KUALA LUMPUR 25 JULAI : Kementerian Dalam Negeri mendakwa keputusan menghantar pulang peguam Perancis William Bourdon sehari selepas dia berucap berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion bukan bermotif politik.
Menterinya Hishammuddin Hussein berkata kes Bourdon bukan istimewa kerana "ramai yang dihantar balik setiap hari."
Hishamuddin mendakwa Boudain telah melanggar syarat visanya namun mengaku tidak mempunyai butiran spesifik berhubung penghantaran pulang warga Perancis itu.
Masaalahnya adalah rakyat Eropa yang berwarganegara EU tidak perlu VIsa untuk masuk ke Malaysia. Saya merujuk kepada Wikitravel di sini. Rujuk kepada screenshot di bawah:

Mengikut maklumat di atas, setiap warga EU diberi masuk ke Malaysia sebanyak 90 hari tanpa visa.
Ertinya Bourdon masuk ke Malaysia tanpa Visa. Namun, Hishamuddin telah mengusir Bourdon atas sebab melanggar syarat2 Visa. Sedangkan, rakyat EU tak memerlukan visa untuk masuk Malaysia.
Yang pastinya, mustahil Bourdon melanggar syarat visa apabila beliau tidak memerlukan visa untuk masuk ke Malaysia.
Yang jelasnya, Bourdon dihantar balik kerana beliau berucap menyinggung saudara Hishamuddin, yakni Najib Tun Razak, dalam ucapan-ucapan beliau yang berkaitan dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene dan Altantunya Sharibuu.
Oleh sebab itu minta jasa baik pembaca untuk menyokong kempen meminta Hishamuddin Letak Jawatan di sini.
No comments:
Post a Comment