Perkembangan ini adalah suatu perkembangan yang tiada siapa dapat terfikir 10 tahun yang lepas. Namun ia berjaya dilaksanakan hasil dari pengorbanan serta keikhlasan PAS di dalam perjuangan Islam.
Diharap keputusan kajian ini dapat dibentangkan di AJK PAS Pusat dan juga mesyuarat Majlis Syura PAS Pusat.
Ternyata juga ijtihad Tok Guru Nik Aziz yang tidak pernah tinggal solat tahajjud itu ternyata benar dan tepat.
42 peratus Cina yakin hudud adil untuk semua
5:39PM Sep 25 2012
Ketika masyarakat Cina dikatakan fobia dengan cadangan pelaksanaan hudud oleh PAS, tinjauan Universiti Malaya (UM) mendapati sebanyak 42 peratus responden etnik itu percaya undang-undang Islam itu mampu menjanjikan keadilan kepada semua.
Hasil tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu juga mendapati sebanyak 26 peratus responden India dan 62 peratus responden Melayu berkongsi pandangan sama.
"Terdapat keyakinan terhadap pelaksanaan hukum hudud dalam kalangan orang Melayu, namun masih terdapat keraguan terhadap cadangan pelaksanaannya dalam kalangan orang bukan Melayu," ringkasan kajian itu dipetik.
Dapatan mengejutkan itu dijalankan baru-baru ini melibatkan 25 peratus (385 orang) responden Melayu, sebanyak 68 peratus (1,041) Melayu dan 7 peratus (110) India.
Sebanyak 41 peratus responden masyarakat Cina pula menjawab "ya" apabila ditanya adakah perlaksanaan hudud mampu menghalang jenayah daripada berleluasa.
Bagaimanapun, sebanyak 51 peratus masyarakat itu merasakan hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana masyarakatnya yang berbilang bangsa dan agama-Malaysiakini
Allhamdulliah, semoga segala usaha PAS in akan mendekatkan org Cina ini kpd Islam. Bila org Cina faham dan sokong Islam malang sungguh mereka yg mengaku Islam tetapi menentang Islam.Segala propaganda umno utk menakutkan org Cina dgn hukum Hudud semakin hancur.
ReplyDeleteMemalukan sungguh bila org Cina sokong PAS tetapi org melayu yg mengaku Islam menentang PAS sehingga menghukum PAS sesat dll. Org Cina melihat pemimpin PAS dan ahlinya jujur serta ikhlas bukan macam umno penipu,rasuah, kroni dll.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT.