Selamat Membaca
Minta SYABAS dibubarkan
11:03AM Nov 28, 2011
Merujuk kepada ucapan Menteri Besar Selangor sewaktu persidangan DUN baru-baru ini, jelas sangat-sangat bahawa SYABAS tidak lebih dari operasi yang mengaut keuntungan atas angin semata-mata.
Bagaimanakah SYABAS yang tidak langsung mempunyai apa-apa asset, infrastuktur ataupun liabiliti masih terus beroperasi dalam kerugian yang amat besar?
Sepatutnya SYABAS mampu mencatat keuntungan yang berlipat kali ganda kerana mereka tidak mempunyai apa-apa tanggungan dari segi kos.
Namun, kita lihat prestasi SYABAS amat menyedihkan. Perbelanjaan mereka juga boros.
Apa kelayakan Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail mendapat gaji RM5.3 juta setahun? Dalam keadaan SYABAS memberi khidmat yang amat buruk dan tidak memuaskan hati, sepatutnya Tan Sri Rozali dipecat dari jawatan Pengerusi SYABAS.
Maka, saya sebagai rakyat Selangor meminta supaya SYABAS dibubarkan dan khidmat air di Selangor diserahkan kembali kepada Kerajaan Selangor.
Sudah tiba masanya syarikat-syarikat untung atas angin seperti SYABAS dihapuskan sama sekali dari muka bumi Selangor ini.
Rakyat prihatin Selangor
Ya,bubarkan SYABAS! Sebelum ada SYABAS,bekalan air diurus oilh Jabatan Bekalan Air yang diketuai olih Ketua Pengarah yang makan gaji sahaja(tidak sampai 10% dari apa yang bayar kepada CEO SYABAS sekarang).Jadi apa penjimatan yang BN sebutkan sedangkan perkhidmatan bekalan air tidak nampak lebih efficient dari dulu.
ReplyDelete