Sedarkah UMNO bahawa 90% kerusi mereka di Semenanjung ditandingi oleh PAS? Apabila UMNO kalah, yang menang adalah PAS, bukan DAP. Malahan seluruh MAlaysia sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia, kita boleh bilang dengan jari kerusi UMNO yang ditandingi DAP.
Dengan kata lain, kalau UMNO kalah tersepuk menyembah bumi, yang akan bangun di atas debu UMNO itu adalah PAS. Hak orang Melayu dan Islam tetap terjamin dengan PAS berkuasa.
Orang Melayu tidak perlu takut untuk berubah kerana hak mereka lebih terjamin di bawah PAS berbanding UMNO.
Nak harap apa dengan UMNO? Agama sendiri mereka gadai. Cuti hari Jumaat pun mereka gadai tukar pada Hari Ahad.
Tulang Besi
pandai guna hujah Datuk Tuan Ibrahim. kena pujuk beliau tanding Timbalan.
ReplyDelete"tolong buat kajian mendalam, dari 222 kerusi parlimen yang direkacipta umno untuk terus berkuasa, berapa kerusi yang pasti milik dap dan berapa pula yang pasti milik melayu. kerusi melayu sudah tentu jadi rebutan umno dan pas. siapa pula di antara umno dan pas yang mampu mendapat majoriti kerusi melayu? mampukah pas mengatasi umno? jika mampu, kenapa perlu bimbang sedangkan pas sudah mengatasi umno, sekali gus menjadi parti dominan melayu."
ReplyDeleteWednesday, October 29, 2010 12:25:00 pm gmt+08:00
http://penarikbeca.blogspot.com/2010/10/orang-pas-bodoh-dan-bacul-sangatkah.html
terima kasih kepada hussin kerana memberi fakta....sekali lagi minta lah tulang besi bagi hujah yang jitu sikit
ReplyDeleteYang saya tahu lebih dari 100 kerusi majoriti Melayu.
ReplyDeleteTETAPI, kerusi majoriti Melayu tidak sampai 2/3
andi, hujjah ko selama ni jitu sangat ke?
ReplyDelete