BUKANKAH USD100BILLION YANG KAU HILANGKAN TU JUGA MILIK MELAYU?
Kita semua tahu apa sudah jadi pada Malaysian Airlines Systems (MAS). Mengikut affidavit Tan Sri Tajuddin Ramli, segala kerugian MAS adalah bersumber dari arahan dari UMNO dan Dr Mahathir. MAS yang pada mulanya ada RM600 juta dalam akaun berakhir dengan hutang RM8 billion.
Tu tak termasuk USD 6 billion yang Mahathir hilangkan bermain dengan wang negara di pasaran matawang antarabangsa.
Juga, kalau nak cerita pasal Melayu, mengapa projek DAya bumo beliau berikan kepada syarikat JEpun dengan membelakangi kontraktor-kontraktor Melayu/Malaysia?
Yang lebih menakutkan, Dr Mahathir melantik ramai tokeh-tokeh Cina yang Jutawan dan Hartawan duduk dalam Lembaga Amanah di Yayasan Perdana seperti:
i. Tan Sri Dato' Francis Yeoh Sock Ping - YTL Corporation
ii. Tan Sri Dato' Lee Kim Yew - Country Heights
iii. Dato' Seri Lee Oi Hian - Mengikut FORBES, beliau berjumlah RM225
juta
iv. Dato' Sri Kua Sian Kooi - Kurnia Insurans (rujuk Forbes)
v.Tan Sri Datuk Tee Hock Seng - YB Senator
Jangan kita lupa VINSETAN yang juga sebahagian dari Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Perdana. VInsetan adalah salah seorang orang terpenting dalam Yayasan Perdana.
Kesimpulannya, permainan isu MElayu oleh Mahathir adalah SANDIWARA semata-mata. Selama Mahathir menjadi PM, ramai tokeh2 CIna menjadi kaya raya dan hartawan dan jutawan.
Pada waktu yang sama, korporat2 Melayu hanya sekadar "balachi" kepada UMNO dan terpaksa mengikut segenap kehendak Mahathir dan Daim.
Nasihat saya, janganlah kita terpengaruh dengan kata-kata kosong dari Maahthir. Mahathir ni pun bukan Melayu pun. Kenapa nak sebuk pasal hak Melayu?
Dr M: Melayu hilang kuasa jika Pakatan memerintahMa
Sep 24, 10 1:00pm
Kongsi 39
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan bahawa orang Melayu bakal kehilangan kuasa dan suara jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara ini, lapor Umno-online.
Menurut Mahathir, apa yang dinyatakan itu bukan satu igauan tetapi telah menjadi kenyataan kerana perkara itu sudah pun berlaku di negeri Pakatan Rakyat.
“Kita lihat Nizar (Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin) di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan dari DAP sehingga dia jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.
“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya kepada Umno-online.
Mantan perdana menteri itu mengatakan, walaupun Nizar mewakili PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tetapi mereka sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.
Menurutnya, menjadi perdana menteri Malaysia tidak tertakluk kepada orang Melayu atau mereka yang beragama Islam - jawatan berkenaan terbuka kepada sesiapa sahaja, yang utama ialah mendapat sokongan di parlimen.
“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi perdana menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.
Mahathir berkata, apa yang dilakukan oleh PKR bukan untuk memperjuangkan orang Melayu tetapi lebih kepada untuk merealisasikan cita-cita peribadi seseorang pemimpin mereka untuk menjadi Perdana Menteri.
“Malangnya Umno telah gugur orang ini, dalam perasaan marah peluang dia sudah terputus, dia tubuh parti lain, perjuangannya hanya satu sahaja bukannya untuk bangsa, agama dan negara tapi untuk jadi perdana menteri.
“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapa, apa kau dapat, lebih kepada peribadi, itunya terbentuk keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh Keadilan (PKR) seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” katanya.
Beliau mengingatkan supaya tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang, mereka itu hanya untuk mengejar cita-cita menjatuhkan BN dari tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya apa yang diperkatakan itu bukannya bersifat perkauman, tetapi kepada kestabilan, sedangkan DAP sering membangkit pelbagai perkara berunsur perkauman sejak dahulu lagi.
Mahathir udah lupa.. Elok dia dok sengap.
ReplyDeletePoyo betoi che det ni. Dah sebat itu ini buat anak beranak, cakaplah mcm tu. tapi bila rasa anak beranak goyang kedudukan, mulalah main isu kaum.
ntah...sapa dia nak berbicara tentang nasib melayu?. tapi umno iktiraf dia sebagai melayu, melayu umno mungkin rabun kaler atau jenis suka di kelentong oleh mamak bendahara atau sikitul.
ReplyDeletemana bro dr. m buang 100 billionnn....kat parit ke??? aku nak gi amikk. hahaha....
ReplyDeleteChe Det takut UMNO hilang kuasa sebenarnya, jadi anakandanya x sempat jadi PM. Tapi aku tabik kat dia pasai dia memang pandai MAIN WAYANG DAN JAGA GAMBAQ JANGAN NAMPAK KETAQ.... sama mcm Naina Merikan jugak
ReplyDeleteinfo tentang Dr. Mahathir di SIHAT SELALU - Rahsia Muda Dr. Mahathir
ReplyDeletesapa kata Mahathir buang RM100 billion hak melayu???? duit tu masuk dalam akaun harta Mahathir apa... ??? he's the richest Malaysian...! and dia kan mengaku Melayu...
ReplyDeleteMemang Mahathir tahu takaeh Cina yang menguasai kerana beliau yg lakukan. Sekarang dia takut pecah rahsia.
ReplyDeletebangang je sape buat wallpost ni. ini masalah MAS bukan masalah tun mahathir. kalau betul pun, dah lama tun jadi billionare kat malaysia ni yerk?? kalau MAS untung RM500 billion, ko mesti pengecut / dayus nak buat tajuk post "Mahathir menyumbang RM500 billion kepada Melayu". ye kan? aku rasa ko pun pengecut nak show comment aku. pikir jauh sikit la wei !!
ReplyDelete