Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Wednesday, December 30, 2009

Ulama Indonesia Mengharamkan Gosip2 Artis (Infotainment)

Diberitakan dari Indonesia:

Ketua Umum Pengurus Besar Nahdatul Ulama, Hasyim Muzadi menyatakan tayangan infotainment gosip bersifat ghibah (pergunjingan), hukumnya haram. Fatwa tersebut menurutnya sudah diputuskan berdasarkan hasil Musyawarah Alim Ulama NU di Surabaya, Juli 2006 lalu..


Di Indonesia, terdapat satu jenis hiburan yang dipanggil “infotaimen”. Ianya adalah rancangan2 di TV yang memaparkan gossip2 serta kesah-kesah pribadi dan kehidupan para artis. Biasanya kandungan laporan tersebut samada benar ataupun berasaskan khabar angin semata-mata.
Maka, fatwa Nahdatul Ulama itu adalah sangat-sangat difahami dan dialu-alukan. Ianya wajib dibawa ke Malaysia untuk diamalkan. Walau sebagaimana jelek kehidupan artis itu, ianya tidak sepatutnya dijadikan bahan hebahan umum.

Ini kerana kejelekan perangai para artis itu sekiranya dihebahkan bakal dijadikan ikutan serta contoh tauladan oleh masyarakat umum yang jahil dan lemah pegangan agama mereka. Ini adalah salah satu perancangan Barat untuk menghancurkan Islam. Berapa ramai belia dan beliawanis kita yang berpakaian serta berkelakuan seperti tauladan yang ditunjukkan oleh artis-artis kesayangan mereka?

Juga, sememangnya definasi “Al Ghibah”(mengumpat) adalah aib serta kelemahan seseorang yang tidak diketahui umum. Sebagai contoh, sekiranya seorang saudara kita itu minum arak, tetapi ia dilakukan dalam keadaan tertutup, maka haram bagi kita menghebahkan perkara tersebut kepada orang ramai.
Namun, sekiranya saudara kita itu meminum arak di khalayak ramai, maka selepas itu menceritakan tentangnya tidak lagi merupakan mengumpat (Al Ghibah). Begitulah juga kehidupan pribadi para artis. Selagi kejelekan serta aib para artis itu masih tertutup dan tidak diketahui ramai, maka HARAM hukumnya kita menceritakan kepada rakyat umum.

Maka, inilah asas kepada pengharaman “infotaimen” ataupun dalam bahasa kita di Malaysia, “Gossip Artis”. Secara mudahnya, pengharaman “gossip artis” ini diasaskan kepada beberapa sebab yang cukup baik:

1.0 Supaya kejelekan serta kebobrokan kehidupan artis tidak dijadikan contoh tauladan oleh majoriti umat Islam. Contoh tauladan pada umat Islam adalah para ulama, para pemimpin yang soleh, para politikus yang amanah, para intellek yang mahir dalam ilmu mereka. Bukan artis. Artis hanya menghibur bukan menunjukkan bagaimana hendak menjalani kehidupan sehari-hari.
2.0 Supaya para artis dijamin kehidupan pribadi mereka dan menjamin hidup mereka terjamin dari segi kerahsiaan dan privasi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat umum
.

KESAH MAWI DAN INA – CONTOH KEHINAAN MASYARAKAT MELAYU MALAYSIA

Saya kata betapa hinanya orang Melayu di Malaysia pada masa itu. Kenapa kita orang Melayu nak sibuk mengapa Mawi dan Ina putus tunang? Mengapa peristiwa itu harus diadakan satu sessi program sejam dalam bentuk temuramah?

Saya cuba untuk menonton temuramah Mawi dan Ina tersebut dan saya dapat nampak Mawi tidak berapa selesa dalam temuramah tersebut. Jelas, Mawi terpaksa mengadakan temuramah tersebut atas dasar mengikut kontrak beliau. Saya tak dapat menonton lebih dari 5 minit. Penghabisan sekali saya tukar channel dan menonton “Discovery Channel” yang lebih berfakta dan membina minda.

Saya tak faham apasal orang Melayu sibuk sangat pasal kehidupan pribadi Mawi? Dia nak putus tunang ke, dia nak bercerai ke itu antara dia, keluarga dia, keluarga Syikin dan Syikin sendiri. Mengapa perlu disensasikan? Hanya kerana beliau sebagai artis maka segala dalam kain beliau harus dikeluarkan?

Minda orang Melayu telah dirosakkan dengan budaya gossip artis. Kehidupan pribadi artis disensasikan dan menjadi bahan bualan orang Melayu sepanjang hari. Hasilnya yang rugi adalah orang Melayu sendiri yang terkebelakang dari segi pembangunan dan kemajuan dunia.

Mengapa tokoh2 Melayu yang berjaya dalam berbagai bidang professional dan intelek tidak diagungkan oleh orang MElayu? Mengapa hanya artis yang menjadi keagungan orang Melayu? MAcamana orang Melayu nak jadi hebat?

Zaman sahabat dahulu, para hero mereka adalah Nabi SAW dan para Anbiyya. Tidak heranlah para Sahabat dapat menjatuhkan empayar Rom dan Parsi dalam masa tidak sampai 50 tahun selepas tertubuhnya Negara Madinah.

SALAH SATU KEJAYAAN UMNO

Penghabisan sekali, inilah kejayaan utama UMNO yakni menjadikan orang Melayu menjadi pemuja dan pemuji artis.

Ulama dikeji, artis dijunjung. Itulah kejayaan UMNO paling besar. Selama UMNO memerintah, ulama dikesampingkan, dibunuh, difitnah, dinista, dikeji, diketepikan dan segala yang keji yang boleh dilakukan kepada manusia telah dilakukan oleh UMNO kepada para ulama.

Manakala para artis diberikan status yang cukup tinggi di minda orang Melayu. Segala cerita dalam kain para artis hendak dijadikan pengetahuan umum.

Oleh sebab itu, demi membersihkan pengaruh dan kesan tarbiyyah UMNO ini, maka Malaysia perlu menerima serta melaksanakan fatwa Nahdatul Ulama ini secara menyeluruh.

Biarkan para artis hidup dengan cara hidup mereka. Kita umat Islam dan umat Melayu tak perlu sibuk menjaga tepi kain para artis. Kita ada kerja yang lebih besar, yakni membersihkan Malaysia dari pengaruh anti Islam dan anti Melayu UMNO.

Tulang Besi
Share on whatsapp

25 comments:

  1. MALAYSIABARU.COM SAID


    ULARMAK PAS SEPATUTNYA MENGHARAMKAN STATEMENT PRO UMNO YG DI BUAT MUSTOPA ALI, HASSAN ALI, NASHARDUDIN ... YG SERING BERLAGU IKUT RENTAK UMNO ...

    MEMECAHBELAHKAN JEMAAH YG DI LAKUKAN MEREKA NI TAK HARAM?

    PAS OH PAS TOLONG LA JGN BERTAMBAH SESAT ... ORG MUDA YG NAK MASUK PAS DAH TAK JADI MASUK PAS... TAKUT JADI MCM TOK AYOH HADI 'PIN'..

    ReplyDelete
  2. ULAMAK PAS YANG PEGANG TAMPOK PERINTAH NEGERI ATAU NEGARA PERLU TELUS DENGAN MENGAMBILKIRA DAN ADAPTASI GERAKKERJA DASAR NEGERI DI AMBIL DARI PEMIKIRAN AHLI PARTI DAN TINK TAN YANG DILANTIK BUKAN BERBINCANG DGN ANAK MENANTU,CUCU DAN ISTERI YANG TIADA TAULIAH SERTA MEMBERI PENDAPAT MENGIKUT KPENTINGANDIRI KELUARGA SAJA.

    ReplyDelete
  3. TB,
    Topik ni aku sokong hang!!Hang telanjangilah pemimpin umno atau pas yang cakap tak serupa bikin!Terleleh ayaq leoq tenguk artis yang dedah sana sini!!!Cakap dalam parlimen bergedaq-degaq....termuntah aku tenguh bung mokhtar!!!!
    Dan setakatni aku tak terbaca lagi AP atau YB Pas yang berbini artis yang dok dedah sana sini!!!!artis yang bertutup kira oklah...
    Tapi hang sanggup terima risikoka!!!Dari segi keuntungan politik!!!Pengundi muda,umuq 20-30an,ramai yang jadikan artis sebagai ikon!Tak kira yang asal aliran agama atau kebangsaan!!!Peratus mungkin berbeza!GM!Ada peratus ikut kajian mana-mana!!!Takut puak muda yang menjadikan artis sebagai ikon tak undi PAs nanti!!!!!Hangtakpala,hang bukan YB atau bakal YB pas!!!

    ReplyDelete
  4. Salam TB,

    Gosip2 artis atau infotainment in adalah agenda Yahudi yang dianuti UMNO/BN. Tujuannya sebagai serampang muti-mata. Dengan adanya benda tersebut rakyat Melayu utamanya dapat dikongkong minda mereka. Bayangkan manusia Melayu yang usia dah masuk lebih setengah abad masih berbual-bual mengenainya dalam keluarga. Apakah ia berfaedah? Sudah tentu tidak. Maka orang macam inilah yang diperlukan umno supaya sokongan berkekalan kepada parti tersebut. Mereka bukan bercakap perkara-perkara yang bermanfaat tapi perkara-perkara lagho. Ini agenda iblis untuk menyesatkan bani Adam yang dibawa oleh agennya Yahudi dan dianakangkatkan oleh UMNO.

    Rata-rata manusia yang berbucara perkara-perkara lagho minda mereka mudah dikongkong. Inilah yang dikehendaki UMNO. Pendek kata UMNO dari dulu berusaha menjumudkan pemikiran umat Melayu demi kesinambungan kuasa pemerintahannya.

    ReplyDelete
  5. Bila saya tengok tajuk, tak baca lagi saya dah boleh agak dah. Last-last nama UMNO mesti keluar untuk dipersalahkan.

    Tajuknya bagus, pandangannya pun bagus, tapi silapnya ialah masih nak main politik.

    TB kena dengar nasihat Dr. Asri. Dia kata (lebih kurang) pemimpin memerlukan kritikan yang jujur. Saya tambah, orang ramai juga memerlukan kritikan yang jujur. Kadang-kadang apa yang kita kata itu betul, tapi bila diselit sentimen politik ia menyebabkan mesej kita tersasar. Orang akan salah faham.

    ReplyDelete
  6. GM!
    Jangan takut!Allah itu MAHA segalanya!Manusia sesama manusia mungkin tidak dapat membaca niat sebenarnya atas sesuatu perkara yang kita tulis!!!Dia!!!Dia Maha segalanya!!!!
    Atas dunia lagi Dia bayaq cash!!!Tak tunggu diakhirat nanti!!!Dalam entrini kita berprasangka baik dulu pada TB!!!!!!Niat sebenaq dia!!!Mungkin budak-budak tadika pun boleh membaca yang tersurat dan tersirat!!!!

    ReplyDelete
  7. hebat juga produk dari UMNO kan..sehingga mampu untuk mencairkan seorang ulama besar PAS iaitu TGNA untuk menjemput Mawi menghiburkan rakyat Kelantan satu ketika dulu..
    "what a small world" ..bro

    ReplyDelete
  8. gm apa kao merepek ni? semua tb cakap ada bukti yang dia bawa. kao tu amende bukti kao bawak semua kao ckp merepek. angin puspus je yg keluar dari kao. kao mmg bangsat, grand marquis.

    ReplyDelete
  9. bravo ibnu abdul halim, bravo; anda tlh membuktikan yg umno ini adalah agen yahudi

    ReplyDelete
  10. TB,
    Kalau hang turun Alor Staq,hang akan tenguk satu papan iklan besaq,terpampang gambaq MB,azizan dan artis ikon pas-Ustaz Akhill!!!!Hang akan bangga punya!!!Kembang puak pas bila banding Ustaz Akhill dengan artis lain!!!!Ala yang anggap jahiltu!Produk Umno!!!!
    Tapi depa kata,bulan puasa haghitu!Puak artis umno yang jahiltu,pi sembahyang tarawikh!Yang siakhill tu pulak,pi tenguk wayang dengan wahidahla pulaktu!!!!Tak kawin lagi masatu!!!!Hang pi tanya Ustaz akhilltu, dia ada saudara kembaq kot!!!Hang pila tanya dia!!!Kot gossip jeeeee!!!!!

    ReplyDelete
  11. Cina islam boleh jadi MB


    mengapa tidak dipinda undang-undang pemilikan tanah yang tidak mengizinkan rakyat luar Kelantan termasuk orang Melayu untuk memiliki tanah di negeri tersebut.

    "Nik Abdul Aziz sengaja menimbulkan isu ini semata-mata mahu menutup masalah yang dihadapi kerajaan Pas Kelantan dan permasalahan politik keluarganya,"

    Fikir-fikirkan

    ReplyDelete
  12. bagi umno bukan stkt gosip, qazaf pun diorang bagi halal. apa barang!!!

    ReplyDelete
  13. Saya setuju dan menghormati and menyanjung tinggi terhadap ulamak-ulamak yang ada Balls macam ulamak Indonesia. Kalau kat sini sure ulamak yang make such statement dah kena gam di Malaysia! Ingat kes Ishak Baharom yang menyentuh sedikit pasal isu Pertandingan Ratu Cantik malaysia. Terus kena gam pastu!

    ReplyDelete
  14. TB,
    Nahdatul Ulama,sepatutnya dah lama mengeluarkan fatwa tersebut!Hang tenguk negara mana yang sering dilanda bencana!!Tsunami!Gempa bumi!!Negara mana yang dok gempaq nak serang malaysia!Negara mana yang dok kumpul pejuang islam nak pi serang Israel!!Hang tak daftarke!!!Cakap begegaq-degaq,sampaila pejuang palestin dok tunggu,batang hidung pun tak nampak!!!Hang sughuh depa kaji konsep pancasila la dulu!!Baru mai ajaq oghang Malaysia!!!

    ReplyDelete
  15. Finally,TB, u brought this matter up
    I always knew that excessive entertainment aka hedonisme is UMNO's way in keeping the Malays dumb n dumber forever so that they'll always be blind 2 the truth

    Ever wonder why Chinese n Indians r ahead of us in everything?

    The Mawi-Ina fiasco few years back was utter bullshit
    It's RTM trying 2 make some fast bucks in light of the whole Siti-Datuk K engagement announcement

    As long as UMNO's around,expect the young Malays 2 stay dumb

    ReplyDelete
  16. satu lagi....elokla kebetulan hang dah sana,hang buat kajian,macam mana oghang cina boleh menguasai ekonomi Indonesia walaupun depa golongan yang hanya mewakili tak sampai 10% populasi penduduk Indonesia!!!Hang tentu buat persepsi baru!Mana ada orang cina kat Indonesia!!Sapa kata Rudy Hartono cina!Tu nama melayu!!!

    ReplyDelete
  17. Hang tenguk negara mana yang sering dilanda bencana!!Tsunami!Gempa bumi!! Sungguh bongkak dan takburnya hang ni! hang agama islam ka? Kalu orang islam tak cakap cam ni. You sound more like orang MELAYU UMNOPUTERA!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  18. Oh iya lah bukan semua melayu tu islam ye dak!

    ReplyDelete
  19. Zakwan said:
    Ever wonder why Chinese n Indians r ahead of us in everything?

    Kalau kita lihat budaya hidup orang cina dan juga india, hedonism mereka lagi kuat. Dari china, hong kong, singapore, taiwan termasuklah Malaysia. Orang kata cina hong kong nabi tuhan mereka ni ialah wang dan nabi mereka adalah artis. Oleh itu alasan anda ni tak boleh dijadikan premis yang kuat.

    ReplyDelete

  20. Kalau kita lihat budaya hidup orang cina dan juga india, hedonism mereka lagi kuat. Dari china, hong kong, singapore, taiwan termasuklah Malaysia. Orang kata cina hong kong nabi tuhan mereka ni ialah wang dan nabi mereka adalah artis. Oleh itu alasan anda ni tak boleh dijadikan premis yang kuat.
    .

    Tapi pemimpin2 orang Cina bukan feudal. Tak macam orang Melayu.

    sebab tu mereka boleh kedepan.

    Orang melayu pemimpin mereka adalah feudal aka UMNO.

    Tu sebab DEB pun semakin gagal.

    ReplyDelete
  21. Kepada Anon,

    Feudal itu alasan aje. Kita kena akui, bangsa Melayu kurang maju sebab satu aje, attitude. Benda ni yang kita kena ubah.

    ReplyDelete
  22. GM,the attitude u'r referring 2 all comes from the culture of hedonism propogated by UMNO 2 keep the Malay race "otak udang"

    ReplyDelete
  23. UMNO = Feudalisme
    DAMN RIGHT!!!!!

    ReplyDelete
  24. MACAM LU LAH GM MMG LU BANGSA PEMALAS DAN OTAK UDANG, BANGSA SUBSIDI DOK TADAH TANGAN AJE MEMINTA MINTA. UMNOPUTERA TOTOK MMG BANGSAT SUBSIDI!

    ReplyDelete
  25. Attitude apa yang dimaksudkan oleh GM? Bukankah ada beribu dr melayu diu malaysia, bukankah ada beribu engineer melayu di malaysia, bukankah ada beribu arkitek melayu di malaysia? oh mungkin gm ni mangkuk ayun UMNO! Kerja dok melobi aje vsana sini, untung atas angin, itu attitude yang perlu diubah!!!!!! Jangan malas jangan jadi mat rempit, jangan jadi barua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.