"Anwar Tidak Layak Jadi Perdana Menteri"
Ditambah lagi dengan tuduhan terhadap pembangkang (Pakatan Rakyat):
Usah termakan auta pembangkang: Najib
Malangnya, serangan2 yang berbentuk pribadi ini dilayangkan oleh Dato Najib dari jauh. Tujuannya sudah tentulah mahu menyebar perasaan ragu dan waswas terhadap kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim dan juga kepada Pakatan Rakyat
Namun, sudah hampir sebulan lamanya Dato Seri Anwar Ibrahim mencabar Dato' Najib untuk berdebat secara terbuka.
Pelawaan atau jemputan Dato Seri Anwar Ibrahim tersebut sehingga hari ini tidak dilayan oleh Dato Najib Tun Razak.
Sepatutnya, kalau Dato Najib seorang yang anak jantan, beliau sanggup menerima pelawaan tersebut tanpa waswas.
Dan di dalam perdebatan terbuka tersebut, Dato Najib boleh membuat tuduhan sebegitu.
Itu barulah lagak anak jantan.
Kalau setakat berkokok dari jauh sahaja serta gunakan kawan2 Dato Seri Anwar yang belot, itu dipanggil sebagai bachul.
Mahukah kita seorang Perdana Menteri yang "anak jantan" ataupun seorang Perdana Menteri yang "bachul"?
Tulang Besi
No comments:
Post a Comment