
Nampaknya, agenda usrah Pemuda2 PAS (bukan semua lah)dah bertambah satu. Dulu, kalau usrah, 5 minit bincang teks, lagi 55 minit maki PKR, DAP, Khalid Samad, Husam Musa. Sekarang tambah satu lagi agenda, maki Tulang Besi.
Tulang Besi dengan rela hati MENERIMA cabaran camel Pemuda PJS ini. Di bawah Tulang Besi membawa kata-kata Ustaz Nasaruddin sendiri. Mengapa? Kerana nak buktikan pada Pemuda PJS siapa dia yang memecah belahkan PAS.
Dalam dialog dengan Bloggers, Ustaz Nasa berkata:
“Kita bincang dalam pertemuan tu delete perkataan UMNO takut sensitif sangat, kita kata mengadakan perbincangan dengan sesiapa pun. Keputusan mesyuarat 24th of April tu saya rekod. Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 24 April 2008 memutuskan untuk memberi mandat kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bagi kepentingan Islam dan umat Islam. Yang asal wordingnya UMNO, kita tahu benda tu sensitive, kita delete perkataan UMNO itu, tapi the meaning of the particular clause is reference to UMNO.”
Saya nak tanya Pemuda PJS, bukankah tindakan ini yang telah menyebabkan PAS berpecah? Kertas kerja dibentang dalam Mesyuarat Syura yang tak rasmi, dan keputusan diambil TANPA MERUJUK kepada AJK PAS PUSAT seperti yang dikehendaki Perlembagaan Parti. Mursyidul Am pun tak tau keputusan ni tiba-tiba dah pergi berjumpa dengan UMNO dalam gelap.
Siapa yang bercakap dalam gelap dengan UMNO? Tulang Besi atau geng Pro UG? Sebelum berlaku perselingkuhan dan khalwat dalam gelap ini, bukankah PAS bersatu? Perpecahan hanya berlaku SELEPAS bercakap dalam gelap.
Jawab Pemuda PJS, jawab.
Geng UG ni tak tau beza antara benar dan bathil. Yang mereka tahu wala’, wala’, wala’. Sapa yang nak wala’ pada kepimpinan yang sanggup berkhalwat dengan UMNO dalam gelap, kemudian berbohong mengenainya.
Wala’ mesti ada Thiqah dulu. Sapa yang nak Thiqah pada pemimpin yang berbohong pada mereka. Ada seorang pemimpin Pemuda Selangor sorang tu, sampai pernah berdoa Ustaz Nik Aziz mati. Dia ni ke hulu ke hilir suruh orang wala’. Tapi bila Suyuti bagi salinan rakaman pada Tok Guru Nik Aziz dia marah. Suruh dikenakan Suyuti tindakan disiplin. Dia tak wala’ ke pada TGNA?
Dalam usrah mereka kena basuh otak. Husam jahat, Khalid Samad jahat, Anwar jahat, DAP jahat, PKR jahat. Sekarang ni tambah satu, Tulang Besi jahat. Semua bukan geng dia, semua jahat. Jumpa UMNO dalam gelap baik, berbohong pasal jumpa UMNO dalam gelap baik, buat kerja menguntungkan UMNO baik, langgar keputusan parti dalam isu Kalimah Allah baik.
CERITA DONGENG DICIPTA UNTUK MENYOROK KESAH MEREKA BERKHALWAT DENGAN UMNO
Sampai satu tahap, mereka sanggup buat cerita dongeng sebegini:
“"June 6, 2009 9:02 AM
Afyan said...
PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini." .
Yang tulis komen ni nama dia Afyan Mat Rawi. Dia ni Ketua Penerangan Pemuda Gombak. Dia tulis komen ni dalam blog saya untuk semua orang membacanya.
Tapi, sampai hari ni Afyan Mat Rawi ni tak bawa satu bukti pun. Beliau percaya fitnah ni bulat-bulat tanpa membuat walaupun sedikit pengkajian. Ini kerana cerita-cerita bohong dan penipu sebegini hebat disebar di usrah-usrah pemuda dan di kalangan pimpinan Pemuda. Para Pemuda2 ini percaya bulat-bulat cerita dongeng dan menipu ini.
Pernyataan Ustaz Nasa membuktikan:
a. Tiada konspirasi geng Anwar dalam PAS
b. Anwar tidak cemburu pada PAS
c. Tentangan kepada geng UG adalah atas tindakan mereka berjumpa dengan UMNO dalam gelap
d. Tindakan tersebut bukan sebab mereka mahu mengikut telunjuk Anwar.
Begitu jijik fitnah yang mereka taburkan demi melindungi perbuatan mereka yang kotor dan mual itu. Mereka tiada perasaan malu dan mencipta fitnah demi menjayakan konspirasi mereka yang jijik itu. Mereka tidak hirau PAS dan parti berpecah. Yang penting hubungan UMNO dan PAS dijalin.
Ada wakil Pemuda Pusat tu kata Tulang Besi bukan tarbiyyah PAS tulin sebab tak faham erti wala’. Nak bagitau wakil pemuda PAS Pusat tu, masa kamu kencing berak dalam lampin lagi, Tulang Besi dah ikut tarbiyyah PAS. Jangan mudah-mudah tolak pendapat orang. Nanti orang kata kamu takbur. Mereka-mereka yang menentang usaha PERPADUANG ni adalah mereka yang sudah MASAK dan MATANG dalam PAS.
PJS PUN PERNAH TIDAK WALA’ SECARA TERBUKA
Saya masih teringat bercakap dengan bekas Ketua Pemuda PJS sewaktu majlis perkahwinan anak Ustaz Taib Azamuddin. Saya bagitau pada dia, tindakan PJS tidak menarik calon mereka dalam PRU Taman Medan 2004 adalah tindakan ENGKAR.
Kalau dalam perang, tindakan seperti itu boleh ditembak mati “on the spot”. TIndakan mereka bukan sahaja merosakkan imej Presiden juga imej PAS dan imej Barisan Alternatif. Last2 calon PKR masa tu saman malu ke atas calon PAS sebab dia dituduh akan masuk UMNO.
Yang saya tahu, PJS ni marah sebab tak dapat bertanding kerusi Taman Medan. Jadi, mereka pun buat musuh pada PR, buat musuh pada sesiapa sahaja asalkan mereka nak dapatkan balik kerusi Taman Medan.
Ertinya, perjuangan mereka lebih pada kerusi dan bukan prinsip Islam lagi. Tapi, bukan semua lah. Cumanya PEMUDA PJS FB ni salah seorang dari nya.
Tulang Besi
ps Kalau tak puas hati, Pemuda PJS boleh dengar sendiri perkataan Ustaz Nasa tersebut di bawah:
1.0 Sejarah Muzakarah Dengan UMNO 01