Kickdefella menggunakan segala kepakaran beliau untuk menyokong video blue Rahim Thamby Chik. Di sini, izinkan Tulang Besi menjawab hujjah2 Kickdefella ini:
1.0 Kenapa Kick tak komen pasal isu janggut?JAWAPAN: TUlang Besi hairan, di dalam banyak2 tulisan kick menyokong video blue Rahim Thamby Chik ni, sikit pun dia tak berani komen:
Mengapa wajah lelaki buncit dalam video blue Rahim itu tiada janggut, sedangkan gambar Anwar Ibrahim sehari selepas itu lebat dengan janggut?
2.0 Kick kata peut lelaki dalam video tu buncit kerana “aspect ratio”JAWAPAN: Mengubah “Aspect Ratio” bukan sahaja mengubah gambar perut tapi mengubah juga gambar bahagian2 tubuh yang lain.
Merujuk kepada gambar yang Kick guna di bawah, kita lihat bukan sahaja perut Anwar dan TG Haji Hadi yang membesar, tetapi kepala, badan dan semua anggota membesar juga.
Di dalam video blue Rahim itu, sesiapa sahaja boleh member konfirmasi bahawa saiz orang di dalam video tersebut adalah “normal” yakni tidak kelihat mengelembung di sana sini. Maka, di sini Kickdefella terkantoi lagi.

Aspect Ratio TV 1.33:1 atau 4×3
3.0 Kickdefella mempersoalkan ALIBI Anwar dari segi “Twitter” dan “Facebook”.JAWAPAN: Sikit pun Kick tak rujuk pada “Facebook” Anwar Ibrahim. DI bawah Tulang Besi lampirkan sekali lagi keratan yang diambil terus dari “FACEBOOK” Anwar. Ia bukti jelas bahawa di waktu video blue Rahim Thamby Chik dirakam, Anwar sedang “update” Facebook dan Twitter beliau.
Adapun perbezaan waktu antara “Twitter” dan “Facebook” Anwar, ia adalah disebabkan fenomena yang dikenali sebagai
Daylight Saving yang saya yakin Kickdefella tidak mengerti konsep ini kerana dia tak pernah duduk di luar negara.

Untuk keterangan lanjut berkenaan konsep ini, sila rujuk kepada penerangan dari saudara Rafizi di
sini.
4.0 Kick kata gambar video blue Rahim Thamby Chik tu dalam hitam putih kerana dia guna kamera yang ada “night vision”JAWAPAN: Kita peduli apa kamera tu ada night vision ke tidak. Yang pentingnya adalah video blue Rahim Thamby Chik itu adalah kabur dan tidak jelas angkara gambar yang hitam putih. Tak payah nak pertahanla wahai kick woii. Kita tak peduli apa teknologi dia pakai atau sebab apa dia pakai.
Yang penting: gambar mesti terang dan muka si pelaku mesti jelas. Ada paham tak, Kick?
Sebagai penutup, kita dah tahu bagaimana Kickdefella memfitnah Tok Guru Nik Aziz. Saya yakin KICK digunakan untuk menyerang Tok Guru Nik Aziz bagi membantu usaha membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat. Saya tiada bukti, tapi saya yakin di masa hadapan bukti tersebut akan keluar.
Maka, saya nak bagitau Kickdefella saya dah berdoa depan Kaabah supaya Allah SWT turun bala pada blogger2 UMNO yang menyebarkan fitnah. Hari tu, Kick ada fitnah Poji kononnya Poji dapat Rm2 juta.
Sekrg ni Kick nak sokong pula fitnah terbaru kepada Anwar dengan menyokong Video Blue Rahim Thamby Chik. Bukan setakat itu, Kickdefella hendak menjadi penyokong kepada amalan QAZAF yang menjadi salah satu dosa besar dalam Islam sekaligus “menghalalkan”amalan tersebut.
Kalau betul nak salahkan Anwar, sila kemukan 4 orang saksi yang adil, wahai Kickdefella kalau kamu benar2 seorang Islam.
Inshaalah, sama-sama kita lihat kesudahannya nanti.
Wassalam
Tulang Besi
Read more!(Selanjutnya)