Khalid Samad sudah mempunyai nama di peringkat nasional. Tiada tokoh PAS yang dibenci dan digeruni oleh KETIGA-TIGA parti komponen Barisan Nasional pada satu masa selain YB Khalid Samad.
Beliau berjaya memikat hati pengundi-pengundi Melayu, Cina dan India sekaligus.
Hujjah Tulang Besi adalah:
1.0 Masa sekarang adalah masa pilihanraya. Kalau Khalid Samad menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor, seluruh PAS Selangor tidak perlu bekerja keras di kawasan-kawasan bukan Melayu.
2.0 Masa dan tenaga yang ada boleh ditumpukan di kawasan2 Melayu kerana faktor Khalid Samad sebagai Pesuruhjaya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi2 bukan Islam.
3.0 Adanya Khalid Samad memimpin Selangor akan memberikan pukulan maut kepada UMNO Selangor. Hasilnya nanti UMNO terpaksa bertahan dari menyerang seperti yang ada sekarang.
4.0 Kalau tak suka pada Khalid Samad pun, lepas kita dah menang nanti, kita boleh tukar PJ. Yang penting untuk pilihanraya mendatang ini, kita perlukan Khalid Samad memimpin PAS Selangor.
5.0 Khalid Samad seorang yang veteran dalam PAS. Ceramah PAS pertama yang Tulang Besi dengar adalah dari Khalid Samad di Markaz Tarbiyyah yang belum siap. Beliau juga pernah ditangkap ISA. Beliau banyak berkorban untuk perjuangan Islam dan Islam
6.0 Hanya kerana Khalid Samad mahu menghidupkan wasiat Arwah Ustaz Fadzil Nor, janganlah beliau itu dibenci begitu sekali.
Sekian
Tulang Besi
Melantik KS sbg PJ S'gor merupakan action paling kurang akal. Nak matikan PAS Selangor bolehlah. Jadi YDP Shah Alam pun tak boleh nak handle kawasan. Cukuplah ngan HA buat PAS Sgor mandom. Hampir 10 cwgn dlm kwsn S.Alam mati dan tak adakan AGM pada tahun ni. Laporan AGM mesyuarat kawasan puntak pernah hantar pda pendaftar pertubuhan untuk beberapa tahun. Kalo ko tak caya pegi cek dgn KS sendiri. Bukan nak bai hidup PAS, pegi telugkup lagi adalah.
ReplyDeleteSokong!
ReplyDelete1.1 dan PAs akan terpaksa berkerja lebih lebih keras lagi di kawasan kawasan luar bandar - melayu ramai dan PAS banyak bertanding.
ReplyDelete1.2 Silap silap Shah Alam pun hanyut sama.
org shah alam.