Masih segar dalam ingatan Tulang Besi sewaktu bekerja di Mesir dahulu. Tulang Besi telah memberitahu beberapa kenalan Tulang Besi yang juga rakyat Mesir. Tulang Besi telah membuat tekaan bahawa dalam masa dua atau tiga tahun lagi akan berlaku revolusi di negeri Mesir.
Masih ingat dalam ingatan Tulang Besi memberitahu guru bahasa Arab Tulang Besi bahawa Mesir telah hampir dengan revolusi. Perkataan revolusi itu menjadi "zikir" Tulang Besi setiap kali berbincang dengan teman-teman Tulang Besi yang berbangsa Mesir.
Masih segar dalam ingatan Tulang Besi apabila Tulang Besi memberitahu anak buah Tulang Besi yang beragama Kristian madhzab Gereja Iskandariah (Koptik) bahawa musuh Mesir bukan orang Kristian tapi Mubarak. Maka, wajib orang Kristian dan ISlam Mesir bersatu menjatuhkan Mubarak.
Masih ingat lagi dalam ingatan Tulang Besi mengungkapkan perkataan "Laknatullah" kepada Mubarak dan keluarga nya diatas segala kezaliman yang beliau lakukan kepada rakyat Mesir dan hubungan beliau yang intim dengan Israel.
Semua berlaku semasa Tulang Besi berada di sana. Hati Tulang Besi sangat tidak tenteram sepanjang bekerja di sana. Sentiasa runsing melihat keadaan kemiskinan dan kemelaratan yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat Mesir.
Kita dapat saksikan kemiskinan dan kemelaratan di hadapan mata kita, apabila kita berjalan, apabila kita membuka jendela dan banyak lagi.
Maka, secara kecil-kecilan Tulang Besi telah membakar semangat mana-mana raykat Mesir yang Tulang Besi jumpa untuk ber "revolusi". Pemandu-pemandu teksi pun Tulang Besi kempen untuk membuat revolusi di Mesir.
Syukur alhamdulillah. Kempen Tulang Besi telah dimakbulkan Allah SWT. Revolusi yang Tulang Besi ungkapkan itu DIMAKBULKAN Allah SWT. Benarlah kata orang-orang alim dan solih. Kalau kita ikhlas, inshaalah, rintihan hati kita akan didengari Allah SWT.
Syukur Tulang Besi. Revolusi Mesir ini, inshaalah, bakal menyelamatkan jutaan rakyat Mesir dari kemiskinan, kepapaan dan kemelaratan.
Syukur, syukur.
Tulang Besi
ps kalau nak tengok betapa bodoh rejim Mubarak, negeri Mesir yang subur lagi luas ini pun, rakyat nya kebuluran. Padahal, semenjak dari zaman Empayar Rom lagi, Mesir ditakluk oleh Rom kerana mahukan gandum.
Di bawah Mubarak, penanaman gandum diberhentikan atau dikurangkan. Hasilnya, negeri subur untuk gandum di dunia, rakyat menderita kelaparan.
hari dengar khabarnya tentera telah mula berkasar dgn protestors yg masih di medan tahrir, adakah ini menjwp kerisauan rakyat bahawa tentera x mau serah kuasa pd civilian leaders, tambahan pulak husin tantawi tu memang telah diketahui sekepala dgn mubarak sebelum ni.
ReplyDelete