"Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu."
Tulang Besi tidak menafikan kenyataan Ketua Dewan Ulama itu.
Bukankah terdapat kepimpinan di Kedah ini yang amat intim dan rapat dengan Dr Mahathir Muhammad?
Bukankah Dr Mahathir pernah ditawarkan sebagai Penasihat Ekonomi KEdah oleh mereka yang terlibat dalam masaalah di Kedah ini?
Mungkinkah Dr Mahathir adalah manusia yang dimaksudkan sebagai orang luar tersebut?
Bagi Tulang Besi pengaruh geng PERPADUANG adalah masaalah utama di dalam krisis di KEdah ini.
Maklumat yg Tulang Besi dapat segala projek2 Mahathir yang mudah sahaja mendapat kelulusan di KEdah.
Sedangkan pada waktu yang sama Dr Mahathir menaja PERKASA dan berbagai lagi untuk menyerang dan menghapuskan PAS.
Hubungan baik dengan musuh tradisi PAS ini adalah antara sebab berlaku sedikit krisis di dalam kepimpinan di Kedah ini. Itu maklumat yang Tulang Besi dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.
Tulang Besi
ps
Kemelut di Kedah bukan ‘isu besar’, kata Harun Taib
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
February 27, 2012
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Dewan Ulama PAS percaya kemelut kepimpinan yang melanda pentadbiran Datuk Seri Azizan Abdul Razak bukan isu besar, menegaskan tiada pergeseran dalaman yang berlaku.
Jelas Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, kemelut itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh pihak luar yang cuba merosakkan hubungan antara pemimpin parti itu.
“Tidak...tidak... Ia bukan isu besar, saya percaya tiada pergeseran dalaman yang berlaku.
“Insya-Allah, perkara ini akan diselesaikan segera,” katanya kepada The Malaysian Insider.
PAS Kedah berdepan kemelut pelantikan semula barisan exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 yang akan mengangkat sumpah esok di Istana Anak Bukit, Alor Setar.
Sebelum ini wujud khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada Azizan (gambar) bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu.
Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah, dan Pengerusi Kesihatan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pembangunan Insan, Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi negeri, Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah.
Mereka dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.
Semalam Azizan berkata hanya lapan anggota exco kerajaan negeri bagi sesi 2012 akan mengangkat sumpah berbanding 10 sebelum ini.
Beliau berkata, lapan individu itu bukan muka baru.
Tambah Harun, barisan kepimpinan PAS Kedah sewajar bekerjasama, saling mempercayai dan tidak mementingkan diri sendiri.
Jelas beliau, jika berlaku masalah cara terbaik adalah mengadakan perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian.
“Saya harap mereka dapat saling bersama, kuat serta tenang untuk memikul tugas yang diberikan terutamanya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Selesaikan segera apa yang berlaku dan fokus pilihan raya umum akan datang,” katanya.
UG govt masih bersarang dlm jiwa Azizan. Tunggu aje le kejatuhan azizan mcm hasan aqidah.
ReplyDeleteAnwar masih bersarang lagi dalam dirinya semangat UMNO... dia kan bekas timbalan presiden UMNO.. tunggulah saat kejatuhannya... PAS + DAP + ex PRM, NGO dalam PKR boleh kerjasama tanpa ex UMNO dalam PKR...
ReplyDeleteSemenjak bila pulak Tulang B*** amik port ngan ulasan Ketua Dewan Ulamak. Tulang B*** kan anti ngan golongan nihhh.
ReplyDeleteJelas PAS sudah berpecah kepada puak puak. Geng Erdogen bangkit melawan boss dari puak Ulamak. Erdogen marah sebab Azizan tak mahu ikut rentak pakatan tentang AUKU dan hala tuju pakatan. Betullah tindakan Ustaz Azizan tu sebab PAKATAN bukannya sebuah parti tapi cuma pakatan yang longgar dan tidak terikat. Buat apa nal ikut telunjuk Anwar dan Buku Jingga. Takut nanti PAS menang kafir yang memerintah.
ReplyDeletekenapa lantik mamak tongkang tu jadi penasihat???? lepas tu nak roboh wakaf????? hujah dia saya lulusan Azhar. kahkah.... ingat Rakyat bodoh sangat sampai hukum roboh wakaf pun tak tau???? kalau balik Azhar nak sesatkan org tak payahlah. Rakyat tak rabun dan tak buta macam mata dia. Mufti dan Ahli Fatwa suka duit dan dunia sebab tu makan rasuah.
ReplyDelete