
Dari pihak Malaysiawaves, saya ingin mengucapkan Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga Ramadhan ini menjadi lebih baik dari yang lepas.
Umat Islam mula puasa esok
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Tarikh puasa bagi semua umat Islam di seluruh Malaysia bagi tahun ini adalah bermula esok, hari Rabu, 11 Ogos bersamaan 1 Ramadhan 1431 Hijrah.
Penetapan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, melalui Radio dan Televisyen setelah proses mencerap anak bulan dibuat petang tadi.
Cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Sehubungan itu, umat Islam akan memulakan solat sunat Terawih bermula malam ini.
Manakala esok sehingga sebulan, umat Islam akan menunaikan tuntutan rukun Islam ketiga itu dengan menahan diri dari segala sesuatu yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
Dengan itu juga, pihak Harakahdaily mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam khusunya di negara ini dan di seluruh dunia amnya.
info tentang puasa Ramadhan di SIHAT SELALU - Puasa Baik Untuk Kesihatan
ReplyDeleteAlhamdulillah ramadhan datang lagi..
ReplyDeletesemoga dibulan yg mulia ini..
tiada lagi para adun/bekas adun menjadi teladan bunuh diri..
tiada lagi bekas km jadi role model rogol anak gadis bawah umur..
tiada lagi demo mengc4 gadis monggolia..
tiada lagi mithali wanita dibunuh di hotel..
tiada lagi sumpah bohong minta diliwat..
tiada lagi toyol makan pasir lombong..
dan semoga tiada lagi yg perlu berpuasa sehingga kemalam hari..
selamat berlapar dan berdahaga..
Chuma berita kuda , nombor ekor dan tarikh serta masa berbuka Puasa adalah tepat dan saheh kalau dari media arus perdana.
ReplyDeleteYang nak berpuasa , selamat berpuasa.
Yang tak nak berpuasa , selamat makan.