1.0 Tulang Besi terpaksa mengambil lebih 4 jam untuk mengerjakan Tawaf Ifadah pada hari ke 12 Dzulhijjah. Pada waktu itu, berpusu2 hujjah datang dari Jumrah dan mahu mengerjakan Nafar Awal. Suasana menjadi lebih buruk apabila turunnya hujan rahmat serta petir yang menyambar. Pada masa itu, ramainya yang mengerjakan tawaf, sehingga Tulang Besi terpaksa mengerjakan tawaf di lorong Saiee'. Ia adalah cabaran yang paling getir yang dihadapi Tulang Besi sepanjang ibadah haji.
2.0 Berjalan berkilo meter jauhnya setiap hari terutamanya menuju ke stesen dan pulang ke khemah dari stesen keretapi. Kaki saya menjadi melecet dan hampir2 tidak dapat melaksana melontar jumrah pada hari ketiga tasyriq. MAlah, Tulang Besi terpaksa membayar dam kerana tidak dapat melaksanakan tawaf wida'.
3.0 Terjangkit influenza dua hari sebelum pulang menyebabkan Tulang Besi demam dan batuk2 serta bersin sehingga sekarang
4.0 Berwukuf di Arafah dalam cuaca yang panas dan amat mencabar. Namun, Tulang Besi bersyukur kerana suasana Arafah yang TUlang Besi lalui telah membantu Tulang Besi membina semangat dan perasaan khusyuk kepada Allah sepanjang perjalanan ibadah Haji.
5.0 Bermabit di Mudzalifah dengan berbumbungkan langit dan bintang2. Bayangkan 4 juta hujjah berkumpul di sebuah tanah yang kecil yang dinamakan Mudzalifah. Maklumat yang saya dapat, ada yang sampai di Mudzalifah ketika hampir waktu Subuh kerana traffic jam yang begitu teruk dari Padang Arafah. Agaknya, sebab itulah Nabi SAW menaikki unta sewaktu Baginda melaksanakan ibadah Haji hatta melontar jumrah pun Baginda lakukan dari belakang unta.
6.0 Di Mina, kami makan kambing dengan kerap. BIla saya buat penyiasatan sedikit, rupanya kambing2 yang kami makan itu adalah kambing dam yang dibayar oleh para Hujjaj. Bayangkan kalau ada 1 juta hujjaj membuat haji tamathu, maka ada satu juta kambing yang disembelih untuk dam.
7.0 Setelah habis Haji, Ustaz Hassan, syeikh kepada rombongan kami, menyatakan bahawa Tawaf Wida' ini hukumnya sunat hatta MENGIKUT MADHAB SYAFIEE. Namun, di dalam kitab2 Feqah di Malaysia, masih ianya dinyatakan sebagai wajib kerana kitab2 di Malaysia menggunakan pendapat Imam Syafiee Qaul Qadeem (pandapat beliau sewaktu beliau di Baghdad). Rupanya, apabila Imam Syafiee berhijrah ke Mesir, beliau telah menukar pendapat beliau dari wajib kepada Sunat selari dengan pendapat Imam Malik. Ini bererti tawaf wida itu hukumnya sunat hatta mengikut Madzhab Syafiee. Saya berharap Tabung Haji membuat kajian dalam isu ini serta mengubah buku2 panduan yang mereka sebarkan kepada ramai setakat ini.
8.0 Tulang Besi bersyukur di kerana selamat mengerjakan ibadah haji
Tulang Besi mengucap syukur kepada Allah SWT berjaya menyempurnakan ibadah haji. Tulang Besi mengucapkan syukur kerana telah dijemput Allah SWT kerana tanpa jemputannya nescaya Tulang Besi tidak akan berjaya melaksanakan ibadah ke lima Islam ini.
Sesungguhnya, ini adalah nikmat Allah yang diberikaan kepada Tulang Besi, hendaknya.
Wallahualam
Berjalan ke stesen keretapi sambil bertalbiah menuju Arafah
Berjalan sambil bertalbiah
Bersesak dalam keretapi sewaktu menuju ke Arafah
Beratur menunggu giliran sebelum menaiki keretapi ke Arafah
Menunggu dengan sabar
Peta Pejalanan Keretapi Mekah
Berjalan dan bertalbiah beramai-ramai
Salam TB..
ReplyDeleteSelamat pulang ke tanah air, semoga semangat haji akan memperkuatkan iman anda.
Jika masih penat rehatlah dulu sekejap.
cemburu betul saya.. bila lah saya akan ke sana..
ReplyDeleteAllahuakbar!
ReplyDeletebertakbirlah tanda kegembiraan,
bertahmidlah tanda kesyukuran,
ibadah haji titik mula perjuangan,
selepas haji ditunai ...
perjuangan akan bermula ...
selamat pulang utk terus berjuang,
pilih jalan keredhaan.
TB, kenapa nak tampal gambar sendiri kat Mekah tu?
ReplyDeleteTak perlu kan?
Selamat pulang dengan Haji yang Mabrur. Semoga saya juga akan mendapat kelapangan (dari Tabung Haji laa...) untuk ke sana tahun hadapan
ReplyDeletePesanan masa sembang-sembang di bawah khemah di Mina dan Arafah.
ReplyDelete1. Berdakwah dan berjuanglah secara berhemah dan bijaksana.
2. Nasihatilah sesama insan ttg kebenaran. Jangan mengaibkan mereka yang melakukan kesalahan dan kesilapan secara sengaja atau tak sengaja. Didiklah mereka ke jalan yang lurus dan diredhai Allah.
3. Akhir kalam, tolong jangan guna HOI BAHALUL lagi.
Ikhlas dari Hj. Atuk utk Hj. Man Tulang Besi memerangkap AJK Biro Makanan Khemah
berjuanganlah dengan kebenaran
ReplyDelete