Keputusan tersebut telah menggusarkan UMNO dengan kadar yang sangat besar. Dato Noh Omar, sebagai Timbalan Pengerusi PErhubungan Selangor telah mengeluarkan kenyataan yang keras menolak keputusan MB Selangor itu.
Alasan pertama yang diberikan adalah faktor kos yang bertambah akibat pilihanraya berasingan.
Sekiranya kos dijadikan isu, mengapa dibiarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar berasingan dari Parlimen? Tidakkah boleh tarikh pembubaran Dewan di Sarawak diselaraskan dengan Pusat seperti yang dilakukan di Sabah?
Sudahkah Dato’ Noh Omar lupa satu masa dahulu Dewan Undangan Negeri Sabah juga dibubarkan berasingan dari Pusat/Parlimen? Namun, boleh pula diselaraskan. Dato’ Noh Omar perlu menjelaskan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya mengapa Kerajaan Barisan Nasional tidak menyelaraskan tarikh pilihanraya di Sarawak sama seperti di Pusat? Selepas penjelasan itu barulah Dato Noh Omar berhak mengkritik keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor.
Lagi pula, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sendiri telah meminta Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak untuk menghabiskan tempoh sah Parlimen. Dengan kata lain, secara tidak langsung Dr Mahathir menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor itu.
Jelas dari kenyataan Noh Omar itu, beliau tidak mempunyai alasan yang kukuh.
Hakikat sebenar, kalau pilihanraya diadakan berasingan, maka segala penipuan Barisan Nasional akan terdedah dahulu. Maka, sukar bagi Barisan Nasional mengulangi penipuan mereka di dalam pilihanraya seterusnya.
Baiklah Noh Omar mengaku sahaja sebab yang sebenar. Ia bukanlah satu rahsia lagi bagi majoriti rakyat Selangor. Itulah hakikatnya mengapa UMNO tidak bersetuju dengan keputusan MB Selangor itu.
Tulang Besi
tumpang lalu.mohon izizn link blog den kat sini tq
ReplyDeletehttp://malaysiandotcom.blogspot.com/
Satu lagi alasan rakyat untuk tolak pakatan kerana suka menyusahkan rakyat. Kena ingat rakyat bukannya suka sangat membuang undi dalam pilihanraya dua tiga kali.
ReplyDeleteBuang undi 2-3 kali la rakyat suka sebab segala macam goodies akan gugur dari Putrajaya... lagi banyak pi mengundi lagi rakyat suka... mengundi tiap tiap tahun lagi rakyat suka.... sebab banyak imbuhan rakyat boleh dapat dan pembangunan segera akan dilakukan... "I help you, you help me" katakan.....
ReplyDelete