Bagi Tulang Besi, kemenangan 3-0 ini masih tipis kerana di Gelora Bung Karno nanti, suasananya berbeza sama sekali.
Di Malaysia keselamatan penyokong Indonesia terjamin 100%. Malahan, 1/4 (atau lebih) stadium dipenuhi penyokong Merah Putih.
Malahan, tiada sesiapa pun dari penyokong Indonesia diapa-apakan. Mereka bebas berpakaian dengan warna Merah Putih mereka. Tiada siapa yang menggangu.
Saya dapat menjamin, suasana toleransi yang sama tidak akan dapat dinikmati oleh penyokong-penyokong Malaysia.
Belum habis permainan, media Indonesia sudah pun memainkan sentimen negatif terhadap Malaysia. Mana mungkin 2-3 orang penyokong bermain laser dan membaling mercun dapat menggangu konsentrasi pemain-pemain Indonesia? Bukannya pemain Indonesia dibaling batu atau kayu? Masa perkara kecil seperti itu mampu mengganggu konsentrasi pemain-pemain Indonesia.
Tapi percayalah, media-media Indonesia yang "dikawal Singapura" ini akan memainkan isu ini dari sekarang sehinggalah ke pusingan kedua nanti. Ditakdirkan Malaysia menang pun, tahap kebencian berjaya disebarkan keseluruh Indonesia seterusnya menguntungkan Singapura.
Kalau ditakdirkan Malaysia menang, saya tidak sabar untuk melihat muka Surya Paloh dan MetroTV di atas segala fitnah yang mereka lempar kepada Malaysia selama ini.
Semoga Malaysia memenangi Piala AFF ini.
Tulang Besi
Malaysia bole bole!!:-)
ReplyDeletetahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
ReplyDeletetahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak
ReplyDeletemain bola ni semua agenda UMNO, semua pakai seluar pendek.
ReplyDelete