Faktor-faktor kejatuhan harga adalah seperti berikut:
1.0 Kejatuhan harga sisa kelapa sawit yang sangat curam. Kejatuhan ini telah menyebabkan nilai setan kelapa sawit menurun. Ini kerana selain dari minyak kelapa sawit, sisa kelapa sawit juga digunakan untuk makanan binatang ternakan. Oleh kerana harga sisa sawit jatuh, maka harga kelapa sawit setan juga jatuh.Rata-rata penurunan permintaan kelapa sawit adalah kerana permintaan untuk sisa kelapa sawit akan jatuh begitu curam tahun depan.
2.0 Kenaikan kos baja juga dianggarkan naik sebanyak 30% tahun depan. Ini menaikkan kos pengeluaran sawit yang akan menjatuhkan keuntungan kelapa sawit itu sendiri.
3.0 Kos gaji juga akan naik tahun depan. Ia juga bakal menjatuhkan harga kelapa sawit tahun depan akibat permintaan yang menurun.
4.0 Faktor utama adalah kejatuhan permintaan antarabangsa bagi minyak kelapa sawit di pasaran antarabangsa. Dianggarkan harga minyak kelapa sawit akan jatuh pada RM2600 setan. Namun, ada kebarangkalian harga boleh jatuh kepada RM2000 setan. Ia berkait rapat dengan kemelesetan ekonomi di Eropa dan Amerika.
5.0 Ladang Kelapa Sawit yang seluas 600000 hektar akan mula mengeluarkan hasil pada 2011-2011. Ini akan meningkatkan lagi bekalan minyak kelapa sawit di pasaran antarabangsa
Ditambah dengan kenaikan harga baja dan kos gaji, maka kejatuhan keuntungan bagi ladang2 kelapa sawit tahun depan adalah agak besar.
Tulang Besi mendapat maklumat yang cukup berotoriti.
Sekian
TULANG BESI
Analisa yg dinyatakan kurang bernas kerana harga minyak kelapa sawit banyak bergantung kepada permintaan dunia untuk minyak masak bukannya sisa sawit untuk makanan ternakan. Trend dunia menunjukkan inflasi yg meningkat pada bahan makanan memungkinkan harga minyak masak meningkat bukannya menurun. Ditambah pula cuaca yang tidak menentu menyebabkan pengeluaran minyak masak dunia akan Berkurangan. Ini juga akan menyebabakan minyak harga minyak masak meningkat termasuklah minyak kelapa sawit. Faktor upah buruh meningkat, bukanlah penyebab harga kelapa swit turun tapi kos yang
ReplyDeletemeninglat. Oleh itu harga barangan banyak bergantung kepada permintaan dan penawaran barangan tersebut terutamanya di pasaran dunia.
Setuju pandangan Dahan jati. Minyak sawit adalah seteru utama minyak soya yg pembekal utamanya ialah China dan US. Apabila cuaca tak menentu di negara2 temperate pengeluaran minyak soya menurun ini meningkatkan permintaan minyak sawit.
ReplyDeleteAkhir2 ini dan mengikut pakar kaji cuaca dunia bencana alam spt banjir dan kemarau akan terus melanda negara2 pengeluar soya maka sebab itu harga minyak sawit telah menjadi kukuh pd sekitar RM3000/tan.
Dgn meningkatnya kos buruh dan baja sudah tentu akan meningkatkan harga jualan minyak sawit. Ini asas hukum pengeluaran barangan. Mana kamu belajar ekonomi, TB??
Dunia telah tahu tipu daya dan muslihat pengeluar minyak soya, memburuk2kan minyak sawit yg kononnya tak baik utk kesihatan. Ini telah mengukuhkan lagi permintaan berbanding minyak soya.
Oleh yg demikian pd mereka2 yg terlibat secara terus atau tak langsung dgn minyak sawit jgn risau akan amaran TB yg tak masuk akal. Mungkin ilmu ekonomi TB tak cukup utk membaca tipu helah speculator future market yg menghasut jualan supaya minyak sawit di pasaran dunia jatuh lepas tu diaorg beli dan harga akan naik lepas tu jual dan kaut untung.
Nampak sangat Dahan Jati dan sorang lagi cyberuk upahan UMNO tak baca artikel betul2.
ReplyDeleteTulang Besi dah kata harga Sawit jatuh kerana harga SISA SAWIT jatuh.
Korang berdua ni reti baca ke tidak?
Anon 10.22pm,
ReplyDeleteKamu baca pakai lutut ke mata, kan Dahan jati dah sebut harga minyak sawit ditentukan oleh permintaan utk
minyak masak bukan sisa sawit yg digunakan utk makanan binatang atau baja. Ada baca tak? Kalau nak jadi pencacai PR pun biarlah pakai otak baru ada std.
harga sisa sawit jatuh akan menyebabkan harga minyak sawit jatuh ?
ReplyDeletewaduhh pakkk... kok di mana belajar ilmu pembohongan ini.
banyak faktor akan menentukan harga minyak sawit.. sisa sawit adalah penentu yang paling tidak relevan
Trend dunia menunjukkan inflasi yg meningkat pada bahan makanan memungkinkan harga minyak masak meningkat bukannya menurun..
ReplyDeleteKo buat andaian ni berdasarkan apa, dahan jati?
Semata-mata andaian ke atau pengkajian?