
Baru-baru ini Ustaz Idris Ahmad serta Ustaz Nasa, masing-masing Ketua Penerangan dan Timbalan Presiden PAS Pusat telah menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Saya diberitahu kehadiran Timbalan Presiden dan Ketua Penerangan itu tidak mendapat apa-apa persetujuan dari Mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mahupun Mesyuarat AJK Kerja PAS Pusat.
Timbalan Presiden PAS dilaporkan berkata:
KUALA LUMPUR 9 Mac – Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yakin usaha mewujudkan perpaduan di kalangan parti politik yang mewakili umat Islam boleh dicapai jika semua pihak berusaha bersungguh-sungguh ke arah itu.Kepada sesiapa yang mengatakan "Agenda Kerajaang Perpaduang" telah tamat, dia itu sedang bermimpi dengan mimpi yang indah. Sesungguhnya ini membuktikan betapa agenda “Kerajaang Perpaduang masih segar bugar di dalam minda pemimpin-pemimpin Fraksi UMNO.
Beliau berkata, semua pihak tidak harus bersikap mengalah walaupun beberapa usaha sebelum ini bagi mewujudkan persefahaman antara parti politik terbesar umat Islam iaitu Pas dan UMNO terhenti di separuh jalan.
“Usaha mewujudkan perpaduan ini bukan boleh berlaku dalam tempoh sehari dua atau sekelip mata.
“Kita memerlukan satu tempoh untuk terus membina kematangan ke arah ini (mewujudkan perpaduan). Saya melihat kita pada masa sekarang sedang membina kematangan ke arah ini,” katanya.
KEHADIRAN DALAM MAJLIS INI ADALAH SATU PENGHINAAN PADA PAS
Izinkan saya menaqal dari Laman Rasmi Parti Islam Semalaysia:
Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.
Hairan saya bagaimana Ketua Penerangan PAS Pusat tidak sedar akan kandungan di dalam laman web PAS sendiri. Antara isu utama mengapa PAS ditubuhkan adalah kerana sikap UMNO mengabaikan permurtadan Natrah.
Kalau UMNO boleh menganjurkan demonstrasi seluruh Malaya memprotes Malayan Union (1946), mengapa UMNO tidak mengambil tindakan yang sama apabila Natrah dimurtadkan(1951)?
Malahan, antara yang ditangkap dan dipenjarakan ekoran protes besar-besaran Natrah di Singapura adalah Presiden PAS yang ketiga, yakni Dr. Burhanuddin Al Helmi sendiri.
“Profesor Dr. Burhanuddin al-Helmy, presiden Parti Islam SeMalaya (PAS) ditahan di Pulau Sekijang, Singapura kerana dituduh menjadi dalang dan pembakar semangat rusuhan ini.”Ertinya, dengan adanya pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis itu sudah menjadi satu bentuk penghinaan kepada kepimpinan-kepimpinan PAS yang terawal. Ia juga menghina sebab mengapa PAS ditubuhkan serta menghina aktivis-aktivis PAS yang ditangkap ekoran protes dan demonstrasi protes terhadap permurtadan Natrah.
Sehingga hari ini UMNO tidak pernah memohon maaf terhadap sikap mereka membiarkan Natrah dimurtadkan tanpa mengambil tindakan yang tegas dan keras demi menghalang Natrah dimurtadkan.
KENAPA PEMIMPIN PAS BERSIKAP TERLEBIH KUAH DARI SUDU
Herannya saya. Peristiwa Natrah menandakan sikap UMNO yang sebenar terhadap amalan murtad. UMNO amat bertoleransi terhadap amalan murtad sehingga mereka membiarkan Natrah dimurtadkan.
Dengan pemimpin-pemimpin PAS meraikan pelancaran buku ini, bererti segala pengorbanan mereka yang memprotes permurtadan Natrah tidak dihargai oleh pemimpin-pemimpin PAS ini.
Bagi saya, dari pemimpin2 ini menghina perjuangan menentang murtad, baik mereka semua letak jawatan mereka dan isytihar masuk UMNO.
Tulang Besi
ps UMNO ada juga buat sedikit sumbangan. Tunku, selepas jadi Presiden UMNO, telah meminta 5 orang yang telah dihukum mati oleh mahkamah British supaya diringankan hukuman. Hasilnya, 5 orang itu diringankan hukuman mereka kepada penjara seumur hidup. Ertinya, keringanan hukuman itu lebih membantu British serta membantu imej UMNO yang pada masa itu menjadi barua British.
TB...apa bukti TB serius dalam isu murtad ini...TB hanya posting bila ia melibatkan pimpinanan yng TB tak suka...isunya bukan isu murtad tapi isu UG...sahlah dendam kesumat TB..tak de sapa boleh nolong..Tuhan lebih mengetahui isi hati TB..tapi tindakan TB dapat dibaca dengan mudah...semuanya selesai bila tukar kaum UG ni...bukan isu murtad..bukan isu hudud..bukan isu umno...isunya adalah diri TB sendiri...
ReplyDeletesah TB bodoh nak mampus.
ReplyDeleteust nasa dan ust idris pergi tu majlis pelancaran buku yg dijemput oleh penulis buku. bukan majlis umno. yg hadir kebanyakan pelajar, pensyarah dan profesor universiti - apa perlu persetujuan parti. bukannya nak buat rundingan apa2.
yg perlu dapat persetujuan parti ialah pertemuan sulit 7 org ahli Parlimen PAS berjumpa dgn anwar ibrahim dirumah dia minggu lepas. Pegi tanya dr lo'lo', dr mariah, dr zul, dr hatta, kalid samad, kamarudin jaafar, salehudin ayub.
Betul ke ada pertemuan sulit dgn Anwar ni?
ReplyDeletenasha dah gone case arsehole. pru13 kena get rid for good. pelik tapi benar, kenapa nasha tak lompat masok bn join mangkok hayun mohsin. presiden pas pulak tak tau jadi presiden, boleh hancur parti.
ReplyDeletePenulis buku tu bukan UMNO ke?
ReplyDeletememang aku benggang betul dengan ust nasa ni.kalau dia jadi YDP kawasan ak,dah aku buat appoinment dgn dia membantah sikap dia.
ReplyDeleteyang dok nmaki2 ni samada geng Afyan/UIA ataupun geng Penerangan yang berkampung di PEjabat PAS
ReplyDeletepenulis buku org abim bukan umno.
ReplyDeleteyg umno bapa sedara dan bini TB.
Orang PAS tak jemput Muhyiddin rasmi pelancaran buku dia
ReplyDeletesiapa dia 'The Truth Seeker' ?
ReplyDeleteha...memang betul 7 mp pas bertemu secara sulit dgn anwar...
ReplyDeleteayuh TB...apa agenda tu? nak buat rampasan kuasa di dalam PAS ke? inilah di sebahagian dari 10 budak hitam yang tidak menghormati pimpinan parti....
Ye ke betul? ke fitnah je?
ReplyDeleteaikk, biasanya dia yg paling cepat dapat maklumat. bila kena kat geng dia buat2 tanya plak.
ReplyDeleteKalau btul pun ada pertemuan antara 7 Parlimen tu ape masalah nya? bukan ke PAS & PKR same2 dlm PR, lainle UMNO
ReplyDeleteKalau betulpn ade pertemuan tu ape masalahnya? bukan PAS & PKR tu sama2 dlm PR ke, UMNO tak de dlm PR
ReplyDeletentahnya, kalau betul pun apa salahnya bertemu sesama Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteItu pun nak jadi isu ke? Apa punya otak da pikir macam ni.
Korang memanglah bengang pasal ada MP2 PAS jumpa Anwar sebab korang nak PAS join UMNO.
Belum join dgn UMNO dah otak macam UMNO.
memang la bukan masalah besar sebab bagi 7 orang tu presiden mereka ialah anwar ibrahim aljuburi.
ReplyDeletentah2 mereka tak kenal siapa dia Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
sya lihat 'kunjungan hormat' 2 pimpinan tertinggi PAS itu sebagai dah masuk perangkap UMNO,,,,,penulis buku sebagai alat
ReplyDeletetapi oleh kerana ahli2 PAS, pimpinan2 PAS & blogger2 PAS ni jenis otak selapis , fikir selapis saja,,,,dia org dok tengok kehadiraan 2 pemimpin2 ni dlm program yg dirasmikan oleh TPM , juga Tim Presiden UMNO ,,,,,sebagai program perasmian buku 'NATRAH' saja
begitu lah TAHAP otak ahli2 PAS , pemimpin2 PAS & blogger2 PAS
Laaa pimpinan PAS jumpa Anwar pun dikira sulit. Kalau macam tu tiap-tiap hari ada pertemuan sulit le? Dalam pakatan rakyat pun tak boleh jumpa .... sah otak lembu UMNO yang bercakap ikut lutut....
ReplyDeletesetuju dgn anon March 11, 2010 9:36 PM
ReplyDeleteotak tak boleh analisa lebey2... takkan masih tak dpt baca tipu helah amno.. buat majlis dan jemput 2 org pemimpin pas tu, kenapa x jemput yg lain, takut yg lain tak mau bersengkokol? lepas tu buat kenyataan yg paling dibenci, tak serik2 nasha ni kan?
dan tak putus asa, bahaya ni!!!
ayuh perwakilan, buka mata dan telinga, tolak pengkhianat parti, jgn sia2kan peluang dlm pemilihan nanti.