
Sedih bila mengenangkan pelarian Uighur itu beragama Islam, sama agama dengan UMNO. Kedua-dua Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri Malaysia adalah mereka yang mengaku diri mereka menganut agama Islam.
Namun, susah nak bayangkan bagaiamana orang2 yang mengaku Islam ini tergamak bertindak zalim sedemikian kepada saudara seagama seperti itu.
Lebih2 lagi penghantaran pulang ini berlaku dalam bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan, Islam menyuruh umat nya berbuat kebajikan dan kebaikan. Menghantar pulang pelarian Uighur tersebut akan mendedahkan mereka kepada siksaan, kezaliman dan juga kepada kematian.
Adakah itu satu bentuk kebaikan yang diajar Islam untuk umatnya lakukan di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Tulang Besi mengesyaki tindakan UMNO ini adalah disebabkan hubungan formal UMNO dan Parti Komunis China yang terjalin pada September 2009 yang lepas. Barang diingat, hubungan ini bukan hubungan Kerajaan dengan Kerajaan. Ia adalah hubungan antara parti UMNO dengan Parti Komunis China.
Hairan berhari-hari UMNO menghentam Abang Mat Sabu kononnya Abang Mat pro komunis. Walhal, pada waktu yang sama UMNO menurut kehendak Parti Komunis China dan berlaku zalim kepada saudara seagama yang berbangsa Uighur.
Inilah cakap tak serupa bikin.
Juga, boleh pulak suara rasmi Parti Komunis China, People's Daily diberikan permit oleh UMNO untuk dicetak dan disebar di Malaysia.
Bukankah Parti Komunis Malaya adalah di bawah naungan Parti Komunis China?
Siapa sebenarnya yang pro komunis?
Kalau nak kata menghormati pejuang2 yang menentang komunis, ratusan ribu kaum Uighur gugur shahid menentang kebangikitan komunis sekitar tahun 30an dan 40an dahulu.
Tulang Besi.
Sebenarnya tiada masalah untuk pihak Kerajaan Malaysia mengadakan hubungan dengan Negara China demi kepentingan perdagangan dan ekonomi tetapi JANGAN HIPOKRIT kepada rakyat negara ini dengan mendakwa menyokong dan membuat hubungan dengan komunis adalah pengkhianat negara.
ReplyDeleteHujah yang akan memakan diri sendiri.