Isu yang begitu hangat dimainkan oleh UMNO sehingga mereka mahu membakar dan membunuh orang Hindu di Selangor. Dalam dialog di Seksyen 23 bersama kerajaan negeri, juak-juak UMNO terpekik terlolong macam kena sawan konon mahu menghalang kuil Hindu dipindah ke Seksyen 23.
Padahal, sewaktu "beruk-beruk" ini terpekik terlolong, masjid dan kuil di RRI Sungai Buloh telah pun berada sebelah menyebelah sejak berdekad-dekad lamanya. Sahlah, UMNO + PERKASA+PERWARIS dsbnya adalah golongan Lidah Bercabang. Terpekik terlolong di Seksyen 23 tapi di RRI Sungai Buloh (yang masih di bawah kekuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam) masjid dan kuil hindu telah sedia tersergam sebelah menyebelah.
Isu yang melihatkan betapa Hasan Ali dan kuncu2nya menyokong pendirian UMNO sepenuhnya. Isu yang menunjukkan betapa Khalid Samad dilayan seperti sampah oleh PAS Selangor sendiri.
Namun, video di bawah membuktikan UMNO adalah lidah bercabang dan PERKASA adalah sebuah pertubuhan yang melacurkan diri mereka untuk kepentingan UMNO dan bukannya untuk kepentingan Melayu.
Tengoklah sendiri bagaimana "beruk-beruk" UMNO berlakon konon mahu mempertahan Islam tapi sebenarnya berlakon. Hakikatnya semua beruk beruk UMNO ini bangsa lidah bercabang, muka tak malu dan tiada maruah.
No comments:
Post a Comment