Namun, saya juga ingin bertanya kepada Pemuda PAS. Di dalam kempen piuliharnaya kampus yang sedang berlansung dengan rancak, di manakah suara Pemuda PAS?
Mengapa hanya seorang perempuan bernama Nurul Izzah yang terkial-kial memperjuangkan hak mahasiswa yang dihinjak dan dihina oleh HEP dan UMNO?
Dimanakah suara dari Tantawi, Ketua Pemuda PAS dalam hal ini. Bukankah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO melalui HEP Kampus juga satu bentuk kemungkaran?
Mengapa Pemuda PAS tidak boleh mengadakan demo besar-besaran di harapan Kementrian Pendidikan bagi menghalang kezaliman kepada pelajar-pelajar universiti ini diberhentikan?
Kalau setakat mahu berkempen menentang "Hari Valentine" sahaja, menunjukkan Ketua Pemuda PAS kita hanya setaraf dengan presiden mana-mana NGO di Malaysia sahaja.
Apa guna memimpin Pemuda PAS kalau isu yang diperjuangkan hanya setaraf isu-isu yang diperjuangkan NGO sahaja.
Tak tau saya apa akan jadi pada Pemuda PAS. Malang sungguh pemuda PAS ada ketua yang berfikiran setaraf NGO sahaja.
Kalau Pemuda IKhwan Muslimin berjaya mengembeling jutaan pemuda-pemuda Mesir untuk turun ke jalan-jalan raya seterusnya menjatuhkan regim Mubarak, adakah Ketua Pemuda PAS kita ini mempunyai kebolehan untuk melakukan perkara tersebut?
Tepuk dada tanya iman.
TUlang Besi
No comments:
Post a Comment