Ketika ditanya tentang skandal suap dan pembunuhan terkait pembelian kapal selam dari Perancis, Nurul Izzah tertawa kecil dan mengatakan, kapal selam tersebut ternyata tidak bisa digunakan sebagaimana mestinya.
”Kapal selam itu tidak bisa menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah kedaluwarsa(Nota:”Obsolete”). Ada beberapa lembaga Malaysia yang mengajukan gugatan hukum atas pembelian kapal selam itu di pengadilan Perancis,” ungkap Nurul.
Berita yang beredar mengaitkan pembelian kapal selam itu dengan pembunuhan seorang foto model cantik asal Mongolia yang dianggap tahu terlalu banyak rahasia. Perusahaan Malaysia yang menjadi rekanan pembelian diketahui memiliki hubungan dekat dengan PM Najib Razak. Ketika itu Najib masih menjabat sebagai Menteri Pertahanan Malaysia.
(NOTA: Artikel asal boleh dibaca disini, namun ia memerlukan pendaftaran)
Apa yang Zahid bising sangat pasal kenyataan ini. Hakikatnya Zahid sendiri mengakui hakikat kapal selam pembelian Malaysia tidak dapat menyelam sewaktu persidangan parlimen bertarikh 17 Mac 2010 seperti yang dilaporkan dalam Laman Web Rasmi Parlimen Malaysia, dan saya naqal:
Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, masalah
teknikal yang dihadapi oleh KD Tunku Abdul Rahman adalah masalah yang juga pernah
dialami oleh mana-mana kapal selam lain di dunia. Secara khususnya kapal berkenaan
tidak dibenarkan menyelam kerana mengalami sedikit masalah yang mungkin boleh
menjejaskan keselamatan selaman. Ini adalah langkah keselamatan biasa pengendali
mana-mana kapal selam yang mengamalkan prosedur keselamatan yang sangat ketat.
Berdasarkan situasi tersebut, tiada keperluan untuk kerajaan mendapatkan penilai
bebas antarabangsa sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak pembangkang kerana
masalah teknikal kapal selam Scorpene yang dihadapi telah pun diatasi oleh pembekal
dan ujian selaman telah berjaya dilaksanakan pada 22 Februari yang lalu.
Ertinya, kenyataan Kapal Selam Malaysia tidak boleh menyelam ini adalah kenyataan umum yang sudah pun menjadi bahan rasmi.
Sesiapa sahaja dalam dunia boleh melawat ke laman web rasmi Parlimen Malaysia dan mendapat maklumat ini.
Soalan saya kepada Zahid adalah: Di mana buktinya pengkhianatan telah berlaku? . Dengan pendedahan Zahid secara terbuka ini, Zahid sepatutnya di dakwa sebagai pengkhianat negara.
Kalau nak tipu pun, janganlah sampai orang lain tahu, wahai Zahid Hamidi.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment