Menjadi maklumat umum bagi meluluskan sebuah akta, cukup dengan majoriti sahaja di Parlimen dan tidak perlu 2/3 ahli Parlimen menyokong. Bererti cukup dengan ahli-ahli Parlimen beragama Islam mengundi.
Dengan kata lain cukup ahli-ahli PArlimen UMNO dan PAS mengundi untuk membolehkan hudud dilaksanakan.
Sekiranya UMNO membentangkan undang-undang ini di Parlimen sudah boleh memastikan hudud terlaksana di Malaysia sekurang-kurangnya di Kelantan dan Terengganu.
Namun, jelas dan terang, UMNO menolak hudud dan mereka TIDAK AKAN SEKALI-KALI menyokong usaha menlaksanakan hukum jinayah Islam.
Itulah hakikatnya.
Tulang Besi
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Hudud : Tidak perlu pinda perlembagaan
Mon, Sep 20, 2010
Dalam Negeri
aziz_bari1 KUALA LUMPUR: Untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini tidak perlu membuat pindaan perlembagaan secara besar-besaran tetapi memadai dengan menggubal sebuah akta dan enakmen.
"Hudud hanya boleh dilaksanakan sekiranya kerajaan yang memerintah bersetuju untuk membentangkannya dan menyediakan prasarana yang diperlukan," kata pakar perlembagaan Prof. Dr Aziz Bari.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa berkata, "oleh kerana hudud adalah dasar PAS dan bukan keutamaan Pakatan Rakyat maka apa yang perlu dilakukan ialah menyakinkan rakyat.
"Apabila rakyat faham dan mahu hudud dilaksanakan kerajaan tidak ada pilihan. Di sini saya setuju dengan kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas presiden PAS, almarhum Datuk Fadzil Noor dahulu. Umumnya rakyat perlu faham dan sokong," ujar beliau seperti dilapor Harakah.
Beliau juga turut menjelaskan tentang kenyataan yang disalah erti oleh media kononnya hudud tidak boleh dilaksanakan dengan pendekatan yang klasikal.
Katanya, beliau bercakap dengan media yang tidak boleh memahami hudud; sebenarnya beliau mengatakan bahawa pelaksanaan hudud dalam negara moden seperti Malaysia perlu dibuat dalam konteks perlembagaan dan undang-undang.
"Dan ini telah pun diikuti dalam pelaksanaan hukum Islam yang lain seperti perbankan Islam, undang-undang keluarga Islam dan seterusnya.
"Kita boleh belajar dari pengalaman masyarakat Islam silam tetapi akhirnya apa yang perlu ditangani sekarang inilah yang menentukan. Prinsipnya tetap dan sama tetapi pelaksanaan menuntut kebijaksanaan dan pengubahsuaian," tegas Aziz.
Aiyo!! Stealing means hand chopped. Adultery means penis chopped. Killing means head chopped.
ReplyDeleteWhich UMNO fellas want to be either handless, penisless or headless?
Simple, isn't it?
Komen Karpal Singh:-
ReplyDelete"LANGKAH MAYAT SAYA DULU KALAU NAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM..."
TB... Jangan Jadi BODOH !
Allah mengetahui segala2nya .
Kita patut risaukan golongan dalam PAS yang menolak Hudud. Itu lagi serious. Umno tolak Hudud kita suda lama tau.
ReplyDeleteSekarang TGNA baru tersedar golongan yang menyanjungnya selama ini menolak hudud dan sebanarnya mempunyai agenda lain dalam PAS.