Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Thursday, June 9, 2011

Exco Pemuda yang Baru Dipilih Memfitnah Kepimpinan PAS Pusat


Saudara/ri pembaca boleh melihat sendiri kualiti pemimpin Pemuda yang baru dipilih. Salah seorang yang dipilih itu bernama Ustaz Syed Abdul Kadir Al Jufree.

Mengikut pendedah saudara ZainulFaqar yang sehingga hari ini tidak dapat dijawab oleh beliau, Syed Abdul Qadir telah mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ini:

“Takkan nta semua tak tahu siapa pemimpin pusat yang tak wala’ kepada Presiden (Abdul Hadi)…(mereka yang dimaksudkan ialah) Dr Dzulkifly, Dr Mujahid, Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (yang) walaupun bukan pimpinan IRC tapi dipergunakan oleh Dr Dzul(kifly) untuk anti ulama’.

“Mereka hanya wala’ kepada IRC, mereka anti ulama dan merancang nak ambil alih jamaah PAS,” balas Abdul Kadir sambil mengaku bahawa beliau ada ‘dokumen sulit’ Hizbul Islami Syumuliyyah (HIS).


Pernyataan ini telah diungkapkan oleh beliau dalam suatu "workshop" bersama-sama pelajar2 Malaysia di Ireland pada 26 Disember 2010.

Jelas, kepada kita, tokoh pemuda yang baru terpilih ini sepatutnya dihadapkan ke JK Tatatertib kerana memfitnah serta menyebarkan dusta berkenaan dengan kepimpinan PAS Pusat.

Bukannya dicalonkan serta dipilih sebagai Exco Pemuda PAS Pusat.

Inilah Pemuda PAS yang bakal kita lihat selepas ini. Pemuda PAS yang hanya kesah hal-hal remeh dan kecil tanpa mampu melihat kebajikan serta kebaikan yang jauh lebih besar di hadapan mata.

Saya tak sangka orang yang berpendidikan agama macam dia ni pun boleh sebar fitnah sesuka hati.

Ada ka Ustaz Mujahid tu IRC? Saya kenal pribadi dgn Ustaz Mujahid dan arwah bapa saya seperti anak angkat kepada Arwah Ustaz Yusuf Rawa.

Ustaz Mujahid berkempen untuk PAS masa dia dalam perut ibunya sewaktu berlaku sebuah pilihanraya kecil di Perlis lagi.

Ustaz Mujahid sudah memperjuangkan PAS sejak Aljufree belum lahir lagi. Ustaz Mujahid lebih mengenali apa yang dimaksudkan sebagai fikrah PAS berbanding Al Jufree ini.

Itulah dia tahap pemikiran ustaz2 dalam Pemuda ni. Dangkal dan cetek. Tidak ada wawasan dan tiada daya maju.

Hanya tahu bawak fitnah aje.

Tulang Besi

ps Tulang Besi bercadang untuk membuat laporan rasmi kepada SU Agung di atas kempen fitnah Exco Pemuda ini.

Lepas tu Tulang Besi nak duduk dgn Exco ini dan bandingkan pengalaman Tulang Besi dalam PAS dengan beliau. Tulang Besi nak tengok siapa yang lebih faham fikrah PAS.
Share on whatsapp

20 comments:

  1. Tidakkah anda rasa begitu memualkan bila satu parti politik yang kononnya Islam (opsss... kebajikan) tapi politikingnya tak ke sudah.

    Sudahlah dengan politiking ni. Orang dah naik menyampah gila dengan puak-puak korang ni. Entah bila korang ni buat kerja.

    Kepada orang lain, korang nilaikan sendiri lah puak-puak kebajikan ni.

    ReplyDelete
  2. waa.. bagus tuu... bandingkan pengelaman cepat2.. Biar dia tahu sepatutnya TB lebih layak duduk kerusi dia tuu

    ReplyDelete
  3. mujahid waktu kat mesir tak pernah ikut program PAS dan memang juara dok kutuk PAS!

    ReplyDelete
  4. khalid samad waktu di uk pun tak pernah ikut program PAS, tapi suara Islam mcm nizar....pon dok kutuk PAS juga

    ReplyDelete
  5. Bila kita menyertai PAS, kita wajib mewala' diri kita kepada PAS. Jangan pula kita pergunakan PAS untuk pihak lain.
    Tiada pengkhianatan yang paling besar, bila tubuh badan kita wala' kepada satu pihak, sedang hati kita dipihak yang lain. Dizaman Rasulullah SAW golongan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai golongan munafiq.

    Mengenai kata-kata TB :"Ada ka Ustaz Mujahid tu IRC? Saya kenal pribadi dgn Ustaz Mujahid dan arwah bapa saya seperti anak angkat kepada Arwah Ustaz Yusuf Rawa".
    Lebih baik TB diam, kerana banyak perkara yang tidak perlu akan didedahkan terpaksa terdedah.

    ReplyDelete
  6. teserlah kecetekan pemikiran exco ini! kena tarbiah lebih lagi ni!

    ReplyDelete
  7. Itu yg kita mahukan, penjelasan dari kedua2 pihak. Saya bersangka baik lagi dgn Ust Al Jufri ini

    ReplyDelete
  8. Itu yg kita mahukan, penjelasan dari kedua2 pihak. Saya bersangka baik lagi dgn Ust Al Jufri ini

    ReplyDelete
  9. set2 perpadunag..apa leh wat..memang akal dunggu!

    ReplyDelete

  10. Mengenai kata-kata TB :"Ada ka Ustaz Mujahid tu IRC? Saya kenal pribadi dgn Ustaz Mujahid dan arwah bapa saya seperti anak angkat kepada Arwah Ustaz Yusuf Rawa".

    Lebih baik TB diam, kerana banyak perkara yang tidak perlu akan didedahkan terpaksa terdedah.
    .

    Otakbesi, kalau berani dedahlah. Bawak bukti sekali.

    Saya ni sebab famili saya rapat dgn famili dia

    Sebab tu saya tahu sejarah dia.

    ReplyDelete
  11. tiada sedikit pun untung kepada gerakan Islam jika tajuk ini dipanjangkan, ibarat "menepuk air dalam talam, pasti merincik ke muka sendiri.
    Nasihat umum yang diberi adalah pendoman terbaik :
    "Bila kita menyertai PAS, kita wajib mewala' diri kita kepada PAS. Jangan pula kita pergunakan PAS untuk pihak lain.
    Tiada pengkhianatan yang paling besar, bila tubuh badan kita wala' kepada satu pihak, sedang hati kita dipihak yang lain. Dizaman Rasulullah SAW golongan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai golongan munafiq.

    ReplyDelete
  12. pegi tanya mujahid sebab apa dia lari keluar dari melaka?? :)))

    ReplyDelete
  13. bukan ustaz mujahid balik ke Penang sebab bisness dia di Melaka dah kena block sebab dia aktif PAS?

    ReplyDelete
  14. Masa Khalid di UK dulu, mana ada PAS di UK?

    Sbab tu Khalid masuk Suara Al Islam.

    Apa punya bingai puak2 pro Perpaduang dalam PAS ni.

    ReplyDelete

  15. Tiada pengkhianatan yang paling besar, bila tubuh badan kita wala' kepada satu pihak, sedang hati kita dipihak yang lain. Dizaman Rasulullah SAW golongan seperti inilah yang dimaksudkan sebagai golongan munafiq.
    .

    Otakbesi, ada bukti ke Mujahid wala' pada orang lain?

    ReplyDelete
  16. salam tb,

    kepimpinan pas 2011-2013 telah pun dinobatkan perwakilan. mereka yang telah diberi amanah yang berat ini dipercayai mampu merungkai masalah dalaman yang wujud. kita ketepikan dulu perkara2 sebelum muktamar ke 57.

    kepada pemuda juga hentilah kempen2 jahat yang bertunjangkan 'kepimpinan ulama' itu. saf pimpinan baru telah pun membuat kenyataan berkaitan 'kepimpinan ulama' ini. pandai2lah mengemudi pemuda berasaskan cita rasa para perwakilan. kalau rasa tidak boleh, letak jawatan lagi baik.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  17. bodoh! memang la takda PAS di UK. Yg ada hizbu islami (hizbi)

    pegi tanya kalid apasal dia tak join hizbi kat UK????

    ReplyDelete
  18. Hizbi Islami tu tubuh tahun berapa? Khalid Samad di UK tahun berapa?

    Pegi check balik la.

    Sejarah pun tak tau.

    MAsa Khalid Samad di UK, PAS takda HIZBI pun takda.

    Ko sedar tak?

    Suara Islam tu la PAS kat UK masa Khalid di sana.

    Semua orang Suara Islam balik Malaysia masuk PAS i.e. Khalid Samad, Izham, Nizar.

    ReplyDelete
  19. bukankan dia kata "walaupun bukan pimpinan IRC"... bila pulak dia kata mereka tu dari IRC? dia hanya kata mereka wala' kepada IRC...

    Yang hang dok hentam Ustaz Nasa (tim presiden masa tu) dan Hassan Ali (masih lagi salah sorang kepimpinan PAS pusat) pulak apa citer? patut ko report diri ko sendiri untuk dikenakan tindakan sama...

    benda yang sama ko buat boleh tapi orang lain tak boleh... apa cer ni?

    ReplyDelete
  20. hantu tanpa nama 11:26 am kata :
    "Otakbesi, ada bukti ke Mujahid wala' pada orang lain?"
    Bukti kepala hotak kau, bila pula aku tuduh mujahid pula?. Aku beri nasihat umum!.
    Lain kali jgn kuat sangat sangka buruk. Yang terbaik baca betul-betul baru beri komen, kalau berjalan kepala ke bawah jangan duduk mengarut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.