Sedangkan umum mengetahui bahawa hanya satu negeri sahaja, setakat ini, yang telah secara terancang, mengasingkan pendapatan kerajaan dari jenis perniagaan haram dan pendapatan yang dari jenis yang halal. Ianya kerajaan Kelantan dan akan diikuti insyaAllah, selepas ini oleh kerajaan negeri-negeri PR yang lain. Malahan, mengikut pegawai kerajaan Negeri Pulau Pinang, pendapatan sebanyak 2 Juta dari litar lumba kuda di Pulau Pinang telahpun diasingkan dari wang hasil yang lain untuk bayaran kepada orang bukan Islam semata-mata. Perkara sebegini tidak diamal atau diusahakan oleh kerajaan Pusat BN ataupun mana-mana kerajaan Negeri BN. Termasuklah Negeri Pahang di mana terletaknya Casino yang terbesar di negara kita ini iaitu Genting.
Saya bertanya kepada diri saya, apa yang kerajaan UMNO/BN lakukan dengan hasil Genting Highland selama ini? Kalau kerajaan DAP pun boleh asingkan hasil kerajaan negeri antara yang halal dan haram, mengapa kerajaan UMNO tak boleh melakukan demikian?
Tetapi, apa nak herankan. Perkataan Al Quran tidak disebut pun dalam Perlembagaan UMNO. Bagi UMNO, apa yang ISlam haramkan, tidak semestinya haram bagi UMNO.
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment