NOTA EDITOR: Parti yang mengasaskan LOTERI UMNO 1951 berkokok berkenaan halal haram dari pendapatan kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sejak bila pulak UMNO kata judi haram?????
Sampai Lim Goh Tong mati pun Najib TUn Razak pegi ziarah.
[PerisikRakyat] [™ kaasii peecaahhh laaa...®] UMNO jangan ludah ke langit
...
From:
zul mamak png
...
JELUTONG- UMNO dinasihatkan supaya tidak meludah ke langit yang akhirnya akan jatuh ke muka sendiri berhubung tuduhan bahawa wang yang diberikan kepada penduduk miskin di Pulau Pinang adalah daripada hasil judi.
Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jelutong, Khairil Anuar Kamarudin berkata, UMNO sepatutnya menyedari kekurangan diri yang setelah 51 tahun menguasai Pulau Pinang, mereka dilihat gagal menjaga dan menghargai warga emas di negeri itu.
“Sudahlah gagal menjalankan amanah rakyat dengan baik, mereka juga terus menerus membebankan rakyat dengan palbagai cukai dan kos kehidupan yang tinggi. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng melaksanakan satu program yang tidak pernah difikirkan UMNO, ianya seolah-olah memberi satu tamparan hebat kepada mereka.
“Mereka sedar dengan pelbagai program yang dilaksanakan PR akan menguburkan impian mereka untuk merampas semula Pulau Pinang. Oleh itu, mereka terus mencari jalan menfitnah dan mengelirukan rakyat negeri ini terutama orang Melayu agar terus membenci PR,” katanya.
Menurutnya, pihaknya sudah mendapat penjelasan daripada Exco Alam Sekitar, Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh bahawa Kerajaan Negeri masih menyimpan RM2.4 juta wang peruntukan untuk Rakan Anti Kemiskinan (RAK) tanpa menggangu peruntukan untuk Program Penghargaan Warga Emas.
“Perkara itu turut diperkuatkan dengan penjelasan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Farizan Darus yang mengatakan wang sumbangan RM2 juta dari Penang Turf Club itu tidak akan disalurkan kepada umat Islam dalam program RAK.
“Oleh itu, PKR Cabang Jelutong mencabar UMNO mendedahkan dengan cara apa Kerajaan Pusat membelanjakan wang hasil kutipan cukai judi daripada Magnum, Sports Toto, minuman keras, kasino dan sebagainya,” katanya.
Khairil berkata, rakyat jangan terpedaya dan terpengaruh dengan fitnah yang dimainkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Lulus kasi lesen judi Tak haram..yang main judi tu haram
ReplyDeleteMakan daging babi tu haram tapi main Chinadolls tu Tak haram.
Apa pandangan orang Islam sekiranya Sijil Halal oleh jabatan agama di jadikan perniagaan , seprti apa yang berlaku hari ini.
Niaga jual sijil Halal ini haram atau halal?
http://www.perisik-rakyat.com/2010/09/umno-judi-bahagaian-1-umno-genting.html
Yang haram main judi!.
ReplyDeleteBertanding dalam pilihan raya mungkin haram kerana ada unsur-unsur judi.
Setiap calaon dikenakan wang petarohan dan kalau undi tak cukup hilang wang pertarohan macam main judi jugak lah tu.
Apa hukum calon-calon yang masok bertanding ?,kena tanya ustaz la ni!.
1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Sebab tu kita Tolak Umno, tapi pakatan pun 2x5
ReplyDelete