tiada salahnya 7-11 menjual arak kerana orang Islam tetap diharamkan untuk membeli arak dari 7-11 atau mana-mana kedai sekalipun.

Dan isu arak ini telah menyebabkan ada seorang itu dimaki oleh Tuanku Sultan Selangor macam budak kecik kena maki. Teruk dia kena maki sampai kita yang dengar ni pun naik kesian. Itulah buat kerja tak bijak, kan dah kena maki.

Penghabisan sekali, nasihat saya pada ahli-ahli PAS, janganlah terpedaya dengan propaganda serta fitnah dan dakyah UMNO kononnya Ronnie Liu ni tak hormat Islam, tak hormat Enakmen Syariah Islam, agen triad dan kongsi gelap. Kalau benar semua tuduhan tu, silalah buat laporan polis atau SPRM. Sampai hari ni, walaupun terbunuh sorang ahli DAP, masih tiada apa-apa dakwaan ataupun tuduhan dikenakan ke atas Ronnie Liu ataupun exco DAP yang lagi satu.

Cerita kononnya Teresa tak bagi Azan dulu pun cerita bohong yang dipopularkan oleh Hasan Ali dan dibentangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat. Kesian Teresa sampai kena ISA kawan tu tanpa sebab. Tak baik buat zalim kat orang. Apa orang tu buat kat kita sampai kita buat zalim kat dia begitu sekali.

Sekianlah kesah yang saya ambil hasil dari perbualan saya dengan Ronnie Liu satu masa dahulu. Kesah ini saya tulis dari ingatan saya terhadap perbualan tersebut.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi
Share on whatsapp

18 comments:

  1. TB Kata:
    Hanya dalam beberapa tahun ini sahaja kita mendengar cerita-cerita dongeng kononnya DAP hendak menghancurkan Islam di Malaysia dan tiba-tiba sahaja hubungan PAS dan DAP menjadi renggang. Ia serentak dengan usaha UMNO menakut-nakutkan orang Melayu kononnya DAP akan menghakis hak orang Melayu dan orang Islam di Selangor.

    Persepsi yang dibina atas pembohongan yang menyanggahi fakta dari blog TB sendiri.

    Petikan dari tulisan TB sendiri di:
    http://www.malaysiawaves.com/2008/05/is-malaysia-truly-secular-state.html
    We have heard so much from Karpal Singh and DAP leaders per say about Malaysia's "secular"ness. But can Karpal and DAP be trusted in their judgement?

    Baca juga macam mana TB kutuk Karpal Singh sebab KS mati-mati kata Malaysia negara Sekular di sini dan di sini.

    Lepas tu pi baca yang ni dan yang ni pulak.

    Artikel-artikel ni ditulis dalam tahun 2003. Eh eh.. hanya beberapa tahun ni aje kita kedengaran bla bla bla.

    Tula orang kata, main tulis ikut persepsi, semua boleh berubah.

    ReplyDelete
  2. gm gm...kenapa le ko ni bebal sgt...dh xfhm tulisan TB tu mengaku je le...ni nk ubah2 topik lak...tp dlm ko maki2 TB baca gak ko ye blog dia...kenapa takut ke?jgn bimbang...org zaman skrg dh x ramai yg bodoh cam kamu...kamu je spesis terakhir kt bumi ni...kpd TB teruskan usaha kamu...biarkan org mcm gm ni meroyan x tentu psl...dh le byk persoalan TB x terjawab...nk ubah topik lak...biasa le...ini le taktik org umno kalau time berhujah...

    ReplyDelete
  3. "Maka, bapa Ronnie Liu telah menjadi pengundi serta penyokong PAS semenjak selepas Merdeka lagi."

    TB,
    Mana fakta menunjukan bapa Ronnie Liu menyokong calon pas semenjak merdeka!
    Agaknya kalau Karpal Singh mengaku dia juga menyokong Pas tentu hang percaya no!!!Kan hang pakar persepsi!!Pakar persepsi macam hang, boleh manipulate mana-mana persepsi!!Kalau fakta terutama yang melibatkan data,hang sering terjerat!!!Eloklah hang keluarkan entri macamni!Entri-entri yang hanya melibatkan persepsi!!!Tupun walaupun entri hang bercorak persepsi!!Gm boleh keluarkan fakta untuk menunjukkan penulisan hangtu tak signifikan!Fakta berdasarkan persepsi hasil penulisan hang sendiri pulaktu!!!!Cakap berbelik-belik!!!Akhirnya....Hang tulihla pula entri dalam bahasa arab!Seperti bahasa inggeris,aku juga tak berapa faham bahasa arabni!Hang pejuang islam sejati,mesti dapat menguasai bahasa arab dengan baik!
    Kadang-kadang seghonok juga baca buah tangan penulisan hang ni!Boleh hilangkan stress jeee!!!!!Lawak!!!Siaaan kat hang!

    ReplyDelete
  4. beer bukan arak...sbb tu TB tak kata dah pasal halal haram mengenai lesen jual arak.. sbb dia sanjung keluarga Liu.. double standard la lu bro.. kalau UMNO buat jadi haram.. kalau PR buat halal lak..

    ReplyDelete
  5. Abdul Razak,
    Hang yang mengaku lepasan UITMkan!Betuila persepsi Tukar Tiub:
    "sekarang ini universiti dan kolej dan melambak. semua melahirkan
    orang bodoh. kebanyakan yang bodoh ini pelajar melayu. "Dia tujuk pada budak UITM.
    Kalau hang nak ubah persepsi TT terhadap pelajar UITM,hang berdebat gunala fakta!Tapi tenguk cagha hang bagi hujah!!Betui kot persepsi TT tu!!!Kalau nak maghah!!Hang pi maghah TT,dia sekapai dengan hang jugak!!!Aku dah cuba pertahan budak UITM dalam blog dia!!Kena maghah dan kena kutuk macam hang kutuk GMlajugak!!Bodoh!Moroyan,bahlul,pencacai umno!!Tak pernah lekang dari mulut!!!Ada GM balas balik cacian hagpa!!

    ReplyDelete
  6. gm bodo tak tau beza antara kritikan pada karpalk dgn kritikan pada dap. bila tb kritik karpal tak bermakna dia kritik dap. benda senang mcm tu pun susah nak paham ka gm? hang dulu fail spm ka? sbb tu hang bingai sangat.

    ReplyDelete
  7. If this is true,then this is very revealing
    Thanx,TB 4 clarifying on the whole beer fiasco n the Ronnie-Hassan Ali spat back in August

    Personally,I didn't really like Ronnie because he has that "chauvinist" look just like how Hassan Ali or Ali Rustam or Khairy had the "Malay ultra nationalist" look rather than a moderate Malay

    Despite that,I hav the utmost respect 2 YB Ronnie since RPK always spoke highly of him as one of the hardworking state assemblyman in Selangor

    "Malahan, satu masa dahulu, veteran-veteran PAS seperti Hj Muhsinun Tahir, Cikgu Kusrin Rahmat dsbnya kerap memberitahu saya DAP lebih dipercayai dari mana-mana parti lain kerana mereka terjamin tidak melompat."

    Times has changed
    Some bitch from Jelapang jumped ship all because she didn't get a car,thus throwing Perak in a state of chaos
    Can't blame PAS 4 havin some sense of distrust 2 DAP after that
    Then again,DAP gave the thumbs up 2 PAS havin the MB post

    I believe all 3 PR parties need 2 clean house
    PKR needs 2 get rid of their ex-UMNO members wit the outdated n counter productive "Ketuanan Melayu" mindset

    PAS needs 2 get rid of their horny members who want 2 jump 2 bed wit UMNO 4 the sake of "Islam" as well as the "Malay First,Islam Second" type of people

    DAP needs 2 get rid of members wit no family members in debt due 2 their gambling habits as well as members wit the tendency 2 get 2 too emo over a pig abattoir

    Pakatan Rakyat,pliz take note

    ReplyDelete
  8. Kepada Anon 10:41PM, saya dah jangkan korang akan guna alasan Karpal Singh bukan DAP.

    Tapi kalau hang baca apa yang TB tulis:

    Petikan dari tulisan TB sendiri di:
    http://www.malaysiawaves.com/2008/05/is-malaysia-truly-secular-state.html
    We have heard so much from Karpal Singh and DAP leaders per say about Malaysia's "secular"ness. But can Karpal and DAP be trusted in their judgement?


    Nampak apa dia kata. Dia kata Karpal Singh and DAP LEADERS per say

    So what that suppose to mean?

    ReplyDelete
  9. Oppss saya lupa highlight, LEADERS (ada S kat belakang bermakna RAMAI)

    ReplyDelete
  10. kahkahkah grand marquis menunjukkan kebangangan nya lagi. sebab barua gm ni tak paham bahasa iomputih. tb kata leaders bukan all leaders. sbb gm umno maka dia telah jadi bangang tahap paling tinggi

    ReplyDelete
  11. Salam

    Mamat tu dh tak berapa centre otaknya. Dh la bebal... pstu tak tau bahasa. Baca dn fahamla apa yg TT tulis. Pastu baru buat komen.

    Mak ayah suruh mngaji, lari...

    ReplyDelete
  12. "Petikan dari tulisan TB sendiri di:
    http://www.malaysiawaves.com/2008/05/is-malaysia-truly-secular-state.html
    We have heard so much from Karpal Singh and DAP leaders per say about Malaysia's "secular"ness. But can Karpal and DAP be trusted in their judgement?"


    gm nih bodoh bebal laaa. sampai sekarang tak paham-paham.kau dok layan budak perasan bagus nih buat apa. Ronnie liu mana ada dalam list "DAP Leaders" tuu. Ronnie can be trusted apa... katanya laaah

    ReplyDelete
  13. Patutlah orang kata standard pencaci. Sebab itu aje modalnya.

    Kalau tak puas hati dengan perkataan leaders tu, tengok ayat kedua
    But can Karpal and DAP be trusted in their judgement?

    Karpal and DAP tu apa maknanya?

    ReplyDelete
  14. deyy thambi gm

    sana pusing sini pusing... tarak paham jugakkk.

    kau letak jelah pistol kat kepala dia sekali pon... mana nak dia ngaku silap.


    apa daaa

    ReplyDelete
  15. GM,
    Gitula kalau setakat pakar persepsi!Pusing dan belit .....lani,pusing dan belit darisegi bahasala pulak!!!
    Ala macam Kalpai Singh ,hang study tenguk kes yang dia menang,majority menang akibat kesalahan teknikal pendakwaraya jeee!!!!Biaqpi la kat depa,kita tenguklah setakat mana depa nak pusing dan belit!!!Hagitu cuba belit dan pusing,dari segi fakta!Yang melibatkan fakta pulaktu!!!Terbelit diri sendiri!!!Nak belit dari segi persepsi tak lepas jugak!!!Last sekali nak belit dari segi bahasala pulak!!!

    ReplyDelete
  16. sambung sikit lagi......bila belit dan pusing dari segi bahasa pun tak lepaih!!!Hagpa teka apa strategi depa pulak!!!!
    Bahlul,bangang,bodooo,pencacai umno.....
    Itulah perlakuan puak "pejuang islam"....

    ReplyDelete

  17. But can Karpal and DAP be trusted in their judgement?
    .

    Kahkahkah lagi bangang si GM terserlah.

    Benda TB tulis tu berkenaan SATU ISU. Bukannya berkaitan SEMUA PERKARA.

    Percubaan GM kantoi lagi. Ambik sekerat2. hahahahah GM memang bangsa UMNO, bangsa penipu.

    Hahahahaha

    ReplyDelete
  18. Ronnie Liu berasal dari sebuah kampung Cina yang agak terpencil di Pahang

    ... Cuba lebih tepat. Sebut saja komunis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.