Cuma, dari maklumat yang Tulang Besi dapat, kumpulan PRO UMNO dalam PAS berpecah dan tidak dapat IJMA memilih seorang calon untuk Timbalan Presiden ekoran kedegilan salah seorang calon mereka untuk menarik diri.
Dan ada juga calon mereka yang terus mencuba untuk jawatan Naib Presiden.
Tugas para perwakilan adalah menaikkan kepimpinan yang "WALA'" kepada Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. Segala perpecahan dalam PAS selama ini adalah kerana sikap beberapa kepimpinan PAS yang TIDAK WALA' kepada Mursyidul Am PAS itu.
Kalau puak2 PRO PERPADUANG ini terus menerus dipilih, nescaya masaalah perpecahan dalam PAS akan berterusan tanpa henti
Wallahualam bissawabhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
'5 kali cuba pujuk Nik Aziz, tawar 3 menteri', Abdul Rahim Sabri, Mei 30, 11 12:28pm
Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.
NONEMenurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.
"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.
Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".
Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.
Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.
Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.
Peserta terkejut
Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).
Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.
umno pasSementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini
Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.
Sejak timbulnya isu itu pada 2008, Nik Aziz antara pemimpin PAS yang paling lantang menolak idea itu sehingga mendorong beliau mencadangkan diadakan Muktamar Khas bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau sendiri pernah dikaitkan dengan perkara itu apabila menghadiri majlis dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin, yang turut dihadiri perdana menteri di ibu negara.
Nik Aziz bagaimanapun menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara kerana ia hanya majlis santapan malam.
Buat laporan Polis dan SPRM la kalau betul. Biar Polis dan SPRM siasat. Tok Guru mesti kenal orang yang jumpa dia.Tapi kalau tak buat orang akan kata penipu, pembohong atau hanya igauan Tok Guru.
ReplyDeleteBuat laporan Polis dan Sprm? Ada ke elemen jenayah? Kan dlm politik ini perkara biasa. Lainlah kalau Umno tawar jutawaan RM pada MP Pas suruh lompat. Itu baru ada elemen jenayah rasuah.
ReplyDeleteKalau ada pun elemen jenayag...mereka nak siasat ke memandangkan ia melibatkan tuan mereka, Umno.
Setuju 110% dgn offer ni tapi dgn syarat, jawatan menteri yg dimaksudkan mestilah:
ReplyDelete1) Perdana Menteri
2) Timb Perdana Menteri
3) Menteri Dalam Negeri
Dan juga 3 jawatan di atas jgn diberi pd hadi, nasa atau mustafa ali. Alamat lingkuplah negara apabila si lembab mentadbir.
Kita yakin Nik Aziz bercakap benar. Takkan dia nak berbohong.
ReplyDeleteTapi cakap benar itu menjadi separuh benar selagi dia tak nampakan 'pemimpin UMNO' yang datang offer dia tu.
Dedahkan saja la, bukan ada apa-apa masalah pun. Tak baik biarkan umum meneka orang tu dan orang ni...nanti jadi fitnah pula.
Bohong! Mana 4 saksi?
ReplyDeleteboleh plak tokguru jumpa umno???
ReplyDeletemandat majlis syura ke jawatankuasa pusat??
benda yg sama bila berlaku kat ust nasa....terus dicop agen umno.
ReplyDeletekalau tokguru takpe plak.
Apa yang tgna dedahkan itu adalah "fitnah yang benar". Tgna dah lawan presiden, kah kah kah.
ReplyDeleteMuktamar jun ini adalah "muktamar khas" yang dicadangkan tgna dulu. Perwakilan paslah yang akan menentukan hala tuju pas - bersama pakata rakyat atau gabung dengan umno - terserah...
Berapa kerat je perwakilan pas yang baca blog ni, lebih2 lagi blog tulang besi, mungkin salah satu di antara blog celaka, entah.
stupid umno!
ReplyDeletethe majority of the malays supports umno and the majority of the chinese supports dap
so the kerajaan perpaduan should be umno and dap
the perpaduan of malays and chinese is the REAL MALAYSIAN PERPADUAN
the perpaduan of umno and pas is a declaration of war between the malays and the chinese
umno are you that stupid?
Nak jawatn Perdana Menteri.kah..kah..kah..kah. Kelantan pun tak boleh nak tadbir sampai jadi negeri termundur di Malaysia. Ramai orang Kelantan terpaksa bekerja di negeri yang diperintah UMNO.Bukan itu saja, ramai pelacur adalah orang Kelantan.Jadi menteri jaga jamban sudah la.
ReplyDeleteAnon 6.41pm,
ReplyDeleteYang pergi jumpa UMNO dalam gelap tu,ialah Hadi Awang,Stopa Ali dan Nasaruddin Mt Isa - 3 kali.Pertemuan ini disebut sendiri oleh mantan PM,Pak Lah.Tawaran UMNO inilah yang menjadi impian dan igauan Puak UG ni hingga kehari ini.Inilah sebabnya Presiden flip-flop dan puak UG masih meneruskan agenda depa sebagai anai-anai dalam PAS.Sekiranya para perwakilan memerlukan penjelasan lagi,boleh bangkitkan dalam muktamar akan datang.No problem.
Nasharudin jumpa UMNO selepas PRU12adalah keputusan Syura. Khalid Samad pun ada sekali. Walaupun ditawar dengan tawaran jauh lebih hebat, Nasharudin tetap tolak sebab nak jaga hubungan dengan PKR dan DAP.
ReplyDeleteTGNA didatangi UMNO tiada keputusan syura. Malah, tidak dimaklumkan kepada Presiden dan Dewan Harian. Tapi, dimaklumkan kepada segelintir orang yang hadir dalam satu program di Selangor.
TGNA pun ditawar beberapa jawatan tapi beliau tolak.
So, apa yang dilakukan Nasharudin dan TGNA adalah prinsip yang sama dipertahankan oleh PAS.
Cuma, disebabkan dendam Anwarinas dalam PAS terhadap Nasharudin, maka imejnya dihentam dan diburukkan tanpa segan silu termasuklah dari pencacai dan blogger murahan macam TB.
Aku yakin, selagimana puak-puak Anwarinas ini tidak dapat kuasai PAS, selagi itu dari atas sampailah balaci2 bawahan terpekik-pekik menghentam pimpinan.
So, jalan paling mudah bagi mereka adalah menubuhkan parti politik Islam yang baru macam PKS.
Anon 12:05
ReplyDeleteKat Pulau Pinang, Lembah Kelang bersepah rakyat Malaysia dari Kelantan, Terengganu Pahang, Negeri Sembilan, Perak, Sabah cari makan. Ini apa cerita?
Kerajaan Selangor yang bekerjasama dengan i-City akan menganjurkan konsert MTV World Stage di Shah Alam pada 24 Julai akan datang.
ReplyDeleteKhabarnya, DAP dan PKR langsung tidak memaklumkan kepada PAS berkenaan perancangan untuk menganjurkan konsert berkenaan. Tahu-tahu keputusan untuk meluluskannya telah pun dibuat oleh kerajaan negeri.
PAS betul-betul jadi macam cacing kepanasan sekarang. Apa nak jawab kalau umat Islam di Selangor terutamanya yang tinggal di Shah Alam pertikaikan nanti? Sudahlah dulu bukan main lagi mengutuk dan memfitnah kononnya UMNO yang suka menggalakkan maksiat.
Nak dibantah, takut pula akan disergah dan dimarahi oleh DAP. Bukan sekali dua Ronnie Liu pernah mengamuk sakan bila PAS berani pertikaikan apa yang DAP dan kerajaan negeri mahu buat. Hasan Ali sendiri pun pernah kena sebab isu arak dulu.
Nak harap Khalid Samad menentang dan membantah kerana dia ahli parlimen Shah Alam, kirim salam sajalah...jauh panggang dari api. Nama Allah pun nak dilelongnya demi DAP. Silap-silap kalau disuruh membaca doa di awal konsert itu, melompat dia pergi.
Kasihan PAS Selangor, dari dulu sampai sekarang tak sudah-sudah diperlekeh dan dibangsatkan oleh DAP.
Bila UMNO ajak bersatu demi kebaikan umat Islam dan bangsa Melayu tak mahu. Kononnya bersatu dengan DAP lagi mulia dan diredhai Allah daripada bersatu dengan UMNO. Sekarang rasakanlah. Jilatlah dua-dua belah tapak kaki DAP tu lagi.
Tak der yang mustahil di dalam dunia politik
ReplyDeletejemput ke blog sy: semerahcili.blogspot.com
Tak der yang mustahil di dalam dunia politik
ReplyDeletejemput ke blog sy: semerahcili.blogspot.com