Kenyataan Azhar yang paling merisaukan adalah bahawa kerajaan Malaysia menampung 45% dari perbelanjaan kerajaan hanya dari hasil minyak.
Ini bermakna, kerajaan UMNO/BN telah gagal mentadbir ekonomi Malaysia dengan baik.
Seharusnya perbelanjaan negara mesti datang dari pelbagai sumber dan bukan hanya tertumpu pada hasil minyak.
Minyak di perut bumi Malaysia ini ada hadnya. Apabila minyak kering, maka tiada lagi hasil minyak yang dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya anak cucu kita.
Sepatutnya seluruh keuntungan hasil minyak mesti ditabungkan dan tabung tersebut dilaburkan ke dalam perniagaan ataupun perusahaan yang mana ia mampu menjana keuntungan yang berlipat ganda lagi walaupun setelah minyak Malaysia telah kering.
Ini tidak. Hasil minyak kita digunakan untuk menampung perbelanjaan kerajaan malaysia yang akhirnya habis dibelanjakan tanpa apa-apa hasil yang jelas. Jauh sekali untuk hasil itu digunakan untuk anak cucu kita kelak.
Ia juga bermakna, apabila minyak Malaysia kering nanti, maka kerajaan Malaysia akan bangkrap kerana 45% hasil kerajaan tiba-tiba akan hilang sekelip mata.
Jadilah Malaysia seperti Greece yang sekarang ini terkapai-kapai mencari pelindung kerana negara mereka telah bangkrap sama sekali.
Itulah bahananya rakyat Malaysia dan orang Melayu menyokong UMNO.
Ketuanan Melayu hanya membawa kepada bangkrapnya Malaysia.
Tulang Besi
bodoh punya tulang babi (TB), ketuanan melayu ada dalam quran tak???
ReplyDeletekalau benda tak ada dala quran jangan cerita nanti sia-sia aje macam negara islam dah lah tak ada dalam quran tapi pas bodoh nie sibuk sampai ada yang mati pasal negara islam...yang mati tu kira syahid ker sesat???